Dea Asmaria

Pada awan biru ku melakar kata-kata, pada langit cerah ku panah semua cerita...

-PART 2-

Aku memberhentikan kereta di kawasan parking kereta berdekatan Pasar Pagi. Singgah sebentar di situ untuk membeli buah tangan buat kakakku, Kak Rose. Pagi itu aku merancang untuk melawatnya di rumah. Kebetulan hari ini hari minggu jadi aku berkesempatan untuk melawatnya. Semenjak dia mengandung belum pernah lagi aku melawatnya. Sibuk memanjang. Padahal jarak antara rumah sewaku dan rumahnya hanya setengah jam perjalanan. Tapi sekalipun aku tak sempat nak menjenguknya. Semalam baru sahaja kami berborak panjang di telefon. Hari ini terasa rindu pulak untuk menatap wajahnya. Tambahan pula semalam Kak Rose cakap dia teringin sangat nak makan kuih pelita yang dijual di pasar pagi. Mengidam katanya. Maklumlah orang mengandung..hehehe. Terus hari ini aku terasa ingin mencari kuih pelita untuknya. Itulah sebab aku singgah sebentar di Pasar Pagi ni. Tak sabar rasanya nak menemui Kak Rose. Walaupun kami tak sedarah sedaging tapi kami tetap adik beradik sampai bila-bila. Satu-satunya kakak yang paling aku sayangi.
Aku melilau-lilau mencari kuih pelita tersebut. Dari satu gerai ke satu gerai. Dan akhirnya aku menemui kuih pelita itu. Aku memilih beberapa biji kuih pelita. Selesai membayar aku segera mengatur langkah untuk pergi tapi tiba-tiba langkah ku terhenti. Terasa ada suara yang menegurku dari belakang. Aku berpusing ke belakang dan menoleh pada empunya suara. Aku sedikit terkejut pabila terpandangkan sesusuk tubuh yang berdiri di hadapanku kini. Tidak ku sangka akan menemuinya lagi di sini.
Eh, awak! ” Aku bersuara spontan. Melemparkan senyuman padanya. Dia juga turut membalas senyumanku.
Ya saya. Masih ingat saya lagi? ” Soalnya.
Mestilah ingat. Awakkan salesman tak rasmi yang tolong saya pilih kemeja hari tu kan.” Selamba aku berkata menyebabkan lelaki itu ketawa kecil mendengar kata-kataku. Kali ini dia kelihatan agak berbeza. Nampak begitu santai dengan T-shirt putih yang dipakainya.
Tak sangka ya kita boleh jumpa kat sini. Awak buat apa kat sini? ” Tanya lelaki itu pula.
A’ah, itulah..kebetulan pulak jumpa kat sini. Saya singgah beli kuih pelita ni sekejap. Awak pulak buat apa kat sini? ” Aku pula bertanya kepadanya.
Memang kebetulan, saya pun singgah beli kuih pelita jugak ni.” Balas lelaki itu sambil menunjukkan satu plastik yang penuh dengan kuih pelita kepadaku. Seraya aku memandang plastik kuih di tangannya. Memang kebetulan.
Wah, banyak juga awak beli kuih ni. Nak buat kenduri ke? ” Tanya aku sebaik sahaja melihat plastik yang penuh berisi kuih pelita ditangannya.
Tak adalah. Saya beli untuk anak-anak saya. Anak saya ramai. Kalau beli sikit-sikit takut tak cukup. Nantikan berebut pula. Itu yang saya beli satu plastik penuh ni. Semuanya untuk mereka.” Jawab lelaki itu sambil tersenyum-senyum.
Tak sangka ya, muda-muda lagi awak dah ada ramai anak. ” Aku membalas kata-katanya itu sambil tersenyum kecil.
Awak jangan tak tahu, lelaki zaman sekarang ni ramai yang sahut seruan kerajaan. Menambahkan bilangan rakyat Malaysia. Lagipun untung anak ramai ni, tua-tua nanti senang.” Jawab lelaki itu selamba.
Ye ker? ” Aku bersuara. Lelaki itu mengangguk. Entah mengapa aku dapat merasakan lelaki ini seolah-olah mengulangi kata-kataku sewaktu di shopping mall dulu tapi dalam versi yang berbeza. Sindir aku ke?
Oh ya! Anak awak tu apa khabar? Macam mana, dia suka dengan kemeja tu? ” Tanya lelaki itu tiba-tiba.
 “ Hah? Anak? Ooo..hmm...sihat...suka...dia suka kemeja tu.” Teragak-agak aku menjawabnya. Tidak menyangka persoalan itu akan dilontarkan olehnya.
Hmm, baguslah kalau macam tu.” Balas lelaki itu sambil tersenyum. Entah kenapa aku dapat rasakan senyumannya itu terselit maksud tersirat.
Tak sangka pulak, hari tu kita jumpa masa sama-sama nak beli kemeja. Kali ni pula terserempak masa sama-sama nak beli kuih pelita. Memang kebetulan.” Sambung lelaki itu lagi. Aku mengangguk mengiyakan kata-katanya. Kami tergelak serentak.
Kebetulan tu memang ada di mana-mana awak. Bila-bila masa pun boleh berlaku.” Aku bersuara pula.
Tapikan entah kenapa saya rasa ini bukan saja satu kebetulan tapi juga suatu suratan. Kata orang, sekali dua tu mungkin kebetulan tapi kalau banyak sangat kebetulannya tu mungkin ianya satu petanda.”
Maksud awak?
Ya, mungkin satu petanda yang kita ni ada jodoh.” Selamba lelaki itu berkata. Spontan aku tergelak mendengarnya.
Ke situ pula awak ni. Jodoh apanya. Awak dah lupa ke yang kita ni sama-sama dah ada anak kan.”
Tapi segalanya mungkinkan? ” Balas lelaki itu
Saya tak rasa macam tu.” Kataku pula.
Kenapa pula?
Awak nikan, ini semua kebetulan jelah.”
Tapi bagaimana andai kata kita ditakdirkan jumpa lagi selepas ini? Adakah itu kebetulan lagi?
Awak, KL ni kecik je. Kat mana-mana pun kita boleh jumpa. Tak hairanlah kalau kita boleh jumpa lagi selepas ini.”
Tapi...”
Awak nikan...asyik tapi..tapi. Ok baiklah! Kalaulah selepas ini kita terjumpa lagi di suatu tempat yang jauh dari sini dan kita berada di sana atas tujuan yang sama maka saya percaya bahawa ianya bukan satu kebetulan semata-mata.” Begitu yakin sekali aku berkata-kata, malas nak berbahas panjang dengan lelaki ini.
So? ” Tanya lelaki itu pula.
So...saya tunggu rombongan awak! ” Selamba aku berkata. Habis cerita!
Ok. Saya pegang kata-kata awak. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata jodoh yang menyatukan kita, bukan kebetulan lagi..” Balas lelaki itu.
Apa-apa jelah. Oklah awak, saya nak minta diri dulu. Saya pun ada hal ni. Nanti terlambat pula.” Aku berkata lagi sambil memandang ke arah lelaki itu. Lelaki itu mengangguk.
Assalamualaikum.”
Waalaikumussalam. Jumpa lagi.” Balas lelaki itu sambil tersenyum penuh makna. Aku tidak membalas kata-katanya sebaliknya terus mengatur langkah pergi dari situ. Lelaki itu hanya mampu memandang kosong. Hatinya mula berbisik...

