Dea Asmaria

Pada awan biru ku melakar kata-kata, pada langit cerah ku panah semua cerita...

Assalamualaikum.. =)

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga meluangkan masa untuk menulis di blog setelah 2 bulan menyepi.
Syukur pada Allah SWT kerana masih diberikan peluang bernafas sehingga ke hari ni & diberi kesempatan untuk menikmati kebahagiaan & kurniaan dariNya....Terima Kasih Ya Allah.

Sepanjang 2 bulan ini, banyak perkara & pengalaman baru yang saya lalui. Alhamdulillah semuanya baik2 belaka & berjalan lancar mengikut aturannya. Agak busy menguruskan kehidupan seharian sehingga tak sempat meluangkan sedikit masa di blog. Tambah2 pula baru sahaja memulakan kerjaya baru di tempat baru. Jadi banyak benda yang perlu saya selesaikan..

Ternyata penghujung tahun ini juga meninggalkan banyak kenangan manis & berharga untuk saya seperti tahun lepas. Jika tahun lepas, Harvard Suasana Hotel Kedah telah melakarkan sejarah berharga buat diri saya. Maka tahun ini, A Famosa Resort Melaka pula mencipta ceritanya yang tersendiri. Tahun lepas, saya telah menjadi warga GEMS HAR05 & sepanjang 2 bulan di Harvard Kedah banyak pengalaman & kenangan manis yang saya dapat. Satu Sejarah berharga yang tidak mungkin saya lupakan sampai bila2. Dan bertitik tolak dari situ jugak la yang membawa saya sampai ke kehidupan sekarang ini. Jika tidak kerana menyertai program GEMS saya tidak mungkin sampai sejauh ini. Dari negeri kelahiran Kelantan, saya ke Kedah untuk menjalani Executive Development Training selama dua bulan. Dan kemudian di attach di salah sebuah company logistik di Selangor untuk menjalani On-Job-Training selama 6 bulan. Tak lama selepas tamat program GEMS, saya diterima bekerja oleh company lain. Yang juga merupakan company logistik di Selangor. Tempat di mana saya bekerja sekarang. Walaupun ternyata jauh menyimpang dari latar belakang pengajian saya (Biologi ke Logistik), Alhamdulillah saya serasi & seronok dengan kerja saya sekarang. Ditambah pula dengan Team Building yang dianjurkan oleh company saya di A Famosa Resort Melaka baru2 ini berjaya memantapkan lagi semangat & keyakinan saya untuk meneroka bidang logistik ini. Sepanjang bekerja di dua company logistik banyak pengalaman baru yang saya lalui & pelajari. Hampir setahun bekerja di Selangor banyak mematangkan saya dari semua aspek. Ternyata ianya tidak mudah yg disangkakan tapi syukur saya berjaya menghadapi dengan jayanya. =)

Kenangan Nov/Dec 2011..

GEMS HAR05 (Harvard Suasana Hotel, Kedah)
Mercu Property Holding (GEMS HAR05)

Kenangan Nov/Dec 2012..

Team Building GSC 2012 (A Famosa Resort Melaka)
Reunion GEMS HAR05 (Bertemu kembali setelah setahun Gems berlalu)

Tahun 2012 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi, segala yang pahit & yang manis sepanjang 2012 akan saya simpan dilipatan hati tuk selamanya. Segala yang baik akan saya jadikan pedoman & yang buruk dijadikan sempadan untuk saya menghadapi hari2 mendatang. Semoga permulaan tahun baru 2013 tidak lama lagi bakal memberikan sinar & harapan baru buat saya. Dan diharapkan banyak lagi sejarah serta kenangan baru bakal tercipta!! =)

p/s: err...entah kenapa terasa macam skema la pulak ayat2 entry aku kali nih..huhu :p


Cinta ibarat seperti main sorok-sorok.
Kita tahu ada orang menyorok tapi kita masih belum ketemu tempatnya. 
Dan kerana itu, telah aku sorok hati ini jauh dari gapaianmu..

Aku pernah ketawa...
senyum sampai telinga..
bergembira huha-huha..
dan lagi dan lagi..

