Dea Asmaria

Pada awan biru ku melakar kata-kata, pada langit cerah ku panah semua cerita...

" Bagaimana ciri-ciri lelaki idaman awak?"
Soalan yang sering ditanya oleh orang2 di sekeliling ku...
Hmm, sudah menjadi lumrah dalam kehidupan awal dewasa, untuk berbincang atau bercerita tentang ciri-ciri lelaki idaman .
Sebenarnya saya terfikir, jika kita menetapkan ciri-ciri lelaki idaman, adakah kita akan bertemu orang yang sempurna dan menepati ciri-ciri yang kita tetapkan?
Bila difikirkan balik, kalaulah kita boleh dapat seorang lelaki yang perfect alangkah bahagianya dunia..Namun, apa yang pasti tiada seorang pun yang sempurna dalam dunia ni..
Sebab, bukankah kita semua dilahirkan untuk saling melengkapi antara satu sama lain kan?

Hmm, bercakap soal lelaki idaman ni..korang nak tahu tak bagaimana ciri2 lelaki yang saya inginkan?? Haa..meh sini nak habaq...hehe..

Firstly, mestilah ada 5K!! Kaya…Kacak…Kereta…Kondominium & Kad Kredit!! 5 benda wajib tuuu..
Hahaha…yang tu gurau jelah…
Saya nak yang ada 5B boleh? Yang…Beriman..Berilmu..Beramal..Baik & Bertanggungjawab! Haa..agak2 boleh dapat tak? Hehe…dalam mimpi jela kot klu nk dpt yg tu..

Oklah, yang baik, penyayang, setia, soleh, soleha…bla..bla..bla…tu semua saya tak nak cerita…kiranya something yg harus ada la tu. Yg tu setiap orang nak kan? Yg baik2 sape tak nak kan? Cuma, layakkah kita mengharapkan yang sedemikian berbekalkan apa yg kita ada sekarang? Renung-renungkan…hehe..














Oklah, antara ciri-ciri tambahan/sampingan yg saya cari adalah:
  • Mestilah tinggi dari saya sebab saya ni tinggi orangnya & senang saya nak pinjam bahu die kalau nak nangis nanti..haha..gatal! Orang tua2 selalu cakap, kalau dapat suami yg lebih rendah dari kita murah rezeki. Hmm, tak apalah…sy percaya setiap orang ada rezeki masing2… kan3?? Hehe..
  • Suka makan tauge sebab saya tak suka makan tauge. So, kalau saya order apa2 makanan yang tibe2 ada terselit tauge boleh la saya bagi kat dia supaya habiskan tauge tu. Selalunya kalau saya order kuew tiew goreng selalu terlupa nak pesan jangan letak tauge..& setiap kali tu la saya akan kutip tauge2 tu letak tepi pinggan. Jenuh kan?
  • Tidak cerewet dalam bab2 makan sebab saya ni tak berapa pandai masak, masak yg simple2 boleh la klu nak yg sedap macam masterchef buat tu masih dalam proses belajar...hehe
  • Mestilah tau masak tapi tak semestinya pakar, biasa2 pun tak apa. Sebab bila saya sakit boleh dia tolong masakan..hehe..dan andai kata saya tak ada di samping dia or duduk berjauhan ke boleh la die survive, masak sendiri. Tak adalah saya risau… “aii, aku tak ada ni makan apalah suami aku kat rumah tu.”
  • Full of surprises sebab saya ni romantik orangnya. So, saya harap dia boleh jadi lebih romantik dari saya…haha..mengada!
  • Jangan terlalu jiwang sebab saya geli lelaki jiwang2 sangat ni. Haha. Tak tahulah kenapa, mungkin sebab saya sendiri dah jiwang kot. Kalau sama2 jiwang…alamak…sapa nak layan kan?
  • Lelaki yang tidak jadikan merokok sebagai habitnya, tapi kalau tak merokok lagi bagus. Saya tak kata yang saya halang dia merokok & saya juga tak kata yg saya galakkan dia merokok sebab itu adalah hak dia. Cuma satu yg akan sy katakan, kalau dia ingat insan2 tersayang...dia patut tahu apa yg dia harus lakukan. So, fikir2kan apa yg terbaik wahai pendamping hidupku..hehe
  • Tegas tapi lembut hati sebab saya ni sensitif orangnya. Hati saya mudah tersentuh nak2 lagi dengan orang yg saya sayangi. Kalau saya ada terbuat salah tegurlah dengan berhemah & marah bersebab. Saya tak kisah kalau dia nak marah2 sebab saya buat silap. Tapi lepas tu pujuklah dengan kata2 macam ni ke.."saya marah awak utk kebaikan awak. Marahkan tanda sayang. Maknanya saya sayang awak la.." hehe..confirm lepas tu hati saya akan sejuk..haha.
  • Menonjolkan sifat manja hanya pada wanita yg dia sayang. Maksudnya bukan jenis yg manja mengada2 atau suka merajuk tapi sengaja buat2 merajuk ala2 manja gitu dengan saya semata2 nak minta perhatian. Kiranya, dia hanya menonjolkan sifat manja dia hanya pada wanita yg dia sayang jela.haha. Oleh kerana saya ni bukan jenis yg suka sgt merajuk so saya suka lah pujuk orang2 yg macam ni..rasa macam sweet je..haha. Dulu, roommate saya pernah merajuk tak nak cakap dengan saya. Satu hari saya belikan die coklat n then tinggalkan coklat tu beserta sekeping nota atas meja study die masa dia tak ada dlm bilik. Bila dia balik, tengok2 ada benda tu atas meja terus dia datang kat saya & cakap..."ala ct...sweet la ko. tak jadi aku nak merajuk lama2." lucu bila igt balik. geli pun ada..haha
  • Mempunyai personaliti yang sedap mata memandang & kemas. Maksudnya tak semestinya yang handsome, segak bergaya yg saya cari. Cukup saja dia cantik pada mata saya, kalau tengok rasa sejuk je hati. Wajahnya tenang, setenang waktu dia bercakap dan bertindak. Ala, cantik...lawa...tu semua kan subjektif. Lagipun, cantik seseorang itu bergantung pada mata yang memandang. Kan?
  • Menghiburkan & mudah mesra sebab saya ni sukakan suasana yang ceria/meriah & cepat rapat dengan orang2 yang peramah/mudah mesra. Saya ni jenis yg pendiam kalau dengan org yg pendiam & tak banyak cakap. Nak2 lagi dengan org yang baru saya kenali. So, kena cari yang kontra.
  • Bersederhana dalam semua perkara. Tak perlulah terlalu over or menunjuk2. Contohnya, kalau alim pun tak payah la tunjuk2 sangat dengan kopiah ke, serban ke, kata2 ke ape ke.. Saya lebih suka yang biasa2, yang penting dalaman. Apa yg tersimpan dalam sanubari kdg2 terpancar pada air muka. 
  • Terima saya seadanya sebab saya ni insan biasa yang banyak kekurangan. Saya tak seperti kebanyakan perempuan kat luar sana yg punyai rupa paras yg cantik, pandai bergaya & punyai harta kekayaan. Saya hanya insan biasa yg hanya mempunyai kehidupan yg biasa2 aje. Tak kisahlah orang kata saya ni kuno ke, tak open-minded ke...yg penting awak terima saya seadanya. Tu dah cukup buat saya.
Eh...tak rasa ke yang list saya ni bukan main panjang lagi kan2? Macam mengada je...demand bukan main...haha. Tak sedar dah berjela dah. Patutlah sampai sekarang masih belum bertemu gerangan yg dicari...memilih sangat! Eh...eh...siapa kata saya memilih? bukan memilih la tapi takut salah pilih. Ciri-ciri ni hanyalah sekadar sandaran/guideline je...siapapun lelaki yang namanya tertulis di Luh Mahfuz utk saya, saya serahkan pada takdir. Sesungguhnya, Allah sahaja sebaik-baik perancang. Yang akan terjadi, andai tak sama dengan kehendak hati...saya redha & terima dengan seikhlasnya kerana itulah ketetapan sejak azali. Ala, jangan risau, kalau hati dah sayang....seadanya saya terima. hehe.



