Dea Asmaria

Pada awan biru ku melakar kata-kata, pada langit cerah ku panah semua cerita...

Sudah 7 bulan saya menamatkan pengajian saya....meninggalkan zaman belajar & title seorang pelajar.. Namun, dalam hati ni masih menebal dengan keinginan untuk mengulangi lagi detik itu, terasa rindu utk belajar lagi & melalui indahnya hidup bergelar seorang pelajar (Benarlah kata org, saat2 yg paling indah dlm hidup kita ialah semasa zaman belajar). Saya juga rindukan teman2 seperjuangan, rakan sekuliah, rakan sekampus...rindu utk bersama mereka lagi berkongsi suka duka, pahit manis sebagai pelajar. Saya akui, walaupun stress, busy dengan assingment, projek, lab report, exam & aktiviti2 lain sebagai students...tapi, tetap terasa manisnya hidup. Masih ada ruang untuk bergembira, berseronok menikmati hidup sebagai remaja. Menangis, ketawa, gembira, kecewa...semuanya saya dpt rasakan...di situlah saya belajar mengenal erti hidup, kepayahan, tanggungjawab & kematangan. Alangkah indahnya jika sy diberi kesempatan sekali lagi utk merasai semua itu kembali... Tapi, semua itu xmungkin berlaku...kenangan tetap kenangan...yg tinggal hanya utk dikenang..hanya mampu disimpan dalam hati..

Eh, ni mcm dah nak masuk part sentimental dah ni...huhu...dah2...lupakan keinginan saya tuk ulang balik zaman belajar 2... Sekarang ni, jom ikut saya cuci mata tengok gambar2 kenangan sepanjang saya bergelar seorang pelajar. Tiba-tiba hari ni terasa nak jenguk kembali album2 kenangan dulu2 la pulak...hehe... JOM!!

















Ni gambar masa saya tahun tiga di universiti..
Haa, cuba teka yg mna 1 saya? 
Sy yg berdiri di bahagian tengah barisan kedua, sebelah kanan ..pakai baju kurung ungu..
Jumpa sy x? Klu x, pandai2 r cari sndiri..Hehe..





Ni pulak gambar kandid masa sesi bergambar satu course..
(Tahun Tiga Bio-D)

Ni gambar masa saya first year di universiti..
Muka skema je semua masa ni..
Maklumlah budak2 lagi time nih..haha
Korang semua xpelik ke tengok sorang je kumbang dlm gmbr ni?
Haha...sebenarnya ad lebih kurang 13org budak laki 1 course dgn sy,
tapi cuma sorang je yg pi sesi bergambar ni, 2 pun sebab die ketua course.
Kumbang2 lain ntah mana menghilang pun xtau..ssh btl klu nk bergambar ramai2 nih..huhu

Ni pulak gambar masa saya belajar di matrikulasi pahang..
Ni la rakan2 sekelas sy..(5H26)
Cuba tengok, sikit je kan budak2 laki dlm kelas sy..
Maklumlah, kelas budak bio..mmg majoritinya perempuan, laki nye pulak ciput je..

Bergambar kenangan semasa kelas last Matematik cikgu Lily
(Beberapa hari sebelum final exam sem 2 di matrik)

Girls 5h26 matrik pahang...
Sebenarnya time ni kite org tengah ada Amali kat lab..
tapi sempat lagi tu keluar dari lab semata2 nak bergambar...
siap posing ngn cikgu amali kita org lagi tu..haha..
Masa ni semua muka mcm bakal2 doktor je tapi yg betul2 bakal jadi doktor skrg ni hanya beberapa org je (yg pasti xtermasuk sy ler..hehe..)

Gambar kenangan bersama budak2 LDK 16 masa minggu jati diri di matrik..
Akak yang pakai baju biru diapik sang jejaka kiri kanan 2 adalah fasilitator kami, Kak Yani, siswi dari UTHM
Ok, itu sahaja gambar2 yg mampu saya kongsi utk entry kali ini (tak larat nk letak byk gmbr2 lain lagi). Gmbr2 time sekolah semua ada dalam album gmbr, xde simpanan dlm bentuk soft copy, jdi xdpt la nk letak kat sini (elok juga xde, segan pulak nk tunjuk gmbr time sy budak2 dulu..haha).