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi...
Ya Allah,
Jika dia benar untukku
Permudahkanlah pertemuaan kami...

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Aku yang sedang asyik menonton televisyen tiba-tiba tersentak. Bahuku dicuit oleh Kak Mas. Kak Mas kemudiannya duduk di sebelahku.
Siti, hujung minggu nanti jadi tak ikut akak balik kampung akak? ” Soal Kak Mas, teman serumahku. Aku duduk menyewa di sini bersama Kak Mas dan sahabatku Zah. Kak Mas bekerja satu tempat kerja denganku. Manakala aku dan Zah pula berlainan tempat kerja tetapi Alhamdulillah tempat kerja kami berdekatan. Jadi dapatlah kami menyewa satu rumah yang sama.
Mestilah jadi Kak. Lagipun takkanlah saya nak duduk kat rumah ni sorang-sorang nanti. Zah pula tak ada kat rumah hujung minggu ni, dia ada kursus. Alang-alang tu boleh la saya tolong-tolong apa yang patut masa majlis tu nanti. Sekaligus boleh kenal-kenal kampung akak ” Aku menjawab pertanyaan Kak Mas. Kak Mas tersenyum mendengar jawapanku.
Ramai ke jemputan majlis tu nanti kak?
Tak adalah ramai sangat. Buat majlis sederhana je. Majlis kesyukuran dan doa selamat untuk adik bongsu akak yang perempuan tu, sempena dia dapat sambung belajar kat oversea.”
Hmm, kalau begitu masa majlis kahwin akak dengan tunang akak nanti buatlah besar-besar pula. Meriah sikit. ” Usik aku tiba-tiba.
Ish, ke situ pulak dia. Majlis akak tu nanti pun buat sederhana juga. Bajet lari. Hahaha..” Jawab Kak Mas sambil tergelak.
Cakap pasal kahwin ni, Siti bila lagi nak kahwin? Umur dah 27 tahun, akak tengok Siti pun dah berjaya, ada kerjaya, ekonomi stabil, dah bahagiakan keluarga. Hah sekarang dah tiba masanya Siti fikir tentang kebahagiaan Siti pula. Tengok Zah, dah selamat bertunang dah pun. Akak tak sabar nak tunggu giliran Siti pula.”
Alah akak ni, Siti pulak. Entahlah kak, belum sampai jodoh lagi.” Jawabku perlahan. Jawapan standard setiap kali isu kahwin dipersoalkan.
Belum sampai jodoh ke atau Siti tengah tunggu seseorang?
Mungkin kedua-duanya. Saya percaya pada jodoh kak. Dan saya yakin,  Someone..., somewhere..., is made for me! Tapi seseorang tu belum muncul-muncul lagi sampai sekarang ..hehehe.” Jawabku sambil tergelak kecil memandang Kak Mas. Kak Mas turut tergelak sambil mengeleng kepala.
Siti ni sama je perangai macam adik lelaki akak yang sorang tu. Sampai sekarang masih membujang. Tiap kali cakap pasal kahwin jawapan macam tu lah yang diberikannya. Entah siapalah yang korang berdua tunggu-tunggukan tu. Akak pernah jugak nak keneng-kenengkan kamu berdua ni. Tapi adik akak tu sama juga macam Siti, mengelat aje! ” Aku tergelak besar mendengar kata-kata Kak Mas, tambah-tambah bila melihat Kak Mas buat muncung sedepa. Kak Mas..Kak Mas...ada-ada aje! Seketika Kak Mas turut tergelak bersamaku.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Tetamu datang silih berganti. Majlis berjalan lancar. Kak Mas antara orang yang paling sibuk menguruskan majlis, adakalanya dia di dalam rumah. Lepas tu dia akan keluar untuk turut melayan tetamu. Masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing.
Siti, boleh tolong akak ambilkan air kosong kat dapur kejap.” Kak Mas meminta tolong dariku. Aku segera mengatur langkah ke dapur seperti yang dipinta. Sewaktu aku berjalan menuju ke dapur, tanpa dapat diduga aku telah terlanggar seseorang.
Opps, sorry! ” Spontan aku meminta maaf.
It’s Ok.” Aku terkejut sebaik sahaja mendapati orang yang aku langgar adalah...
Awak!! ” Kami terjerit serentak. Lelaki itu lagi!
Macam mana awak boleh ada kat sini? ” Spontan aku bertanya.
Patutnya saya yang tanya awak, awak buat apa kat sini? Ini rumah parents saya la.” Jawab lelaki itu.
Hah? Rumah parents awak? Tipu! Takkanlah. Awak nak bergurau dengan saya ek? Saya datang ke sini untuk hadiri majlis kat sini. Entah-entah awak ekori saya, awak ikut saya senyap-senyap sampai sini.” Aku memang tidak percaya dengan apa yang diperkatakan oleh lelaki itu.
Excuse me! Kenapa pula saya nak ekori awak? Saya pun datang ke sini sebab nak hadiri majlis kat sini juga. Lagipun ni rumah parents saya. Awak tu yang mungkin ikut saya ke mari. Tengok ni, dahlah boria. Pakai baju pun sedondon dengan saya. Awak tu yang ikut saya! ” Aku memandang ke arah bajuku dan baju lelaki itu silih berganti. A’ah, betullah. Baju kami sedondon. Aku memakai baju kurung berwarna putih dan dia pula berbaju melayu warna yang sama, putih juga. Baru aku perasaan.