Namamu tak terukir
Dalam catatan harianku
Asal usulmu tak hadir
Dalam diskusi kehidupanku
Wajah wujudmu tak terlukis
Dalam sketsa mimpi-mimpiku
Indah suaramu tak terakam
Dalam pita batinku
Namun kau hidup mengaliri
Semangatku & Perjuanganku
Sebab
Kau adalah hadiah
Dari Tuhan
Untukku..


-ANDAI SITI KHADIJAH PENYINAR CINTA RASULULLAH S.A.W... MAKA ENGKAU PELENGKAP CINTAKU...-


Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana si dia..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga si dia bertemu diriku suatu hari nanti...



p/s: Entah kenapa tiba-tiba je kali ni nak buat entry pasal lelaki idaman. Apa ke hal? Ah...lantaklah orang nak kata saya apa ke, syok sendiri ke, demand ke, bajet bagus ke..... hanya sekadar perkongsian..huhu. Saya rasa itu saja kot yang mampu saya kongsi setakat ni. Kang list panjang2 kang orang kata saya demanding pulak. haha...

BiCaRa HaTi

YA ALLAH..
Jadikan aku wanita Soleha...
yang baik di antara yg terbaik dan kurniakanlah aku pendamping yg baik..
dalam mendapatkan sesuatu yg terbaik dari Mu...Amin..

SuaRa HaTi

Saya hanya ada satu hati. Sekali saya jatuh cinta, sekali itulah tuk selamanya...& kerana itu saya sentiasa kosongkan hati saya utk insan yg sepatutnya..

Followers

About Me

My photo
-Siti Asmaa -Dea Asmaria (Nama pena) -1988 -insan biasa yg sukakan ssuatu dlm keadaan biasa2 sahaja -Suka membaca & suka mengarang
Powered by Blogger.

ConTest

My KarYa

My KarYa
Cerpen Utk Graduan

Sambungan Cerpen Utk Graduan (Dulu, Kini & Selamanya part 1 & part 2)

Burung Jenjang Kertas

Resume Cinta Maisara

Puisi Untuk Damia

Kekasih Halal

Hanya Di Mercu

Si Baju Putih Di Awan Biru

Blog Walking