Untuk pengetahuan semua, saya ni mmg suka bergambar (gila kamera kot) tapi sy suka bergambar ramai2 la..xsuka posing sorang2..hehe. Saya suka kumpul gmbr2 kenangan bersama rakan2 (gmbr ramai2) terutama bila ada apa2 event yg kita org lalui or hadiri...best tau klu tgk balik gmbr2 tu semua...dpt mengimbau kembali kenangan yg terakam disebalik gmbr2 tu semua. Oklah, saya rasa sampai di sini dahulu utk entry kali ini..hehe..jumpa lagi.... =)


P/S: Saya akn kongsikan lebih byk lagi kisah2 serta kenangan saya semasa zaman belajar dulu di entry2 seterusnya nanti....nantikan kisah hidup saya sebagai seorang student BIO-D !! =)

 
 
 
Masinnya air laut tak mampu menyerap ke dalam isi ikan. Tapi bila ikan telah mati, secubit garam pun sudah cukup untuk memasinkannya. Begitulah hati, hati yg hidup sangat sukar dinodai..tapi bila hati telah mati, mudahnya dipengaruhi. Moga Allah sentiasa pelihara hati kita..
 
 
  
“Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” 
(Hadis Riwayat Ibn Majah) 
 
 
 
 
 
 
 
Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Pandangan hati itu yang hakiki,
Kalau HATI itu BERSIH.


" hari-hari yang aku lalui kian tidak keruan...
aku semakin resah....gundah...
aku bagai hilang arah...mana arah aku?? aku sendiri tidak tahu..
hari-hari yang aku lalui terasa lambat berlalu...
perasaan aku bercelaru...fikiran aku kusut..
dan hati aku semakin tidak menentu..
apa yang sedang aku fikirkan?? 
terlalu banyak yang bermain difikiran..
aku cuba buang jauh-jauh setiap benda yang aku sedang fikirkan..
namun..setiap kali aku cuba..setiap kali itulah hati aku memberontak...
perasaan aku bercampur baur..aku dilanda kebingungan...

Siapa sudi mendengar rintihan ini?
Siapa sudi mendengar luahan hati ini?
Siapa yang sudi bersamaku dalam penderitaan ini?

menangis?? puas sudah aku menangis...
namun tidak daya aku menyapu air mata ini...
setiap manik-manik jernih yang keluar ini, mengalir membasahi pipi..
dan hanya akan kering sendiri...

benar kata orang..
' kita tidak perlukan sebab untuk keluarkan air mata..
menangislah..sekiranya air mata dapat menenangkan hati kita..' 
walau tangisan tidak dapat mengungkap seribu perkataan. 
Namun, dengan tangisan dapat menenteramkan seribu perasaan..

dalam suram yang gelita...
aku mencari yang tak tercari..
aku melangkah yang tak terlangkah...
aku melihat yang tak terlihat...
aku membisu seribu bahasa....
hanya yang aku bisik dalam hati...
aku pasrah akan segalanya...

dalam semua keadaan ini aku redha Ya Allah..
kerana aku tahu..semua nya pasti ada hikmah..
aku sebagai hamba Mu yang lemah 
hanya berserah pada takdir yang telah tertulis untuk ku....
andainya telah di tulis aku sebegini..
apa lagi yang dapat aku soal kan..
aku tidak mungkin bisa melawan takdir Mu Ya Allah...
aku sebagai manusia..sebagai khalifah di bumi ini hanya mampu berusaha...
dan sedaya untuk membimbing diri agar terus berada dijalan Mu..."






Tangisan dalam senyumku..
Itulah penguat bagi diriku…
Walaupun ku tahu…
Pada hakikatnya
Wajahku ini memancarkan riak wajah yang sendu.
Namun, tetap ku cuba untuk mengukir senyuman selalu…





 
Biar setinggi mana ombak DUGAAN melanda, biar seganas mana MASALAH menghempas, tanamkanlah sauh KETETAPAN HATI agar kapal tak berganjak haluan..
Biarlah badai dan ombak itu pergi begitu sahaja tanpa mencalarkan walau sedikit pun badan si kapal yg telah tetap haluannya..