Tak sangka ya. Awak lebih cepat dari saya.” Ujar lelaki itu pula.
Maksud awak?
Patutnya saya yang datang rumah parents awak dulu. Tapi sekarang awak terlebih dulu dah datang rumah parents saya.” Lelaki itu tergelak menghabiskan kata-katanya. Aku membulatkan mata mendengar kata-katanya. Oooo, kenakan aku ya!
Tolong sikit ya. Saya datang sini ikut kawan saya, Kak Mas. Tak ada kena mengena dengan awaklah.” Balas aku seraya membela diri.
Eh, kat sini rupanya. Lama Kak Mas tunggu kat luar.” Kami serentak memandang Kak Mas yang datang tiba-tiba.
Ni kenapa pulak ni? ” Kak Mas bertanya pula sambil pelik memandang kami berdua.
Along kenal ke dengan dia ni? ” Tiba-tiba lelaki itu bertanya kepada Kak Mas.
Laa, ni la housemate Along yang penah Along ceritakan kat Angah dulu tu, Siti.” Lelaki itu memandang ke arahku. Ada sedikit riak terkejut pada wajahnya.
Haa Siti, ni la adik akak yang akak ceritakan kat Siti hari tu.” Kali ini aku pula yang memandang lelaki itu. Kami saling bertatapan. Seketika lelaki itu mengukirkan senyuman. Aku masih lagi diam tanpa reaksi apa-apa. Sungguh aku tidak menyangka lelaki ini rupanya adik Kak Mas.
Kamu berdua ni dah saling kenal mengenali ke? ” Tanya Kak Mas kepada kami. Lelaki itu berbisik di tepi telinga Kak Mas. Kemudian dia mengenyitkan mata kepada kakaknya. Memberi isyarat yang tidak aku fahami apa maksudnya. Kak Mas pula mengangguk-anggukkan kepalanya sambil tersenyum simpul. Drama apa pula la yang dua beradik ni lakonkan depan aku ni. Terkebil-kebil aku memandang mereka.
Oooo...kalau begitu senanglah kerja akak. Pucuk dicita ulam mendatang.” Aku tidak faham maksud kata-kata Kak Mas itu.
Kalau begitu, akak minta diri dululah ya. Nak ke dapur sekejap.” Kak Mas terus berlalu pergi sebaik sahaja menghabiskan kata-katanya. Aku dan lelaki itu sama-sama memandang Kak Mas mengatur langkah pergi.
So? ” Lelaki itu bertanya kepadaku sebaik sahaja Kak Mas berlalu pergi.
So what?” Aku bertanya kembali. Tidak mengerti apa maksud persoalannya.
Kata-kata awak sewaktu pertemuan ke-2 kita yang lalu. Dah tak ingat? ” Soal lelaki itu lagi sambil mengangkat kening memandangku. Aku mengerutkan dahi. Terdiam seketika cuba mengingatkan kembali kata-kataku itu. Yang mana satu ya? Aku cuba mengimbas kembali...
“ Ok baiklah! Kalaulah selepas ini kita terjumpa lagi di suatu tempat yang jauh dari sini dan kita berada di sana atas tujuan yang sama maka saya percaya bahawa ianya bukan satu kebetulan semata-mata.” Begitu yakin sekali aku berkata-kata, malas nak berbahas panjang dengan lelaki ini.
So? ” Tanya lelaki itu pula.
So...saya tunggu rombongan awak! ” Selamba aku berkata. Habis cerita!
Ohhh, tidak! Yang tu ke? Ish, takkan lah mamat ni nak tuntut kata-kata aku tu kot. Biar betul! Aku main cakap je bukannya serius pun. Lagipun memang aku tak sangka benda ni benar-benar terjadi. Sungguh! Kalau la aku tau, memang aku tak berani nak keluarkan kata-kata tu. Ah, peduli apa aku! Buat-buat tak tahu jelah. Bukannya mamat ni boleh buat apa-apa pun.
Kata-kata yang mana? Sorry la awak, saya tak ingat pun yang saya ni ada cakap something kat awak. Saya rasa tak ada. Awak je kot salah dengar, tak pun awak tersalah orang, bukan saya yang cakap tu..” Selamba aku berkata sambil berlagak tenang. Pura-pura tak tahu.
Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu lagi mahu tanya..” Tiba-tiba lelaki itu bersuara.
Buah gaharu buah cendana, dah memang saya tak tahu nak buat macam mana.”Jawab aku pula.
Kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu..”
Kura-kura di tepi perahu, pura-pura apanya dah memang saya tak tahu..”
Rambut keras macam penyapu, eleh..tak nak ngaku ingat saya tak tahu..”
Berat berkati-kati, bercakap dengan awak ni memang menyakitkan hati!
Eleh..kat mulut cakap sakit hati, tapi dalam hati dah suka kat saya separuh mati! ” Sepantas kilat aku berpaling ke arah lelaki itu sebaik sahaja mendengar kata-katanya itu. Bulat mata aku memandangnya. Lelaki itu pula buat muka selamba sambil tersenyum kecil memandang ke langit. Ish..saja nak buat aku blushing lepas tu menyakitkan hati! Tak boleh jadi ni!