Sampai masa aku pernah menangis
macam neng yatimah dalam filem dulu-dulu..
Merintih kerana tidak tahan menanggung bebanan sendirian..
Kecewa bila aku memang tak mampu bertahan dek derita yang menyapa..
dan terus lagi dan lagi dan lagi...

-Aku Insan yg sering diuji-










~ Terbitlah kembali mentari pagi, 
setelah malamku berkalut nestapa..~










Keikhlasan seorang wanita harus dilihat dari matanya...
Kerana di situlah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada..









cuba menidakkan rasa halus yang semakin menjalar
dan cuba mencantas kudup kecil yang semakin berkembang
ibarat seperti menelan paku tekan..

Alhamdulillah...
Akhirnya sudah separuh perjalanan telah aku lalui...
Perjalanan yang penuh onak duri, ranjau duka...
Yang banyak menguji kekuatan jiwa & raga..
Bersyukur kerana aku masih bisa bertahan..
Walaupun hampir rebah di tengah jalan..
Namun ku kuatkan langkah untuk terus berdiri..
Tegar mengatur langkah ke penghujung..
Berharap agar ada sinar harapan yang menanti di sana... =)

He caught my eyes long time ago, I waited for him for years.. 

I hope to see him again.. 

Nobody knows coz I keep it locked in here ---> ♥ 









 ---<@ No space for third party @>---

" Bagaimana ciri-ciri lelaki idaman awak?"
Soalan yang sering ditanya oleh orang2 di sekeliling ku...
Hmm, sudah menjadi lumrah dalam kehidupan awal dewasa, untuk berbincang atau bercerita tentang ciri-ciri lelaki idaman .
Sebenarnya saya terfikir, jika kita menetapkan ciri-ciri lelaki idaman, adakah kita akan bertemu orang yang sempurna dan menepati ciri-ciri yang kita tetapkan?
Bila difikirkan balik, kalaulah kita boleh dapat seorang lelaki yang perfect alangkah bahagianya dunia..Namun, apa yang pasti tiada seorang pun yang sempurna dalam dunia ni..
Sebab, bukankah kita semua dilahirkan untuk saling melengkapi antara satu sama lain kan?

Hmm, bercakap soal lelaki idaman ni..korang nak tahu tak bagaimana ciri2 lelaki yang saya inginkan?? Haa..meh sini nak habaq...hehe..

Firstly, mestilah ada 5K!! Kaya…Kacak…Kereta…Kondominium & Kad Kredit!! 5 benda wajib tuuu..
Hahaha…yang tu gurau jelah…
Saya nak yang ada 5B boleh? Yang…Beriman..Berilmu..Beramal..Baik & Bertanggungjawab! Haa..agak2 boleh dapat tak? Hehe…dalam mimpi jela kot klu nk dpt yg tu..

Oklah, yang baik, penyayang, setia, soleh, soleha…bla..bla..bla…tu semua saya tak nak cerita…kiranya something yg harus ada la tu. Yg tu setiap orang nak kan? Yg baik2 sape tak nak kan? Cuma, layakkah kita mengharapkan yang sedemikian berbekalkan apa yg kita ada sekarang? Renung-renungkan…hehe..