Seminggu Blog sepi tanpa entry...

Perasaan bercelaru...

Fikiran kusut...

Hujan di dalam hati...




-->Sedang mencari ketenangan yg telah lama hilang<---

Rindu adalah tali yang tak pernah putus
Merentang di tiang hati, di tiang mimpi
Kadangkala disinggahi burung yang mengelakkan kabus
Pada pagi dingin yang mengaburkan sinar matahari

Rindu adalah tiang yang tak pernah tumbang
Tegak di lorong kehidupan, di sepanjang lebuh usia
Di situ tergantung lampu kenangan dan ingatan
Biarpun hari semakin tua dan kelam sudah bermula

Rindu adalah lorong yang tak pernah tertutup
Dari musim ke musim ia menjadi laluan
Pengembara yang mencari cintanya yang hilang
Di situ rumput telah lama bertukar warna
Bunga dan daun silih berganti segar dan kuncup

Rindu adalah musim yang tak pernah tenteram
Resah datang gelisah berulang mengusik nasib
Hanya zikir dan doa menjadi penawar mereda pedih dan sakit
Dan sesekali puisi menjadi nyanyian yang mengharukan
Dalam senyap air mata perlahan-lahan menitik...






Akhirnya Rindu Itu Hilang
Tatkala Pagi Hari..
Sedangkan Hakikat Rindu
Tetap Bernama Rindu...

Tolong ingatkan si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong ingatkan si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong ingatkan si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong beritahu si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong beritahu si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong beritahu si dia, aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri... 
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

 Hidup ini adalah satu medan ujian. Dunia ini hanyalah sebuah persinggahan dan bukan destinasi. Sebuah perhentian dan bukan pengakhiran. Tanpa ujian, manusia takkan pernah terhantuk dan tengadah, bahkan akan terus lalai dengan dunianya sendiri yang penuh dengan angan-angan, hiasan syaitan. 
Ujian adalah satu bentuk interaksi antara Allah dan kita. Ujian membuatkan kita mendongak ke langit, menadah tangan memohon perhatian Tuhan. Kita selalu lupa, namun Allah tak pernah sekali-kali lalai daripada hamba-Nya.



Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Mimpi yang sering kuharapkan,
Menjadi kenyataan,
Namun tak kesampaian.

Allah,
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan,
Menguji keimanan
Tak dilontarkannya ujian,
Di luar kekuatan
Setiap diri insan
Dan Allah tidak pernah silap 
dalam menentukan takdir 
untuk hamba-hambaNya


-RAHMAT UJIAN-
Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu
 
Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran 
Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa

Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi..







Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang 
Itulah lukisan alam..
Begitu aturan Tuhan...








Aku ibarat pelukis di kanvas kehidupanku 
mewarna dan mencorak dengan warna- warna
yang dititipkan Ya Rabbi buatku
Adakala warna- warna yang hadir mengujakanku
untuk terus berkarya di kanvas hidupku dengan penuh ceria
Namun adakala warna-warna suram yang hadir
Terasa lemah segenap raga untuk terus melukis
Bungkam….terkesima…
Terasa lesu meneruskan lukisan ini
Kosong, sepi, keliru dan pilu menyelimuti..
Tiba-tiba kutersentak…
Bukankah apa jua warna yang hadir adalah hadiah dari-Nya
Mengapa tidak kau redha dengan warna pilihan Allah buatmu..
 
Ya Allah, Ya Rahman..
aku khilaf..aku tersasar..
Ampunilah segala dosaku
Aku adalah hambaMu
Tidak layak untukku memilih warna kehidupan mengikut kehendakku
Apa jua warna pilihanMu adalah terbaik buatku
“Boleh jadi apa yang kamu cintai itu tidak baik untukmu”
“Dan boleh jadi apa yang kamu benci itu baik untukmu”
Pasrah…..

