Dea Asmaria

Pada awan biru ku melakar kata-kata, pada langit cerah ku panah semua cerita...

Assalamualaikum...=)

Ok..kali ni kita sambung lagi cerita zaman belajar saya utk Part 2 pula. Tapi, sebelum tu sy nak bagitau la yg bestnya jadi student Bio-D (Biodiversiti) ni adalah kami bukan je terikat dgn pembelajaran dlm kuliah & lab semata2 tapi kami juga byk aktiviti luar. Senang kata banyak pi jalan2 jgk r...2 yg bestnya, makan angin sambil belajar, enjoy sambil menimba ilmu...huhu.. Part pi fieldwork & fieldtrip ni lah yg paling sy suka, yg paling sy excited tunggu setiap kali masuk sem baru. Sebabnya, setiap sem akan ada subjek yg kena pi fieldwork & fieldtrip. So, blh la pi jln2 tempat2 yg menarik. Sepanjang 3 tahun jd student Bio-D dh bermacam2 tmpt di Terengganu dah sy jelajahi...laut, pulau, lata, hutan...semua dah penah pi dah. Seronok dpt kenal tmpt2 baru, especially tmpt2 yg penuh dgn khazanah alam semulajadi yg indah & menakjubkan! Tak kira di darat mahupun di dasar lautan.
Waktu pi trip mmg la enjoy, waktu pi fieldwork mmg la suka tapi balik dari trip & field tulah yg xberapa nk best sgt....sbb kena wat report...haha. Jalan..jalan juga, report tetap kena buat...waktu tu memang nk pecah kepala rasa nk siapkan report 2 semua, sabar jelah...huhu..


Aku, Fieldtrip & Report 
FIELDTRIP TO MALAYSIAN REMOTE SENSING AGENCY

FIELDTRIP TO PUSAT INFRASTRUKTUR DATA GEOSPATIAL NEGARA (MaCGDI)

FIELDTRIP TO PUSAT KONSERVASI TUNTUNG, BUKIT PALOH, KUALA BERANG

P/S: Beza fieldwork & fieldtrip
Fieldwork -Kerja Lapangan, biasanya dilakukan di lokasi2 terpilih/tertentu selama lebih kurang 3 hari dua malam. Eksperimen/ kajian dilakukan di field, data2 diambil, sampel2 kajian di collect & seterusnya akan dianalisis di lab. Biasanya report utk fieldwork ini adalah pjg & terperinci iaitu dlm berbelas2 or berpuluh2 pages & diberikan tempoh masa dlm seminggu hingga ke dua minggu utk disiapkan. Dan ada juga results utk hasil kajian fieldwork tersebut perlu di bentangkan di dlm kelas/lecture hall.

Fieldtrip -Lawatan, biasanya dilakukan di lokasi2 terpilih/tertentu dalam tempoh satu hari (beberapa jam-balik hari). Sebarang maklumat, info2 & data yg diperolehi semasa sesi lawatan perlu dicatat & dikumpul utk laporan lawatan. Biasanya report utk fieldtrip adalah simple & padat, mungkin dlm 2 3 pages sudah memadai.



Aku, MARDI & Latihan Industri




Saya telah menjalani Latihan Industri selama 8 minggu di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia, Stesen MARDI Telong, Bachok, Kelantan. Sepanjang tempoh latihan, antara bidang & skop tugas sy ialah membantu dlm aktiviti2 penyelidikan seperti tanaman Jatropha curcas, tanaman kacang tanah, padi, kenaf dan pengurusan siput gondang emas. Saya juga membantu dlm pengumpulan data di lapangan dan pengekstrakan bahan tanaman sebagai bio-pesticide dalam pengurusan siput gondang emas. Gmbar2 di ats merupakan antara aktiviti yg sy jalankan sepanjang tempoh latihan...Sepanjang 8 minggu menjalani latihan industri di Mardi Telong adalah antara kenangan manis yg tdk akan pernah sy lupakan, sgt2 best buat praktikal kat sana! 8 minggu 2 rsa mcm xckup je...huhu. Apa2 pun, manis atau pahit...kenangan tetap tinggal kenangan...


******Bersambung Part 3******
- Aku, FYP & Tesis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...=)

Haa, utk entry kali ini saya akan kongsikan serba sedikit mengenai kisah saya sebagai seorang pelajar jurusan Sains Gunaan (Biodiversiti) di Jabatan Sains Biologi, Universiti Malaysia Terengganu seperti yg pernah saya katakan di akhir entry 'Saya Rindu Zaman Belajar' hari tu. Ok, sebelum tu saya ingin menjelaskan serba sedikit mengenai apa itu BIODIVERSITI..sbb setiap kali ada yg bertanya jurusan apa yg saya ambil di universiti & bila saya katakan saya ni pelajar jurusan biodiversiti, ramai yg xtau & tertanya2 "Biodiversiti tu course apa?". Untuk pengetahuan anda semua, Biodiversiti itu adalah singkatan bagi perkataan Biological Diversity (Biodiversity) atau dalam bahasa melayunya bermaksud Kepelbagaian Biologi/ Kepelbagaian Benda Hidup. Dari segi istilah saintifik pula, Biodiversiti itu secara ringkasnya bermaksud...