Hahaha...awak nikan memang muka tak tahu malu kan. Sesuka hati aje mengaku saya ni suka kat awak. Huh, tolonglah..” Aku buat-buat ketawa sambil berlagak tenang.
Saya akan lebih malu kalau saya jadi awak..” Lelaki itu berkata perlahan.
Kenapa pulak? ” Pantas aku bertanya. Hairan mendengar kata-katanya.
Berpura-pura tak suka tapi dalam hati mengakui aku cinta padamu...” Selamba lelaki itu berkata sambil berpeluk tubuh. Seketika dia mengerling ke arahku dan kemudian kembali melemparkan pandangan ke arah lain.
Tak sangka awak ni memang perasan orangnya.” Jawabku spontan.
Oh ya, Lagi satu! Awak jangan pandai-pandai nak kata yang saya ni suka or syok kat awak tu. Kita jumpa pun baru sekali dua. Tak tahu pun hati budi masing-masing. Impossible saya boleh senang-senang suka kat awak macam tu je. Ish-ish..mudahnya awak berkata yang  saya ni suka kat awak..” Dengan yakin sekali aku berkata. Lelaki itu ketawa kecil setelah mendengar kata-kataku itu. Perlahan dia berpaling mengadapku.
Awak tahu tak...perasaan suka itu tak boleh disukat dengan tempoh perkenalan. Kadang-kadang dengan hanya sekali memandang wajah seseorang dalam sesaat saja kita boleh jatuh hati. It may take only a minute to like someone, only an hour to have a crush on somenone and only a day to love someone! Dan..cinta itu adalah satu-satunya bunga yang tumbuh mekar tanpa bantuan musim. Tak perlu dipaksa dan tak perlu dipinta. Cinta akan hadir dengan sendirinya. Ia datang pada saat yang tak terduga. Pada saat kita merasakan cinta, kita akan tahu apa itu cinta. Sekelip mata je Allah boleh campakkan rasa cinta tu dalam hati awak tau. So, jangan lari dari cinta kerana cinta itu satu anugerah.” Bicara lelaki itu panjang lebar sambil tersengeh-sengeh depan aku. Poyo je..
Pergghhh! Ayat!! Macam pujangga cinta tengah kemaruk nak bermadah je aku tengok mamat ni. Macam hafal skrip pun ya jugak. Hahaha... Aku sembunyi gelak. Terasa ingin ketawa tapi cuba bertahan untuk tidak menghamburkannya.
Hah, kenapa senyap je? Apasal senyum sorang-sorang ni? Kenapa? Tiba-tiba terasa sesuatu di dalam hati? Bunga-bunga cinta sudah berputik ke?” Soal lelaki itu tiba-tiba.
Aku mencebik. Buat muka selamba tanpa perasaan. Sedangkan dia pula ketawa sebaik sahaja memandang reaksiku itu.
Tak nak mengaku! Janganlah sombong. Ke awak nak saya jerit dulu hingga ke hujung dunia ‘aku cinta padamu’ baru awak percaya? Baru awak nak mengakui?” Duga lelaki itu sambil tersenyum nakal.
Boleh tahan gatal juga awak ni ye! ” Balasku tiba-tiba.
Gatal dengan orang yang saya sayang tak apa..” Lelaki itu berkata selamba.
Gulp!! Hampir tersedak aku sebaik sahaja mendengar kata-kata lelaki itu. Entah kenapa saat itu lidah ku terasa kelu untuk berkata-kata. Bibir seakan beku untuk bersuara membalas kata-kata lelaki itu. Wajah serta merta terasa membahang. Arghhh!!!
Diam tanda setuju! Kalau begitu, bila agaknya masa yang sesuai boleh saya bertemu dengan keluarga awak untuk hantar rombongan? ” Tiba-tiba lelaki itu serius bertanya. Aku berpaling ke arahnya. Mak aii..biar betul dia ni? Seketika lelaki itu pun turut berpaling mengadapku. Dia tersenyum memandangku sambil mengangkat kening. Sedia menantikan jawapan daripadaku.
Alamak! Apa aku nak jawab ni? Saat itu aku hanya mampu tunduk memandang lantai. Seketika aku mengalih pandangan. Mengangkat wajahku untuk memandangnya. Aku lihat dia masih lagi serius menantikan jawapanku. Tiba-tiba aku terpana bila sepasang mata kami bertaut. Sesaat..dua saat..tiga saat... Aku terpaku. Tiba-tiba jantung terasa berdegup kencang. Hisy..aku mengalihkan pandangan. Dia juga begitu. Aku menstabilkan diri.. Astaghfirullahalazim..Lama-lama duduk begini boleh menambahkan dosa. Tanpa sepatah kata aku segera mengatur langkah meninggalkan lelaki itu. Lelaki itu mengeleng kepala sambil tersenyum. Hanya matanya sahaja yang menghantar aku pergi dari situ. Kemudian lelaki itu merenung ke dada langit sambil berpeluk tubuh. Menikmati keindahan pada malam itu buat seketika. Sementara dalam hatinya berbicara lagi...