Ya Rahim..
aku redha apa jua kehendakMu
Berilah aku kekuatan, kesabaran dan keikhlasan
Terus mewarna dan mencorak lukisan ini dengan petunjukMu
Biar apapun warna yang Kau takdirkan dalam lukisan ini
Kau berbekalkanlah diriku dengan iman dan taqwa..
 
Ya Rabbi…
Ampunilah segala dosa-dosaku yang umpama buih di lautan
Pimpinlah diriku meneruskan lukisan hidup ini
Jauhilah aku dari kekecewaan dan putus asa
Tumbuhkanlah sifat redha dan sabar dalam kalbuku
Jadikanlah diriku hambaMu yang Kau cintai
Kembalikanlah diriku ke hadratMu
dalam keadaan aku redha padaMu
dan Engkau redha padaku….
Masukkan aku ke dalam Jannatul FirdausMu
Amin...

Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah.

Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba. Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak.

Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan. Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.

Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa.

Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah SWT sedang menduga. Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan. Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hambanya.

Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini.

Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadangkala membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadangkala kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis oleh-Nya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuan-Nya? Kadangkala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapan-Nya.

"Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...''
"Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu..." 

Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?

Subhanallah. Maha suci Allah!
Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayat-Nya.

KENAPA SEMUA INI TERJADI PADAKU?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

KENAPA TERLALU BERAT UJIAN INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." 
(Al-Baqarah : 286)

TERASA KEHIDUPAN INI SUDAH TIADA MAKNANYA LAGI BAGIKU. MENGAPA?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." 
(Al Imraan : 139)
"..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." 
( Surah Yusuf : 87)

BAGAIMANA HARUS KU HADAPI SEMUA INI?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." 
(Al-Imran ayat 200)

APA YG AKAN KU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." 
(At-Taubah : 111)

KEPADA SIAPA HARUS AKU BERHARAP?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)

BERIMANKAH AKU?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" 
(Al-Ankabut : 2-3)


 

Biarpun Cuaca Tak Selalu Cerah, 
Pelangi Juga Tak Selalu Indah. 
Namun Bukanlah Satu Mimpi 
Andai Mentari Yang Tenggelam 
Merah Lagi Di Esok Hari..
Jangan Pernah Berputus Asa, 
Jangan Bersedih Dengan Kesusahan Hari Ini
Kerana Hari Mendatang Pasti 
Ada Sinar Harapan Buat Kita.
Biar Hujan Di Dalam Hati
Pasti Ada Pelangi Yang Menanti..



Setiap apa yg berlaku, pasti ada pengertiannya bagi seseorang. Kdg2 utk suatu peristiwa yg sama, pengertiannya berbeza antara seorang dgn seorang yg lain. Ada org yg berkeluh-kesah apabila ditimpa ujian, tetapi ada org tenang dan bersahaja. Org berkeluh-kesah kerana tidak yakin dgn janji Allah, yg tenang dan bersahaja kerana bersangka baik dgn Allah. Cara mereka 'membingkaikan' (framing) dunia ini berbeza. Setiap kesusahan, pasti ada kesenangan. Pada setiap kesukaran, pasti ada kemudahan. Ibarat panas lawannya sejuk, tinggi lawannya rendah, pjg lawannya pendek, besar lawannya kecil. Setiap satu ada yg berlawanan.

Dalam kehidupan kita, ada pkara yg menggembirakan & ada pkara yg mengecewakan. Ada pkara yg sedikit menggembirakan & ada pkara yg sedikit mengecewakan. Jika kita berfikiran positif kpd sesuatu yg sgt mengecewakan, ia blh btukar mjadi sesuatu yg sgt menggembirakan! Erti & makna sesuatu peristiwa yg kita tempuhi amat dipengaruhi olh perpepsi minda kita. Jika kita bfikiran positif maka positiflah ia begitulah sebaliknya.

Apa yg menariknya ialah, apabila kita melihat sesuatu dgn pengertian yg berbeza, maka kita akan membuat keputusan yg berbeza, strategi berbeza & tindakan berbeza. Jadi amatlah penting utk kita bfikiran secara positif mengenai pengalaman atau sesuatu peristiwa, tdk kira di mana, dgn siapa ataupun bila2 masa. Bersangka baiklah dgn Allah dan CARILAH BAHAGIA PADA SETIAP KEJADIAN. Anda boleh memilih sama ada utk MENDERITA atau BAHAGIA!!.




"Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..."





Dalam kita menghadapi ujian, pasti ada jalan keluarnya. Sebagai langkah pertama cuba fahami dan hayatilah pesanan Nabi Muhammad SAW yang berbunyi, "sebaik-baik ibadah ialah sabar menunggu jalan keluar".  Ini bermakna tidak ada satu ujian pun yang akan kekal.

Mana mungkin ada malam yang tidak ada siang, pagi tanpa digantikan dengan petang, mana mungkin banjir berpanjangan dan tidak akan terjadi kemarau berpanjangan. Jika ini kenyataan yang terjadi bermakna Allah tidak pernah tidak adil pada makhluknya. 

Bagi memperhatikan lagi cinta Allah pada makhluk-Nya dan membuktikan lagi kehebatan Allah Yang Maha Adil maka dibekalkan makhluk-Nya dengan pesanan melalui surah Hud :81 yang berbunyi, "Bukankah Subuh itu sudah tiba." Subuh bermakna betapa pun panjangnya malam pekat pasti akan bertemu dengan waktu tamatnya. Oleh iu betapa pun berat dan panjangnya penderitaan yang ditanggung oleh hamba Allah, Dia telah menjelaskan pasti Allah menemukan saat penyembuhan untuk keluar daripada permasalahan itu. Subuh bermakna cahaya fajar bagi orang yang ditimpa kesedihan itu telah menyerlah. Maka pandai-pandailah merasai sapaan dan sentuhan suria pagi, tunggulah panasnya bebola mentari pagi sebagai tanda bahawa kemenangan telah datang dari Yang Maha Berkuasa.

Oleh itu, laluilah kehidupan dengan keyakinan,dan rasailah sentuhan Allah tidak pernah putus kepada kita hamba-Nya. Ini dipastikan dalam janji Allah bahawa Allah tidak pernah mengantuk, tidak pernah penat, berhenti mengurus langit dan bumi serta seluruh isinya. Anggaplah suatu permasalahan itu sebagai seperti seutas tali. Jika tali itu sudah sangat tegang, maka ia akan segera putus. Ertinya jika persoalan itu sudah kritis atau matang, maka tunggu kerana ia pasti akan berhenti dan ditemukan dengan jalan keluar.

Allah akan pastikan setiap kesedihan dan kegembiraan itu menemui penghujungnya. Ini ditegaskan lagi oleh Allah,
"Dan barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan kemudahan dalam urusannya (QS Ath-Thalaq:4)."

Ini janji Allah yang sangat pasti, maka bangunkan keyakinan dan panjatkan doa dan kesedihan kepada-Nya, pasti kita akan berasa bahawa kesedihan tidak berpanjangan kerana Allah tidak membenarkan keadaan itu terjadi selagi kita hambanya tidak berputus asa dari rahmat Allah. Sebab itu Allah menjanjikan,
"Maka, sesungguhnya bersama dengan kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan." (QS Al: Insyirah:5-6)
Dengan syarat kita yakin sepenuhnya bahawa apa yang kita lakukan kerana Allah dan mahu mendapat reda Allah, bukan kerana manusia.

Justeru,mengapa memilih untuk berkeluh kesah dan menderita? Sedangkan kebahagiaan menanti dalam setiap ujian yang dihadapi. Tinggal lagi manusia yang harus mencarinya dengan hati yang tulus dan suci.
Kucari Bahagia Abadi..
Di mna? Di sisi Tuhan...
Firman Allah, maksudnya: 'Di tempat yg sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala2nya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendakNya.." (Surah al-Qamar 54:55)

Bagaimana?
Dengan mengutamakan akhirat..
Firman Allah, maksudnya: 'Mereka itulah org2 yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah2 Allah yg membawa kebahagiaan dlm kehidupan) akhirat, maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat) dan mereka pula tdk akan diberikan pertolongan." (Surah al-Baqarah:86)

Dengan sabar dan takwa..
Firman Allah, maksudnya: 'Oleh itu bersabarlah, sesungguhnya kesudahan yg baik (yg membawa kejayaan di dunia & kebahagiaan di akhirat) adalah bagi org2 yg bertaqwa." (Surah Hud:49)

Untuk siapa?
Yang Beriman dan Beramal Soleh..
Firman Allah, maksudnya: 'Orang yg beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yg amat menggembirakan dan tempat kembali yg sebaik-baiknya." (Surah al-Ra'd 13:29)





Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.






