Dea Asmaria

Pada awan biru ku melakar kata-kata, pada langit cerah ku panah semua cerita...

Sesungguhnya,
"Sukar utk mencari soleh dirimu andai solehahku tdk setanding dgn ke'soleh'an mu. Janji Allah pastiku pegang dlm misi mencari dirimu..Lelaki yg baik adlah utk wanita yg baik dan wanita yg baik utk lelaki yg baik.."

Siapakah?? Hanya Tuhan Yang Tahu...



 -Warkah Buat Kekasih Halalku-
Kepadamu yg akan menjadi pendampingku kelak..
Terima kasih krn tlh memilihku di antara ribuan bidadari di luar sna yg siap utk kamu pilih. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yg sgt jauh dari sempurna, aku begitu byk kekurangan. Maka ketahuilah...

Kepadamu yg akan memilihku kelak..
Aku tak sebijak Siti Khadijah, krna itu ku ingin kau tahu, aku akan saja berbuat silap dan begitu menyedihkan. Maka ku pohon padamu, bijaklah dlm menghadapiku, jgn marah padaku, nasihatilah aku dgn hikmah..krna bagiku kamulah pemimpinku, takkan berani ku membangkang padamu...

Duhai kau yg tlh memilihku kelak...
Ingatlah, tak selamanya aku akn cantik di matamu, ada kalanya mgkin aku akn begitu kusam & lesu. Mgkin krna aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan utk kamu & ank2 kita nanti (InsyaAllah). Maka aku akn tampak kotor & berbau asap...atau seharian ku harus menguruskan istana kecil kita, agar kamu & ank kita dpt tinggal dgn nyaman & damai. Maka, mungkin aku tak sempat berdandan utk menyambutmu pulang bekerja. Maafkan ku jika itu terjadi. Ataukah mgkin kamu akn melihatku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan & ceritamu, bkn kerana aku tak suka mjadi tempatmu meluahkan segala rasamu tetapi semalam saat kau tertidur dgn nyenyak, aku tak sedetik pun tertidur kerana harus menjaga ank kecil kita yg sedang sakit & aku tahu kamu penat mencari rezeki utk kami. Maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lenamu. Jadi jika esok pagi kau mendapati aku begitu letih & ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku krna kau adalah kekuatanku.

Padamu yg menjadi nahkoda dlm hidupku kelak..
Ketahuilah aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis...bukan krna ku membangkang padamu tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tmpt utk menumpahkan beban hatiku, tmpt utkku melepaskan penatku & mgkin saat itu aku tak menemukanmu atau kau begitu sibuk dgn pekerjaanmu. Maka bersabarlah, yg aku perlukan hanya pelukan & belaianmu..krna bagiku kau adalah titisan embun yg mampu memadamkan segala resahku..
Ataukah ada kalanya tgnku akan mencubit & memukul penuh kasih syg si kecil krna lelah & penatku di tmbh rengekannya yg tak habis-habisan. Sungguh bukan krna ku ingin menyakitinya, tapi kdg2 aku kehabisan cara utk menenangkan hatinya. Maka jgn memarahiku krna tlh menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku & bisikkan kata syg di telingaku..krna dgn itu ku tahu kamu selalu mghargai semua yg ku lakukan utk kalian & kamu akn melihatku menangis menyesali perlakuanku pd ank kita..& aku akn merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yg aku berikan pdanya. Dan aku berjanji tdk akan mengulanginya lagi...

Padamu yg menjadi Iman dlm hidupku kelak...
Ketahuilah aku tak secerdas Aisyah. Maka jgn pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arahNya. Jgn segan membangunkn ku di sepertiga mlm utk bersamamu bermunajat kpd Kekasih yg Maha Kasih..Jgn letih mengingatkanku utk terus bsamamu mendulang pahala dlm amalan2 sunnah. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu & aku tetap bersatu di dlmnya.

Padamu yg menjadi kekasih hati & teman dlm hidupku..
Seiring berjalannya waktu, kamu akn melihat rambutku yg dulu hitam legam & indah, akn menipis & memutih. Kulitku yg bersih akn mulai kusam. Tanganku yg halus akan mjadi kasar..& kau takkan menemukanku sbgai wanita yg cantik, yg kau khitbah puluhan tahun yg lalu. Bukan wanita muda yg selalu menyenangkan matamu. Maka jgn pernah berpaling dariku..krana satu yg tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akn terus bertambah & kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu...
Ketahuilah..tiap harinya, tiap jam, minit & detiknya, telah aku lewati dgn selalu jatuh cinta padamu. Maka, cintailah aku apa adanya aku. Jgn berharap aku menjadi wanita sempurna...maafkan aku krna aku bukan puteri..Aku hanya wanita biasa..