Pertama kali daku memandangnya,
Hati terpaut bercambah rasa,
Hari demi hari,
Hati kian pasti dialah yang dicari...

Ku ingin sunting dirinya,
Menjadi permaisuri hatiku,
Sebagai isteri yang berbudi,
Kebanggaan para suami...

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Malam itu, emak ku ada menelefon. Emak  bertanya sama ada aku jadi balik atau tidak hujung minggu nanti. Kalau ikutkan perancanganku memang aku nak balik. Aku pelik kenapa emak tiba-tiba bertanya begitu. Lalu aku bertanya kepada emak dan jawab emak ada orang nak datang tengok aku. Jawapan ringkas emak itu telah cukup untuk membuatkan aku terkejut besar. Jantung ku berdegup kencang. Dapat aku agak siapa yang akan datang nanti. Sejak dari itu hatiku mulai tidak keruan. Resah memikirkan kunjungan tersebut mungkin datang daripada lelaki itu.
Dan hari ini adalah harinya. Kedengaran ada orang memberi salam di luar rumah. Aku bangkit bergegas ke bilikku. Aku malu, takut dan segan. Semua jenis perasaan mula berkumpul di hati ini. Badanku terasa seram sejuk dan panas serta-merta. Aku tak tahu apa yang mereka kat luar tu bincangkan. Cuma terdengar suara hilai ketawa sahaja. Selang beberapa minit. Aku terdengar pintu bilikku diketuk. Ibu menyuruhku keluar, katanya tetamu sedang menunggu. Aku bangun perlahan bersiap-siap untuk keluar. Ketika aku melangkah merapati tetamu, aku dapat rasakan ada mata-mata yang sedang memerhatikan tingkahku. Ini yang aku rimas ni. Aku memerhatikan sepasang suami isteri yang sedang duduk di ruang tamu. Mereka nampak sebaya emak saja. Wanita yang berbaju kurung itu merenungku dengan mesra. Aku bersalaman dengannya. Selesai bersalaman aku kemudian duduk bersimpuh di sisi emak. Tetapi bagaikan ada batu besar yang menghempap kepalaku saat aku terpandangkan wajah yang berada betul-betul setentang denganku. Nafasku betul-betul sesak, dadaku terasa macam nak pecah. Ya Allah...lelaki itu! Memang betul jangkaanku. Waktu seakan berhenti. Sesaat kami berpandangan. Lelaki itu tersenyum manis memandangku.
Pak cik, Izinkan saya untuk bercakap dengan anak pakcik.” Lelaki itu memohon keizinan dari abah.
Silakan. ” Keizinan yang diberikan abah itu membuatkan aku berdebar-debar. Lelaki itu merapatiku dan kini dia betul-betul bersila di hadapanku. Menyebabkan aku semakin gementar. Dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu perasaanku saat ini.
Dihadapan kedua ibu bapa awak, saya dengan seikhlas hati ingin melamar awak untuk menjadi isteri saya, ibu kepada anak-anak saya, menantu ibu dan ayah saya. Saya hanyalah manusia biasa, yang mempunyai banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Dengan kerendahan hati yang kekurangan saya memohon hati awak sebagai pasangan hati saya. Saya menginginkan awak untuk mendampingi saya, untuk menutup kelemahan yang ada pada diri ini dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa sahaja. Oleh kerana itu, saya menginginkan awak supaya membantu dan merawat cinta ini agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama hingga ke akhir hayat, kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Saya sudah solat istiqarah berkali-kali dan hati saya semakin mantap memilih awak. Yang saya tahu, saya memilih awak kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasullulah. Jika awak tidak yakin, saya memohon awak solat Istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Ambillah seberapa banyak masa yang awak mahu. Saya sedia menanti apa jua jawapan awak. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini.” Panjang lebar lelaki itu berkata-kata. Cukup membuatkan aku hampir mengalirkan air mata mendengarkan bait-bait katanya. Terkedu aku... tak tau nak kata apa. Bicara tulus lelaki itu membuatkan aku terdiam seribu bahasa. Keluhuran kata-katanya meresap jauh ke segenap denyut nadi.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Ya Allah. Aku bermohon kepadaMu dengan kebaikan. Kurniakanlah aku suatu kurniaan di sisiMu yang boleh membahagiakan seluruh kehidupanku. Tetapkanlah kasih sayang di hati ini agar tidak goyah dalam mengharungi arus deras ini.”
“Ya Allah! Kiranya dia adalah utusan dan ketentuanMu buatku. Aku harap Engkau permudahkanlah dan bukakanlah hatiku ini untuk menerimanya dengan ikhlas. Jika ia ditakdirkan bukan milikku, maka jauhkanlah hatiku darinya. Hilangkanlah bayangan wajahnya dari tatapan dan pandanganku agar hatiku bisa tabah menerimanya.”
“Ya Allah! Sesungguhnya aku redha dengan segala ketentuanMu buatku. Amin….”

Aku Istiqarah lagi. Entah untuk kali yang ke berapa. Aku memohon petunjuk Allah dalam menentukan dan memberikan kekuatan kepadaku. Malam itu, usai solat sunat istiqarah..aku berbaring sambil memejamkan mata. Beristighfar di dalam hati. Menenangkan fikiran seketika, sehinggalah aku tertidur.
Bangun dari tidur, sekali lagi aku terkedu. Mimpi yang sama lagi sejak solat Istiqarah itu dilakukan. Aku melihat diriku memakai pakaian pengantin berwarna putih. Tunduk bersalaman dan mencium tangan pengantin lelaki...
Usai solat subuh, aku berdoa lagi agar petunjuk itu adalah benar dan tetapkan hatiku setelah keputusan itu diambil.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Hari ni genap sebulan selepas lelaki itu melamarku. Aku yakin dengan jawapan yang akan aku berikan kepadanya. Aku harap dia terima. Ya Allah... berilah aku kekuatan.
Aku mengambil sekeping kertas dari laci meja solekku yang tertulis nombor telefon lelaki itu. Aku mencapai telefon bimbitku untuk menghantar SMS kepadanya. Perlahan-lahan aku menaip bait-bait kata. Sedikit gementar sebenarnya.

Salam....
Saya bukan Khadijah untuk mendambakan Muhammad, bukan juga Fatimah untuk mengimpikan Ali, sekadar seorang gadis yang inginkan bimbingan, yang mendambakan perlindungan seorang suami dalam melayari liku kehidupan demi mencari satu keredhaan. Dengan seikhlasnya saya menerima hati awak sebagai pasangan hati saya..-