 Keikhlasan Itu Umpama Seekor Semut Hitam Di Atas Batu Hitam Di Malam Yang Amat Kelam, Ia Wujud Tapi Amat Sukar Untuk Dilihat..







Pada masa dahulu ada seorang jejaka yang menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita sehingga suatu hari dia terjumpa sebuah novel yang ada tertulis nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya.
Di situ tertulis, 
"Catrina...kesepian memerlukan seorang sahabat". Teragak hati jejaka untuk menulis surat kepada si gadis itu. Setelah pulang kerumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat untuk berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan dari gadis itu bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan jejaka itu. Hari bertukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu masing-masing masih belum bertemu. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-duanya belum bertemu muka masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati. Sehingga suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka amat susah hati dia takut sekiranya dia tak akan munkin bertemu dengan si gadis itu.

Maka diutuskannya surat yang berbunyi...
"kalau tuhan panjangkan jodoh kita dan kamu masih mahu sayang pada ku, kita berjumpa di stesen keretapi di bandar kamu pada hari perang di umumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tentera ku dan membawa sekuntum mawar merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya juga kamu memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkan aku untuk membawa mu makan malam dan bertemu orang tua ku".

Maka pergilah jejaka itu ke medan perang setelah mengutus surat itu....beberapa bulan kemudian...pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi tempat si gadis itu tinggal sambil memegang mawar merah di tangan. Di lihatnya seorang demi seoran gadis yang lalu sekiranya ada yang memegang bunga.
Tiba-tiba....dia termanpak seorang gadis yang agak berisi sambil duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling, kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah......sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar merah...si jejaka agak terkejut tetapi dia memberanikan diri menghampiri gadis itu.
"Catrina"? 
Gadis itu melihat si jejaka lalu tersenyum. Si jejaka terus menghulurkan sekuntum mawar merah kepada gadis itu dan berkata..
"aku amat merindui mu...terimalah bunga ini dan pelawaan ku untuk makan malam, orang tua ku tidak sabar untuk bertemu dengan mu."

Si gadis itu terus bersuara...
"aku tidak tahu apa yang terjadi. Tapi ada seorang gadis cantik memberikan bunga ini kepada ku sebentar tadi. Dia menyuruh ku memberitahu kamu bahawa dia sedang menuggu kamu di sebuah restoran di stesen keretapi itu sekiranya kamu mempelawa ku makan malam dan bertemu orang tua mu...."

Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat pada hati bukan pada rupa...dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walau pun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina....sesungguhnya manusia harus berfikiran seperti dia....







Sifat malu
itu 
bunga diri...








 Pada suatu hari Rasulullah S.A.W, berjalan--jalan bersama puteri baginda Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangan nye itu bahawa pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita haruslah mengambil pengajaran dari pohon semalu ini dari empat aspek....

1- Pohon semalu akan kuncup bila di sentuh. Ini boleh diibaratkan wanita perlu mempunyai perasan malu(pada tempatnya)

2- Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahan kan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai wanita muslim.

3- Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita soleha hendaklah mempunyai keterikatan yang amat kuat dengan Allah rabbul alamin.

4- Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu para wanita sekelian, kembalilah kerumah mu apabila waktu senja menjelang. Ambillah pengajaran dari semalu walaupun ianya sepohon tumbuhan yang kecil.

Contest Pertama oleh Sophie Al-Yahya "Owh, so wonderful!"