Oklah, antara ciri-ciri tambahan/sampingan yg saya cari adalah:
  • Mestilah tinggi dari saya sebab saya ni tinggi orangnya & senang saya nak pinjam bahu die kalau nak nangis nanti..haha..gatal! Orang tua2 selalu cakap, kalau dapat suami yg lebih rendah dari kita murah rezeki. Hmm, tak apalah…sy percaya setiap orang ada rezeki masing2… kan3?? Hehe..
  • Suka makan tauge sebab saya tak suka makan tauge. So, kalau saya order apa2 makanan yang tibe2 ada terselit tauge boleh la saya bagi kat dia supaya habiskan tauge tu. Selalunya kalau saya order kuew tiew goreng selalu terlupa nak pesan jangan letak tauge..& setiap kali tu la saya akan kutip tauge2 tu letak tepi pinggan. Jenuh kan?
  • Tidak cerewet dalam bab2 makan sebab saya ni tak berapa pandai masak, masak yg simple2 boleh la klu nak yg sedap macam masterchef buat tu masih dalam proses belajar...hehe
  • Mestilah tau masak tapi tak semestinya pakar, biasa2 pun tak apa. Sebab bila saya sakit boleh dia tolong masakan..hehe..dan andai kata saya tak ada di samping dia or duduk berjauhan ke boleh la die survive, masak sendiri. Tak adalah saya risau… “aii, aku tak ada ni makan apalah suami aku kat rumah tu.”
  • Full of surprises sebab saya ni romantik orangnya. So, saya harap dia boleh jadi lebih romantik dari saya…haha..mengada!
  • Jangan terlalu jiwang sebab saya geli lelaki jiwang2 sangat ni. Haha. Tak tahulah kenapa, mungkin sebab saya sendiri dah jiwang kot. Kalau sama2 jiwang…alamak…sapa nak layan kan?
  • Lelaki yang tidak jadikan merokok sebagai habitnya, tapi kalau tak merokok lagi bagus. Saya tak kata yang saya halang dia merokok & saya juga tak kata yg saya galakkan dia merokok sebab itu adalah hak dia. Cuma satu yg akan sy katakan, kalau dia ingat insan2 tersayang...dia patut tahu apa yg dia harus lakukan. So, fikir2kan apa yg terbaik wahai pendamping hidupku..hehe
  • Tegas tapi lembut hati sebab saya ni sensitif orangnya. Hati saya mudah tersentuh nak2 lagi dengan orang yg saya sayangi. Kalau saya ada terbuat salah tegurlah dengan berhemah & marah bersebab. Saya tak kisah kalau dia nak marah2 sebab saya buat silap. Tapi lepas tu pujuklah dengan kata2 macam ni ke.."saya marah awak utk kebaikan awak. Marahkan tanda sayang. Maknanya saya sayang awak la.." hehe..confirm lepas tu hati saya akan sejuk..haha.
  • Menonjolkan sifat manja hanya pada wanita yg dia sayang. Maksudnya bukan jenis yg manja mengada2 atau suka merajuk tapi sengaja buat2 merajuk ala2 manja gitu dengan saya semata2 nak minta perhatian. Kiranya, dia hanya menonjolkan sifat manja dia hanya pada wanita yg dia sayang jela.haha. Oleh kerana saya ni bukan jenis yg suka sgt merajuk so saya suka lah pujuk orang2 yg macam ni..rasa macam sweet je..haha. Dulu, roommate saya pernah merajuk tak nak cakap dengan saya. Satu hari saya belikan die coklat n then tinggalkan coklat tu beserta sekeping nota atas meja study die masa dia tak ada dlm bilik. Bila dia balik, tengok2 ada benda tu atas meja terus dia datang kat saya & cakap..."ala ct...sweet la ko. tak jadi aku nak merajuk lama2." lucu bila igt balik. geli pun ada..haha
  • Mempunyai personaliti yang sedap mata memandang & kemas. Maksudnya tak semestinya yang handsome, segak bergaya yg saya cari. Cukup saja dia cantik pada mata saya, kalau tengok rasa sejuk je hati. Wajahnya tenang, setenang waktu dia bercakap dan bertindak. Ala, cantik...lawa...tu semua kan subjektif. Lagipun, cantik seseorang itu bergantung pada mata yang memandang. Kan?
  • Menghiburkan & mudah mesra sebab saya ni sukakan suasana yang ceria/meriah & cepat rapat dengan orang2 yang peramah/mudah mesra. Saya ni jenis yg pendiam kalau dengan org yg pendiam & tak banyak cakap. Nak2 lagi dengan org yang baru saya kenali. So, kena cari yang kontra.
  • Bersederhana dalam semua perkara. Tak perlulah terlalu over or menunjuk2. Contohnya, kalau alim pun tak payah la tunjuk2 sangat dengan kopiah ke, serban ke, kata2 ke ape ke.. Saya lebih suka yang biasa2, yang penting dalaman. Apa yg tersimpan dalam sanubari kdg2 terpancar pada air muka. 
  • Terima saya seadanya sebab saya ni insan biasa yang banyak kekurangan. Saya tak seperti kebanyakan perempuan kat luar sana yg punyai rupa paras yg cantik, pandai bergaya & punyai harta kekayaan. Saya hanya insan biasa yg hanya mempunyai kehidupan yg biasa2 aje. Tak kisahlah orang kata saya ni kuno ke, tak open-minded ke...yg penting awak terima saya seadanya. Tu dah cukup buat saya.
Eh...tak rasa ke yang list saya ni bukan main panjang lagi kan2? Macam mengada je...demand bukan main...haha. Tak sedar dah berjela dah. Patutlah sampai sekarang masih belum bertemu gerangan yg dicari...memilih sangat! Eh...eh...siapa kata saya memilih? bukan memilih la tapi takut salah pilih. Ciri-ciri ni hanyalah sekadar sandaran/guideline je...siapapun lelaki yang namanya tertulis di Luh Mahfuz utk saya, saya serahkan pada takdir. Sesungguhnya, Allah sahaja sebaik-baik perancang. Yang akan terjadi, andai tak sama dengan kehendak hati...saya redha & terima dengan seikhlasnya kerana itulah ketetapan sejak azali. Ala, jangan risau, kalau hati dah sayang....seadanya saya terima. hehe.