A great marriage
is not when the perfect
couple comes together.
It is when 
the imperfect couple
learns to enjoy
their differences...

Yang dicari...
Walau bkn Putera Raja,
Biarlah Putera Agama.

Yang diimpi...
Biarlah tak punya rupa,
Asal sedap dipandang mata.

Yang dinilai...
Bukan sempurna sifat jasmani,
Asalkan sihat rohani, sempurna hati.

Yang diharap...
Bukan jihad pada semangat,
Asal perjuangannya ada matlamat.

Yang datang...
Tak perlu Rijal yg gemilang,
Kerana Ana Serikandi dgn silam yg kelam.

Yang dinanti...
Bukan lamaran dengan permata,
Cukuplah akad & janji setia.

..& Yang akan terjadi...
Andai tak sama dgn kehendak hati,
Ana redha ketetapan Ilahi,
Itulah ketentuan sejak azali.


AKU TERIMA NIKAHNYA... 
Ketika akad itu terucap
ada sebuah amanah baru yg harus kita tanggung bersama
amanah sebagai seorang isteri & suami
sebuah perjanjian yg tlh terikrarkan
tdk hanya di hadapan penghulu & org2
namun perjanjian yg disaksikan para malaikat
dan Allah pun memberikan amanah kita utk menjaga
perjanjian suci tersebut
Ada yg perlu kita perjuangkan bersama-sama
mewujudkan keluarga yg sakinah, mawadah, warahmah
keluarga yg senantiasa berada dlm keberkatan Allah.


"Apabila dua hati
bertemu atas satu matlamat
kerana Allah..
Maka, itulah kebahagiaan."


Wahai wanita solehah,
Jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yg bijaksana
takkan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan,
lirikan senyuman, pada bicara manja yg meruntuhkan imannya.
Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz utkmu.
Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana
ketinggian peribadimu,
jika kau tetap di atas jalan yg diredhai,
InsyaAllah si dia turut di jalan yg sama.

KaLaU AdAm PaSaNgAnNyA HaWa..
MaKa, SuDaH TeNtU..
AkU DaN KeKaSiH HaLaLkU...

Saya hanya ada satu hati, sekali sy jatuh cinta, sekali itulah tuk selamanya...& kerana itu sy sentiasa kosongkan ruang hati sy utk insan yg sepatutnya (kekasih halal).. Cinta sy hanya pda lelaki pilihan Allah buat sy..sy akan sandarkan cinta sy pd seorang lelaki yg bernama suami. Dan ianya tidak boleh di kongsi oleh sesiapa. Nilainya terlalu mahal utk di cemari lelaki lain bahkan namanya sekali pun. Sy akan terus setia mnanti lelaki yg dijanjikan Allah buat sy itu dan takkan menyatukan namanya dgn mana2 lelaki.

Cinta sesama manusia itu fitrah kerana mmg Hawa diciptakan utk Adam dan keduanya saling memerlukan. Allah jadikan Adam & Hawa cenderung antara satu sama lain kerana itulah fitrah cinta. Allah menuntut kita spaya cinta pd ilmu dan tanggungjawab lebih drpd cinta pd lelaki. Selagi sy msih blm bergelar isteri, tak perlu ad cinta lelaki dlm diri. Bagi sy cinta pd lelaki hanya khusus dan istimewa utk lelaki bernama suami shja. Andai kata sy menyintai seseorang, sy akan menahan dulu perasaan itu utk situasi msih blm bersedia sperti skrg ni. Kalaulah dia mmg diciptakan utk sy, sy serahkan dia dlm jagaan Allah S.W.T. (I leave Him for the sake of Allah). Moga Allah jua yg akan mempermudahkan jdoh pertemuan kami nanti. Sy gantungkan harapan itu pda Allah, I put my trust in Allah.  Sy akan berikan cinta stlh sy btl2 bsedia utk walimah. Buat masa skrg biarlah cinta sy hnya utk Allah. Pintu taubatNya sentiasa terbuka luas utk dikunjungi. Sy akan berusaha utk mencari cinta Allah yg Agung itu. Saya akan bersihkan hati dan terus berdoa agar Allah hadirkan cinta dan rinduNya dlm diri sy. Sy akan berusaha utk memperbaiki diri yg serba kekurangan ini dan mempersiapkn dri tuk menjadi hambaNya yg solehah.