Tarikh tutup:
20 Februari 2011

Syarat-syarat contest:

1. Tak wajib jadi follower Sophie Al-Yahya tetapi dia tidak akan bertanggungjawab jika anda ketinggalan sebarang update contest ini. (Sy dah folllow..hehe)
2. Mestilah seorang blogger. Kalau menetap di luar negara pun boleh. (Yes, I'm blogger!)
3. Letakkan banner contest yang dilinkan terus ke entri ini di sidebar dan entri anda sepanjang contest ini berlangsung. (Done!)
4.Tajuk entri anda haruslah : Contest "Owh, So Wonderful!" by Sophie Al-Yahya. (Done!)
5. Tag 3 orang rakan blogger anda dan pastikan mereka tahu. (Done!)


Cara penyertaan:

1. Letakkan satu gambar "owh, so wonderful" anda pada entry contest. Gambar bebas. Apa-apa ajelah yang berkaitan dengan number 2 di bawah. (Done!)
2. Ceritakan pengalaman /moment anda yang wonderful yang haruslah berkaitan dengan gambar yang anda letakkan. Tak semestinya kena tulis panjang-panjang. Paling pendek satu perenggan. Paling panjang, bebas. Cerita lah pasal apaaaaa saja-keluarga, persahabatan, binatang peliharaan, percintaan etc. (Done!)
3. Jika anda blogger anonymous, anda bebas meletakkan apa-apa gambar dari internet tetapi mestilah relate dan berkesan dengan cerita wonderful anda.
4. Jika pengalaman/moment anda yang wonderful itu tiada gambar, anda juga boleh buat seperti number 3.
5. Hanya entri berbahasa Melayu dan Inggeris sahaja diterima.


Hadiah. JENG..JENG..JENG..





Pemenang pertama : 
RM 30 +  Chocolate Hershey's (nyum2..)
 
  





Pemenang Kedua:
RM20 + Chocolate Toblerone






Pemenang Ketiga:
RM10 + Chocolate Dairy Milk (Chocolate Mousse)
 *penganjur berhak menukar hadiah jika berlaku sebarang kerosakan dan hadiah wang tunai boleh ditukar kepada kredit top up mengikut kemahuan pemenang.*
*Jika penyertaan adalah banyak, insyaAllah pemenang saguhati akan diwujudkan*


Sesiapa yang berminat nak join contest ni sila comment di entry ini dengan menyertakan.
1. Nama anda
2. Email anda
3. Url entri contest anda


SO,
Gambar owh so wonderful saya adalah.. 
MY GRADUATION DAY!! (25 JULY 2010)

-Setapak Cita Selangkah Ke Gelanggang-

Tidak dapat aku kisahkan rasa hatiku saat ini,
Tidak dapat aku lukiskan dunia indahku tika ini,
Bagaikan bunga-bunga sakura menguntum mekar indah
Berlingkar-lingkar didahan nan rendang....

My Graduation Day! Hari yang dinantikan akhirnya datang jua. Aku kini sudah bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda Biodiversiti dari Universiti Malaysia Terengganu. Owh, it’s so wonderful moment!! Aku menyambutnya dengan hati yang riang dan penuh kesyukuran. Begitu juga dengan rakan-rakanku. Pastinya mereka juga turut sama berkongsi rasa yang sama sepertiku. Suasana di luar kawasan Dewan Sultan Mizan begitu riuh rendah dengan suara-suara para graduan. Kawasan sekitar dewan juga penuh sesak dengan siswa siswi dan keluarga para graduan. Para graduan sedang berkumpul di kawasan lobby dewan untuk bersiap sedia bagi perarakan masuk ke dalam dewan yang akan bermula sebentar saja lagi. Seketika aku tersenyum kecil tatkala memandang ke arah teman-temanku yang sedang sibuk membetulkan jubah dan mortar board masing-masing. Aku kemudiannya berborak kecil dengan kawan2 ku. Kami sama-sama ketawa riang meraikan hari bersejarah ini. Jelas terpancar cahaya kegembiraan pada wajah masing-masing. Sempat juga kami bergambar bersama-sama sebagai kenangan.