Aku diam menanti balasan mesej darinya. Namun tiada jawapan. Aku harap dia akan faham. Faham dengan jawapanku. Faham bahawa aku telah menyambut lamarannya untuk sama-sama melayari kehidupan ini bersamanya. Tiba-tiba telefonku berdering. Di lihat nombor si pemanggil.. lelaki itu! Aku menarik nafas. Debaran di dada semakin kencang.
Assalammualaikum..”Lelaki itu memberi salam. 
“ Waalaikumussalam..” Jawabku perlahan.
“ Alhamdulillah syukur...Thanks..thanks a lot!. You've make me happy. ” Ujar lelaki itu.
Hmm..awak apa khabar? Sihat? ” Tanya Lelaki itu pula.
Alhamdulillah sihat..” Jawabku ringkas.
Sepi seketika antara kami. Aku sendiri berdebar-debar. Tidak tahu apa yang patut diperkatakan. Perasaanku gementar, debaran yang tak pernah dirasakan selama ini. Tiba-tiba lelaki itu ketawa, memecahkan sepi antara kami.
Aduhai..kelakar pulak rasa. Selalunya kalau berdepan dengan saya ada je benda yang awak nak cakap. Sekarang ni kenapa diam je? Malu ya? Anything you want to say? Maybe just a simple words..I love you or I miss you? ” Duga lelaki itu sambil menghabiskan sisa ketawanya.
Dia dah mula dah. Saja nak suntik perasaan geram aku.
Excuse me! Tak ada maknanya! Saja je saya diam sebab nak bagi peluang kat awak bercakap banyak sikit hari ni.” Jawab aku spontan untuk membela diri. Cover line! Hahaha.
At last! Diri awak yang sebenar dah kembali! Tak nak mengaku lagi tu! Apa salahnya cakap je yang awak tu rindu gila kat saya. Hahaha..” Lelaki itu masih mahu mengusik.
Dah-dah, jangan nak mengarut! Awak nikan makin dilayan makin mengada-ngada. Perasan tak sudah! ” Lelaki itu ketawa lagi mendengar kata-kataku.
Alah, usik sikit jelah. Ok..ok..saya serius! Hmm..next week family saya akan datang ke rumah awak. Terus bincang pasal kahwin. Tak payah bertunang, lepas raya ni kita terus kahwin.”
Amboi!! Cepatnya!! Raya lagi tiga bulan la. Mana sempat aku nak buat persiapan. Nak order kad jemputan lagi, nak cari barang hantaran lagi. Nak pilih baju kahwin lagi...ish!
Awak ni, tak cepat sangat ke? Mana sempat saya nak buat persiapan tu semua. Tak boleh nak tangguhkan ke?
Don’t worry my dear. Actually, I already know your answer. So, awal-awal lagi saya dah tempah baju pengantin, survey kad kahwin, beli barang-barang hantaran dan semuanya saya dah siapkan. Tugas awak, jemput kawan-kawan awak dan siap sedia untuk jadi pengantin perempuan saya. Your parents awal-awal lagi dah ready. Kita tinggal kahwin je.” Aku tergamam sebaik sahaja mendengar kata-kata lelaki itu.
What?? Mak dan ayah saya dah tahu? Tak aci!! Awak ni memang dah gila..”
Ai..ai..gila-gila pun bakal suami awak juga tau.” Jawab lelaki itu spontan. Aku ketawa mendengar kata-katanya. Terasa lucu pula kedengaran ditelingaku. Kesian, kan dah kena. Itulah, pandai sangat planning senyap-senyap.
Dan bakal suami awak yang gila-gila ni juga la yang awak akan cari. Sehari awak tak lihat muka saya, tau lah apa yang akan awak rasa nanti. ” Sambung lelaki itu lagi.
Eleh, pegang tangan tok kadi pun belum lagi, awak dah berangan lebih! ” Aku membalas kata-katanya. Dia hanya ketawa mendengar kata-kataku.
So, ada apa-apa lagi awak tak puas hati?” Soal lelaki itu pula. Aku terdiam seketika. Berfikir sejenak.
Hmm..baju pengantin tu awak tempah warna apa?”
Putih.” Jawab lelaki itu ringkas. Aku terdiam. Serta merta aku teringatkan mimpi aku tu. Mimpi aku memakai pakaian pengantin berwarna putih. Dan lelaki berbaju putih yang sering hadir dalam mimpi-mimpiku dulu. Baru aku teringat, kali pertama aku menemui lelaki ini dia berkemeja putih, kali kedua dia memakai T-shirt putih dan kali ketiga dia berbaju melayu putih juga. Mungkinkah dia lelaki berbaju putih yang sering hadir dalam mimpi-mimpiku dulu? Tiba-tiba akalku dapat menangkap sesuatu dan hatiku kian pasti.
Kenapa? Awak tak suka ke? Kalau awak tak suka kita boleh tukar balik.” Tanya lelaki itu pula.
Tak..tak payah tukar! Saya suka putih! ”Spontan aku menjawab pertanyaannya
Hehehe...saya tahu awak memang suka putih. Sebab tu lah saya pilih putih. Apa yang cantik di mata awak cantik juga di mata saya. ” Aku terharu mendengar kata-katanya. Tak sangka dia tahu warna kesukaanku. Maknanya dia masih ingat lagi kata-kataku sewaktu di shopping mall dulu. 
Baiklah. Kalau ada apa-apa hal lagi yang awak tak puas hati awal bagitau saya tau. Nanti kita bincang balik. ” Ujar lelaki itu lagi.
Ok! InsyaAllah..Apa-apa hal saya bagitau awak nanti.” Jawabku pula.
Hmm..anyway, thanks again awak. Saya akan pastikan awak takkan menyesal menerima saya sebagai teman hidup awak. I promise that!” Ujar lelaki itu. Aku terdiam. Tersentuh hatiku mendengar kata-katanya.
Saya pun harap awak takkan menyesal kerana memilih saya..” Balasku jujur.
Itu sama sekali tak mungkin. Saya tak akan menyesal memilih awak kerana saya yakin dengan pilihan saya.” Balas lelaki itu pula.
Oklah, take care ya! Assalamualaikum.” Ujar lelaki itu.
Waalaikumussalam..” Balasku menamatkan perbualan antara kami.
Aku telah membuat keputusan dan aku kini berserah segalanya kepada yang Maha Esa. Semoga kebahagiaan milik kami berdua.

