Dea Asmaria

Pada awan biru ku melakar kata-kata, pada langit cerah ku panah semua cerita...

HAWA..
Seindah tuntutan alam terhadap dirimu..
Rajukmu bukan bererti marah 
atau menurut nafsu amarah..
tetapi menuntut pengertian 
dalam seribu makna berbeza..

HAWA..
Perhiasanmu adalah kecantikanmu,
Lituplah ia dengan kain baldu bercorak malu,
bertatahkan berlian kesopanan,
serta taburan intan kelembutan,
agar terpelihara daripada panahan
mata bertunjangkan nafsu,
terjaga dari amukan maksiat zina,
terlindung daripada ribut fitnah yang membawa duka,
tersimpan elok daripada kotoran budaya cinta dunia.

HAWA..
Jadilah kau mutiara terindah yang mahal,
Sukar didapati namun menjadi rebutan,
bukan sebagai koleksi tetapi sebagai teman,
indah dipandang mata, rindu tak keruan,
cinta tak kontang, kasih mewangi setaman,
bidadari di syurga idaman.

HAWA...
Andai engkau masih remaja,
jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,
 Andai engkau sudah bersuami,
jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
Andai emgkau ibu,
didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar
memperjuangkan Ad-din Allah.

HAWA...
Andai engkau belum berkahwin,
jangan kau risau akan jodohmu,
ingatlah Hawa janji Tuhan kita,
wanita yang baik untuk lelaki yang baik,
Jangan dimulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim
kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati,
maka lahirnya senyuman, tercetusnya salam 
dan segaligus disusuli dengan pertemuan seterusnya
dan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

HAWA...
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
Lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, 
kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman lelaki.
Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita
melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.

HAWA...
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan 
pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya
kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.
Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta
kerana dia tahu apa matlamat dalam pertemuan lelaki dan wanita 
yakni sebuah perkahwinan.

OLEH ITU HAWA..
Jagalah pandanganmu,
Awasilah auratmu,
Peliharalah akhlakmu,
Kuatkanlah pendirianmu,
Andai ditakdirkan tiada cinta Adam untukmu,
Cukuplah hanya cinta Allah
yang memenuhi dan menerangi kekosongan jiwamu.
Biarlah cinta ibu bapamu 
yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu,
Cukuplah sekadar cinta adik-beradik 
serta keluarga yang membahagiakanmu.
Cintailah Allah dikala susah dan senang,
kerana kau akan memperolehi cinta 
daripada insan yang juga mencinta Allah.
Cintailah ibu bapamu kerana kau akan memperolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa
cinta yang bahagia selain cinta keluarga.
ADUHAI HAWA...
Pabila tiba masanya,
Aku pasti berlari mendapatkanmu,
Mendapatkan kasihmu yang seindah pelangi alam,
Yang setenang air di muara kasih,
Yang sesuci hamparan cinta kau simpan dalam ketaqwaan.

WAHAI HAWA...
Bila gerimis menyelimuti pawana,
Petir menjalar di langit hitam,
dan bila sengsara datang bertandang,
Bermunajatlah dengan penuh rasa kehambaan,
Agar syahadahmu kukuh bertautan.

BERSABARLAH HAWA...
Kerana kesabaran itu seindah mutiara,
Tercipta di dasar lautan,
Walau sebesar mana gelombang mendatang,
Sinarnya tetap gemilang,
dan begitulah hakikatnya sabar,
Yang pasti menyelamatkan kewarasanmu dari hilang.

SUNGGUH WAHAI HAWA...
Di hati ini ada perasaan 
yang sukar ku ungkapkan kepadamu,
kerana wajahmu yang penuh rahsia,
kerana wajahmu yang membuatkan ingatanku pulang,
pada yang Maha Esa,
menjadikan lidahku kelu berkata-kata.


 *Sumber dari I LUV ISLAM.COM

0 comments:

BiCaRa HaTi

YA ALLAH..
Jadikan aku wanita Soleha...
yang baik di antara yg terbaik dan kurniakanlah aku pendamping yg baik..
dalam mendapatkan sesuatu yg terbaik dari Mu...Amin..

SuaRa HaTi

Saya hanya ada satu hati. Sekali saya jatuh cinta, sekali itulah tuk selamanya...& kerana itu saya sentiasa kosongkan hati saya utk insan yg sepatutnya..

Followers

About Me

My photo
-Siti Asmaa -Dea Asmaria (Nama pena) -1988 -insan biasa yg sukakan ssuatu dlm keadaan biasa2 sahaja -Suka membaca & suka mengarang
Powered by Blogger.

ConTest

My KarYa

My KarYa
Cerpen Utk Graduan

Sambungan Cerpen Utk Graduan (Dulu, Kini & Selamanya part 1 & part 2)

Burung Jenjang Kertas

Resume Cinta Maisara

Puisi Untuk Damia

Kekasih Halal

Hanya Di Mercu

Si Baju Putih Di Awan Biru

Blog Walking