Tidak lama selepas itu, perarakan pun bermula. Dewan sudah sesak. Para graduan, mahasiswa cemerlang dan para pengiring memenuhi setiap kerusi yang tersedia. Aku dan teman-temanku duduk di barisan kerusi yang sama. Di barisan depan dewan pula terisi dengan barisan graduan Doktor Falsafah dan Sarjana Sains. Sewaktu dalam kesibukan menanti giliran untuk naik ke atas pentas, dalam riuh rendah bunyi tepukan, fikiranku dibawa melayang-layang mengingatkan kembali kata-kata azimat seseorang kepadaku sewaktu aku pernah menghadapi kegagalan dulu. Katanya....

When you feel like hope is gone, look inside you and be strong…you’ll finally see the truth that a hero lies in you!
When autumn comes, all the leaves will fall and leave behind all sad stories. When the first ray of the spring arrives, carpet of daisies will shine and rosebud will start to bloom…giving soul a fresh and new hope…to you!

Dan kini...benarlah kata-katanya. Akhirnya aku berjaya merealisasikan impianku. Hari ini aku cukup bahagia. Tiada sendu yang terzahir kecuali untuk membisikkan rasa gembira dan bersyukur. It’s hard to find words! Sukar untuk digambarkan perasaanku kala ini. Dewan besar ini semakin lama sejuknya semakin menggigit-gigit. Walaupun badan terasa semakin kesejukan, namun kedinginan ini tidak mampu mengusir debar menantikan saat-saat untuk naik ke atas pentas. Melihatkan jam yang sentiasa berdetik tanpa henti, jantungku kian berdegup kencang memikirkan saat-saat itu kian hampir. Saat untuk naik ke pentas,untuk menerima segulung ijazah.
“ Penerima ijazah yang seterusnya dipersilakan............................” Laungan yang mengumumkan namaku untuk naik ke atas pentas. Aku melangkah dengan penuh yakin menuju ke pentas untuk menerima segulung ijazah tanda kemenangan di atas segala usahaku selama ini.

Keluar sahaja dari dewan bersejarah itu, aku dikerumuni oleh sanak saudara dan kaum keluarga yang turut hadir bagi meraikan kejayaanku. Kami sekeluarga bergambar kenangan seperti mana yang dilakukan oleh semua graduan lain. Kemudian, aku meninggalkan keluargaku seketika untuk mencari kawan2 ku yang lain. Kami berjanji untuk berkumpul di depan dewan untuk sama-sama bergambar kenangan. Setelah semuanya berkumpul, kami sama2 mengabadikan gambar konvo kami sebagai suatu kenangan manis yang indah untuk dikenang. Kami bergambar dengan penuh kegembiraan. Mengabadikan detik-detik bersejarah itu sebagai satu kenangan yang sungguh bermakna. Kemudian, kami tidak melepaskan peluang untuk sama-sama melakukan acara melontar mortar board masing-masing secara beramai-ramai. Sesungguhnya saat itu tidak akan pernah aku lupakan. Salah satu sejarah manis sepanjang aku bergelar pelajar. It’s so wonderful moment!!

Entah manis yang memerah airmata
Atau pahit yang mengenyangkan
Berlalulah semusim pengalaman!

Kwn2 yg terpilih utk di tag oleh sy adlh:
Ada
Huda
As


DONE!!
=)

BiCaRa HaTi

YA ALLAH..
Jadikan aku wanita Soleha...
yang baik di antara yg terbaik dan kurniakanlah aku pendamping yg baik..
dalam mendapatkan sesuatu yg terbaik dari Mu...Amin..

SuaRa HaTi

Saya hanya ada satu hati. Sekali saya jatuh cinta, sekali itulah tuk selamanya...& kerana itu saya sentiasa kosongkan hati saya utk insan yg sepatutnya..

Followers

About Me

My photo
-Siti Asmaa -Dea Asmaria (Nama pena) -1988 -insan biasa yg sukakan ssuatu dlm keadaan biasa2 sahaja -Suka membaca & suka mengarang
Powered by Blogger.

ConTest

My KarYa

My KarYa
Cerpen Utk Graduan

Sambungan Cerpen Utk Graduan (Dulu, Kini & Selamanya part 1 & part 2)

Burung Jenjang Kertas

Resume Cinta Maisara

Puisi Untuk Damia

Kekasih Halal

Hanya Di Mercu

Si Baju Putih Di Awan Biru

Blog Walking