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai
(Lagu Doa Seorang Kekasih- In-Team)

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Jemputlah minum semua.” Ju yang sedang berjalan sambil menatang dulang minuman mempelawa kami minum. Tak sangka hari ini Aku, Ju, Ja, Simaa, Huda, Yaya, Ikin dan Rerey dapat sama-sama berkumpul kembali di rumah Ju, sempena majlis kesyukuran dan cukur jambul bayinya. Ju yang siap menghidang minuman itu duduk bersama kami.
Ju rasa gembira sangat hari ni. Korang-korang semua dapat datang. Akhirnya termakbul juga hasrat kita nak berkumpul ramai-ramai macam ni setelah lama tak jumpa.” Kami mengangguk mengiyakan kata-kata Jue.
Betul tu Ju! Anyway, tahniah la Ju dah dapat baby. Mesti happy sekarang ni..hehehe.” Simaa mula bersuara.
Hoho..mesti doh happy Simaa! Simaa kenalah kahwin cepat-cepat baru dapat baby macam Ju ni. ” Simaa tertelan air liur mendengar kata-kata Ju. Simaa hanya mampu tersengeh.
Betul-betul, tengok macam aku dan Ja ni. Kita orang semua ni dah selamat. Kau orang berempat ni bila lagi? ” Rerey tiba-tiba bersuara menyebabkan kami berempat iaitu Simaa, Yaya, Ikin dan aku berpura-pura tak dengar. Masing-masing buat-buat tak tahu. Aku dengan spontan mencapai gelas minuman. Tiba-tiba terasa haus pula.
Ai, buat-buat tak tahu pula. Dengar-dengar ada orang tu nak naik pelamin lepas raya ni.” Ju tiba-tiba menempelak. Aku yang sedang elok meneguk air tiba-tiba tersedak. Memang kena sebijik! Terbatuk-batuk aku. Nasib baik Yaya yang berada di sebelahku menggosok-gosok belakangku.
Rilek Tie...rileks...Cool..” Tiba-tiba Huda bersuara sambil turut menggosok belakangku.
Wah, ada orang makan cili la..” Ja menyampuk tiba-tiba.
Korang nikan, saja je. Nasib baik tak tersembur! ” Akhirnya aku bersuara setelah batuk-batuk kecil hilang. Mereka tertawa serentak mendengar kata-kataku.
Apa cerita ni Tie? Huda dan Cik Khai yang sibuk buat persiapan nak kahwin hujung tahun ni. Tup..tup..Tie yang kahwin lepas raya ni. Memang satu kejutan! ” Ujar Huda pula.
Tie memang sentiasa penuh dengan kejutan! ” Simaa mencelah.
Well, dah jodoh nak buat macam mana..hahaha.” Selamba aku menjawab sambil tergelak.
Huh,Ayat standard orang dah nak naik pelamin memang macam tu Tie! ” Ju pula bersuara.
Rilek kawan-kawan, apakata kita terjah Tie! ” Yaya memberi cadangan.
Apalagi Ju, start la dulu. Ju kan taiko terjah-menerjah ni, dari zaman belajar lagi kan.” Ujar Ikin pula.
Hahaha...bereh! Ok Tie, siapakah jejaka yang telah berjaya menembusi tembok hatimu yang selama ini kebal itu wahai Cik Siti? ” Tanya Ju sambil membuat gaya ala-ala Nas Ahmad.
Hahaha...biarlah rahsia! Kan orang pernah cakap dulu, siapa yang bakal jadi suami orang tu adalah rahsia sehinggalah korang-korang semua tahu masa majlis orang tu nanti. So, nak tak nak kamu semua kena datang. Barulah boleh tahu siapa. Hahaha..” Aku menjawab dengan selambanya.
Eleh, Tie. Dengan kita orang pun nak berahsia ke? ” Huda berkata pula.
Betul. At least bagi la hint sikit-sikit.” Simaa memberi cadangan.
Hahaha..nak hint jugak ke? ” Aku bertanya.
Mesti! ” Jawab Ja spontan.
Oklah, dengarkan...ehemm-ehemm.. ‘Tiba-tiba aku terpana, dia jejaka berbaju putih, hatiku tergoda tergugat, tak cuma parasnya yang indah, dia baik dia soleh’...” Aku tiba-tiba menyanyi. Haha.
Weh, tu bukan lagu Kekasih Halal, Wali Band ke? ” Soal Ju.
Poyolah Tie ni..orang suruh bagi hint dia nyanyi pulak.” Ujar Rerey pula.
Betullah..ciri-ciri dia samalah yang macam dalam lirik lagu yang aku nyanyi tu. Hehe..” Sekali lagi aku menjawab.
Teringin nak tahu siapakah gerangan lelaki berbaju putih tu.” Ujar Yaya.
Jangan risau Yaya, masa majlis nanti dia juga akan berbaju putih. Yaya akan tahu juga siapa.” Jawabku lagi.
Akhirnya Tie berjaya menemui Kekasih Halal yang ditunggu-tunggunya.” Kata Simaa tiba-tiba.
Eleh, Simaa. Kata kat orang. Bukan ke ada orang tu sekarang tengah hangat bercinta dengan kawan baik sendiri ke? ” Aku menempelak Simaa pula. Ambik! Asyik aku je yang kena terjah. Sekarang tukar sasaran pula!
Syhhhh..Tie! Janganlah cakap kuat-kuat, malu orang tau..hahaha..” Serentak kami tergelak melihat reaksi Simaa yang tersipu malu. Kononnya la dulu teman tapi mesra tapi sekarang teman tambah mesra jadinya...hahaha..
Eleh, malulah tu! ” Ujar Yaya.
Amboi..nak terjah orang juga dia tu. Yaya pun bukan ke tengah bahagia ke sekarang? Cinta tak bertepuk sebelah tangan. Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu, diam tak diam cinta Yaya bersatu! Dengar-dengar nak bertunang hujung tahun ni. Betul ke Yaya? ” Ju pula mula terjah Yaya.
Jawab Yaya! ” Rerey, Ja dan Ikin bersuara serentak.
E’eh...mana korang dengar berita tu? Khabar angin je tu.” Jawab Yaya berpura-pura tak mengerti. Ni sorang lagi, konon-kononya malu. Padahal dalam hati penuh satu taman!
Kalau korang nak tahu, bakal tunang Yaya tu Taylor Lautner Malaysia! ” Ujarku.
Hidup Team Jacob! ” Aku dan Huda bersorak serentak. Ke’poyo’an terserlah. Hahaha...
Poyo tak habis-habis Tie dan Huda ni.” Aku dan Huda mencebik ke arah Rerey. Memang tagline Rerey...asyik sebut poyo je...lama-lama dia yang poyo..hahaha..
Chop! Chop! Korang jangan tak tahu. Antara ramai-ramai ada sorang kawan kita tu dapat gading bertuah! ” Tiba-tiba aku bersuara.
Gading bertuah? Siapa Tie? ” Yaya dan Simaa buat-buat tanya.
Senyap-senyap rupanya tangkap lentok dengan anak boss! Bercinta dengan Tuan Muda yang educated dan high class pulak tu! Memang lelaki idaman Malaya! Tak gitu Ikin? ” Ju tiba-tiba tolong jawab untuk aku. Aku mengangguk setuju dengan kata-kata Ju. Ikin yang duduk di tepi Huda dah mula berasap berapi. Macam biasalah dia pantas bangun dan memukul-mukul peha Ju serta...aku! aik? Aku pun kena!
Korang ni memang! ” Ikin berkata dengan nada manja-manja dia tu sambil tangan tak berhenti-henti memukul peha Ju dan peha aku. Huh, lunyai isi peha aku dikerjakan.
Dah...dah..korang nikan. Kalau dibiarkan memang melarat. Sampai sudah tak habis sesi terjah-menerjah ni! Dari dulu sampai sekarang tak berubah-ubah.” Tiba-tiba Ja yang senyap dari tadi bersuara.
Gembira sangat  Ja dapat  berkumpul macam ni. Bukan senang kita dapat duduk bersama macam ni. Sembang-sembang, gelak-gelak mengimbas memori lama. Itu yang tiba-tiba lupa daratan sekejap tu. ” Ujar Simaa. Kami mengangguk mengiyakan kata-kata Simaa.
Ja pun gembira tengok kita semua ni akhirnya menuju ke arah kebahagiaan yang diidamkan.” Jawab Ja pula.
Entah bila la pulak kita dapat berkumpul  macam ni lagi? ” Huda bersuara perlahan.
Tiba-tiba terasa sayu bila dengar korang cakap gitu.” Lemah nada suara Ju berkata.
Jangan risau. Walau apapun yang akan terjadi, kita akan sama-sama jaga persahabatan kita ni agar tetap berpanjangan...dulu, kini dan selamanya.” Aku tiba-tiba bersuara memgembalikan semangat. Kami serentak berdiri dan sama-sama berpelukan.
Semoga persahabatan kita berpanjangan...dulu, kini dan selamanya! ” Ucap kami serentak.