BIODIVERSITI 
---> Biological Diversity (Kepelbagaian Biologi)
---> Totality of genes, species & ecosystems in a region or the world
---> The variability among living organisms from all sources including, terrestrial, marine and other aquatic ecosystems and the ecological complexes of which they are a part. This includes diversity within species, between species, and of ecosystems

Jurusan ini merupakan salah satu program yg ditawarkan oleh Jabatan Sains Biologi, Fakulti Sains & Teknologi, UMT. Jurusan ini digubal bertujuan utk melahirkan graduan yg mahir dlm bidang berkaitan dengan sains biologi, pemuliharaan serta pengurusan biodiversiti. Graduan jurusan ini juga mempunyai skop kerjaya yg sangat luas antaranya:
  • Pegawai Penyelidik (Sains)
  • Ahli Bioteknologi
  • Ahli Zoologi
  • Ahli Botani
  • Pensyarah
  • Guru Biologi
  • Ahli Korporat
  • Pegawai Perhilitan
  • Pegawai Pengurusan Hidupan Liar
  • Pegawai Sains
  • Usahawan
Ok, jom sama2 melayari lembaran kenangan & kisah2 sy sepanjang bergelar pelajar Biodiversiti!!


Aku, Lab & Kultur Tisu.. 





 Aku, Fieldwork & Terengganu

FIELDWORK AT LATA TEMBAKAH


FIELDWORK AT LATA BELATAN


FIELDWORK AT CHAGAR HUTANG, PULAU REDANG

******Bersambung Part 2******

- Aku, Fieldtrip & Report
- Aku, Mardi & Latihan Industri

 "Bila Keriangan Singgah Di Hati, Segala Kesedihan Berlalu Pergi"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...=)

Setelah hampir 2 minggu lebih menyepi kini saya kembali lagi. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih byk2 kepada rakan2 blogger yg tidak jemu2 dtg singgah serta sudi meninggalkan jejak kalian di sini sepanjang ketiadaan sy. Saya juga ingin memohon maaf kerana tidak sempat utk BW kembali ke blog kalian. InsyaAllah, jika ada kesempatan masa saya akan BW kembali ke tempat kalian! Hehe..

Sepanjang 2 minggu lalu saya tidak sempat meluangkan masa untuk on9 kerana sibuk dengan beberapa perkara penting. Sibuk nak uruskan dua tawaran interview & kebetulan juga sekarang ni baru saja mula kerja di tempat baru. Huhu...sangat seronok berkerja di tempat baru bersama dengan rakan2 sekerja yg sporting & happening belaka!

Sudah lama saya tidak merasa gembira seperti ini, dah lama saya tak merasa keriangan seperti ini... Alhamdulillah kini saya dapat mengecapi kegembiraan seperti ini sekali lagi walaupun hanya secebis cuma. Bertemu dengan rakan2 baru yg hadir bersama sinar kecerian buat saya telah mengusir pergi segala kesedihan & permasalahan yg selama ini saya tanggung... Terima kasih buat teman2 baruku. Kehadiran kalian bisa membuatkan bibir ini kembali mengukir senyuman & menuai tawa. Sesungguhnya hadir kalian membawa bersama sejuta kegembiraan buat diri ini!

Tidak lupa juga jutaan terima kasih buat sahabat2 saya yang tetap setia di samping sy selama ini. Setia berkongsi suka duka & mendengar segala keluh kesahku... Terutama sekali sahabat baik saya Zahlaha yg sentiasa ada untuk sy, yg tidak pernah jemu mendoakan kegembiraan, kebahagiaan & kesejahteraan buat sy.. terima kasih sahabat! Hadir dirimu umpama mutiara yg berkerlipan, sgt ternilai & berharga buat diri ini. 

Oh ya, hampir terlupa pula saya. Bercerita mengenai kegembiraan ni, saya juga ingin berkongsi satu berita gembira bersama anda2 semua. Iaitu saya telah berjaya menjadi pemenang tempat pertama Contest 'Owh, So Wonderful!' yang telah dianjurkan oleh Sophie Al-yahya! 

Tak percaya?? Hehe...cuba klik link di bawah..

http://sophiealyahya.blogspot.com/2011/03/pengumuman-pemenang-contest-owh-so.html

Haa...amacam?? Sekarang dah percaya? Hehe...sebenarnya saya sendiri pun macam tak percaya je boleh menang contest ni. Tapi 2 la, kalau dah rezeki tak ke mana org kata.. Sepatutnya berita ni seminggu yg lalu lagi saya nk kongsikan tapi xberkesempatan pula.. Apa2 pun terima kasih byk2 buat Sophie Al-Yahya kerana telah memilih saya sebagai pemenang contest! Hehe..

Ok lah, saya rasa setakat ini dahulu entry utk kali ini, xdpt nak cerita panjang2 sebab ada urusan yg harus saya selesaikan skrg ni..hehe. Busy je memanjang sekarang ni, nak berblogging pun kena curi2 masa. Tapi jgn risau, saya akan pastikan blog kesayangan saya ni tak menyepi lama2 tanpa sebarang entry...huhu. 
K la, selamat bersua kembali!! =)

BiCaRa HaTi

YA ALLAH..
Jadikan aku wanita Soleha...
yang baik di antara yg terbaik dan kurniakanlah aku pendamping yg baik..
dalam mendapatkan sesuatu yg terbaik dari Mu...Amin..

SuaRa HaTi

Saya hanya ada satu hati. Sekali saya jatuh cinta, sekali itulah tuk selamanya...& kerana itu saya sentiasa kosongkan hati saya utk insan yg sepatutnya..

Followers

About Me

My photo
-Siti Asmaa -Dea Asmaria (Nama pena) -1988 -insan biasa yg sukakan ssuatu dlm keadaan biasa2 sahaja -Suka membaca & suka mengarang
Powered by Blogger.

ConTest

My KarYa

My KarYa
Cerpen Utk Graduan

Sambungan Cerpen Utk Graduan (Dulu, Kini & Selamanya part 1 & part 2)

Burung Jenjang Kertas

Resume Cinta Maisara

Puisi Untuk Damia

Kekasih Halal

Hanya Di Mercu

Si Baju Putih Di Awan Biru

Blog Walking