Sucinya cinta andai dijaga dgn rapi kerana tiada unsur kelalaian dri cinta Allah. Cinta sesama insan ats nama suami isteri adalah cinta yg amat Allah redhai. Rumah tangga yg dibina ats dasar cinta yg terpelihara dari murka Allah..InsyaAllah akn lebih diberkati. Permulaan yg diredhai Allah akan dibalas dgn keredhaan pula. Inilah sbnrnya cinta krna Allah. Smoga Allah anugerahkan sy seorang lelaki yg turut mencintaiNya. Lelaki yg mampu membimbing sy yg lemah ini ke jln yg lebih Allah redhai dan mampu mengemudi bahtera rumah tangga ke jln kebahagiaan yg diberkatiNya.


PERKAHWINAN...PENGIKAT CINTA DI GERBANG REDHA ILAHI














 

   



 -KETIKA CINTA BERTASBIH-
Bertasbihlah cinta terukir di hatiku
Seindah samudera senja berkilau membentang
Cinta yg sejati tersandar di hati
Berlabuh menepi satukan karna Ilahi

Malam penuh doa penawar rindu kasih
Munajatkan maha cinta di atas cinta
Jika memang takdir cinta pasti bertemu
Meski kau dan aku ada di hujung dunia

Ketika cinta bertasbih bagai cahaya tak bertepi
Anugerah terindah itu yg ku impikan
Harapan ku tambatkan di setiap sujud malamku
Tuhan bimbing cintaku cinta karna Ilahi





-JODOH DAN TAKDIR-
Selaluku berdoa kpd yg Maha Esa
Moga dikurniakan seorang ratu di jiwa
Tempat kuluahkan segala rasa
Perasaan yg tersimpan seribu satu makna

Dikala aku keseorangan
Dia penghibur jua peneman
Hati yg sayu tdk kesepian
Duka dan lara tiada keresahan

Ya Allah tidak ku minta yg menawan
Tidak ku harap yg hartawan
Bukan jua kerana kedudukan
Cuma ku damba insan yg sepadan

Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan
Biarpun derita yg menjadi rintangan
Ketulusannya yg tiada bandingan
Tercipta ayu indahnya peribadi insan




-DOA SEORANG KEKASIH-
Oh Tuhan, Seandainya telah Kau catatkan 
Dia milikku tercipta utk diriku
Satukanlah hatiku dgn hatinya
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon 
Apa yg telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yg terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhan, yg Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yg lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih dijiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yg beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yg Kau redhai




Ya Allah, 
Aku bermohon kpd Mu dgn kebaikan
Kurniakanlah aku suatu kurniaan disisiMu
Yang boleh membahagiakan seluruh kehidupanku
Tetapkanlah kasih sayang di hati ini
Agar tidak goyah dlm mengharungi arus deras ini
Ya Allah,
Kiranya dia adalah utusan dan ketentuanMu buatku
Aku harap Engkau permudahkanlah dan bukakanlah hatiku ini
Untuk menerimanya dgn ikhlas
Jika dia ditakdirkan bukan milikku
Maka jauhkanlah hatiku darinya
Hilangkanlah bayangan wajahnya 
Dari tatapan dan pandanganku
Agar hatiku bisa tabah menerimanya
Ya Allah,
Sesungguhnya aku redha dgn segala ketentuanMu buatku..



Ya Allah,
Jika ditakdirkan aku jatuh cinta..
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu..


Namamukah yg tertulis di Luh Mahfuz sana?
Engkau kah yg bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yg akan melengkapkan separuh agamaku?
Dialah sebaik-baik Perancang!
Aku redha dgn segala ketetapan-Nya...

" Aku kini mendoakan agar kau menjadi 'Adam' 
walau kiranya...bukan aku sebagai 'Hawa' mu.."

BiCaRa HaTi

YA ALLAH..
Jadikan aku wanita Soleha...
yang baik di antara yg terbaik dan kurniakanlah aku pendamping yg baik..
dalam mendapatkan sesuatu yg terbaik dari Mu...Amin..

SuaRa HaTi

Saya hanya ada satu hati. Sekali saya jatuh cinta, sekali itulah tuk selamanya...& kerana itu saya sentiasa kosongkan hati saya utk insan yg sepatutnya..

Followers

About Me

My photo
-Siti Asmaa -Dea Asmaria (Nama pena) -1988 -insan biasa yg sukakan ssuatu dlm keadaan biasa2 sahaja -Suka membaca & suka mengarang
Powered by Blogger.

ConTest

My KarYa

My KarYa
Cerpen Utk Graduan

Sambungan Cerpen Utk Graduan (Dulu, Kini & Selamanya part 1 & part 2)

Burung Jenjang Kertas

Resume Cinta Maisara

Puisi Untuk Damia

Kekasih Halal

Hanya Di Mercu

Si Baju Putih Di Awan Biru

Blog Walking