-SELAMANYA-
Selamanya..
Semoga tabah menghadapi segala kemungkinan
Yang bisa mengugat hati kita
Yang bisa menggoyah ikatan persahabatan kita..
Mendung pasti kita lalui
Jangan sesekali berundur atau toleh ke belakang
Teruskan...
Teruskan bahtera kita menuju bahagia idaman
Sememangnya berpisah itu pasti
Namun persahabatan kita terpahat di hati
Untuk selamanya..
Hingga akhir hayat kita..

Dalam menempuh kehidupan dan bahtera persahabatan. Pastinya terpahat memori indah yang sukar dilupakan. Liku-liku persahabatan menyimpan kenangan manis yang mengusik hati dan jiwa. Kadang kala tak mampu fikiran mengimbas kembali kenangan itu. Untaian persahabatan ini juga dihiasi dengan aneka ragam yang akan melahirkan seulas senyuman sebagai suatu igauan yang mencuit hati. Dan pastinya perpisahan itu juga turut menjadi rencah dalam sebuah persahabatan. Perpisahan memang menyakitkan. Apatah lagi perpisahan itu melibatkan persahabatan yang penuh dengan memori indah. Perlukah ditangisi setiap detik dan waktu itu? Sebagai seorang manusia biasa, perasaan sedih pasti wujud dalam sanubari manusia yang mengalami perpisahan. Terimalah seadanya. Kadangkala perpisahan ini ada baiknya, ia mengajar kita erti rindu. Walau sedih dan pedihnya terasa tetapi kita tetap harus meneruskan kelangsungan hidup untuk mengecap bahagia idaman. Hikmah yang tersurat dan tersirat disebaliknya memang tidak kita ketahui. Jawapan kenapa perpisahan itu terjadi hanya akan kita temui apabila kita sudah dapat menerima hakikat sebenar. Apa yang nyata, perpisahan itu pasti tetapi persahabatan sejati tetap utuh dan berpanjangan DULU, KINI DAN SELAMANYA.....

- TAMAT -



P/S:
Kata seseorang, penulisan yang bermakna adalah penulisan yang lahir dari hati. Cerpen ini kuabadikan teristimewa buat sahabat-sahabat tersayang terutamanya Ju, Ja, Simaa, Huda, Yaya, Ikin dan Rerey. Tidak lupa juga buat teman-teman sekalian. Sahabatku, di dalam cerpen ini ku lukiskan semua impian dan cita-cita kita. Ku lakarkan segala yang telah kita bina bersama selama ini dan ku coretkan ia menjadi satu cerita. Agar ianya tetap abadi walau hanya dalam ilusi. Meskipun nanti kita tidak dapat merealisasikan impian kita di alam realiti, namun percayalah bahawa ianya tetap harum mekar di pena. Ia akan menjadi sumber inspirasi kita untuk terus menggapai impian dan harapan. Dan percayalah, meskipun realiti berubah, impian kita tetap abadi..

0 comments:

BiCaRa HaTi

YA ALLAH..
Jadikan aku wanita Soleha...
yang baik di antara yg terbaik dan kurniakanlah aku pendamping yg baik..
dalam mendapatkan sesuatu yg terbaik dari Mu...Amin..

SuaRa HaTi

Saya hanya ada satu hati. Sekali saya jatuh cinta, sekali itulah tuk selamanya...& kerana itu saya sentiasa kosongkan hati saya utk insan yg sepatutnya..

Followers

About Me

My photo
-Siti Asmaa -Dea Asmaria (Nama pena) -1988 -insan biasa yg sukakan ssuatu dlm keadaan biasa2 sahaja -Suka membaca & suka mengarang
Powered by Blogger.

ConTest

My KarYa

My KarYa
Cerpen Utk Graduan

Sambungan Cerpen Utk Graduan (Dulu, Kini & Selamanya part 1 & part 2)

Burung Jenjang Kertas

Resume Cinta Maisara

Puisi Untuk Damia

Kekasih Halal

Hanya Di Mercu

Si Baju Putih Di Awan Biru

Blog Walking