Namamu tak terukir
Dalam catatan harianku
Asal usulmu tak hadir
Dalam diskusi kehidupanku
Wajah wujudmu tak terlukis
Dalam sketsa mimpi-mimpiku
Indah suaramu tak terakam
Dalam pita batinku
Namun kau hidup mengaliri
Semangatku & Perjuanganku
Sebab
Kau adalah hadiah
Dari Tuhan
Untukku..


-ANDAI SITI KHADIJAH PENYINAR CINTA RASULULLAH S.A.W... MAKA ENGKAU PELENGKAP CINTAKU...-


Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana si dia..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga si dia bertemu diriku suatu hari nanti...



p/s: Entah kenapa tiba-tiba je kali ni nak buat entry pasal lelaki idaman. Apa ke hal? Ah...lantaklah orang nak kata saya apa ke, syok sendiri ke, demand ke, bajet bagus ke..... hanya sekadar perkongsian..huhu. Saya rasa itu saja kot yang mampu saya kongsi setakat ni. Kang list panjang2 kang orang kata saya demanding pulak. haha...

  1. EGOIS (NORHAYATI BERAHIM) – FIKRI & ATIA                                            (13/10/2003)
  2. TAK SEINDAH MIMPI (SYARIFAH ABU SALEM) – RAZIF & JEE
  3. OMBAK RINDU (FAUZIAH ASHARI) – HARIZ & IZZAH
  4. PERGILAH SEPI ( FAUZIAH ASHARI) – SYAFIQ & AFIQAH
  5. RIA QISTINA (BIKASH NUR IDRIS) – ZARIF & RIA QISTINA
  6. JAUH (AISYA SOFEA) – FIKRI & SYAFIQAH
  7. HATIMU UNTUK SIAPA (HM TUAH ISKANDAR) - WAZIH & SZAZA
  8. MERISIK RINDU (SITI ZUBAIDAH HARIS) – AFFANDI & AMRIE
  9. MISTERI JULIA (ZAIFUZAMAN AHMAD) – ANWAR & JULIA
  10. HADIRNYA CINTA (PITTERIAH) – DANIEL EZAIRY & YASMIN
  11. KAU YANG SATU (NIA AZALEA) – TAUFIK ISKANDAR & SALINA
  12. GERIMIS DIHATI (SHARIFAH A.S) – TG. FARID & SYARIFAH EMILY
  13. SUKMA RINDU (FARIZA ZULIANA) – FREEDIE FAREEZ & DIANZA
  14. SAMBUTLAH CINTAKU (BIKASH) – AIMAN & SAIDATUL
  15. AKU MILIKMU (ALEYA ANESSA) – IKMAL HAFIZI & WAIRAH
  16. BICARA HATI (DAMYA HANNA) – TENGKU SYAHRAN & ZAHLIA
  17. SELAUT KASIH (AZILAWATI MAT ANGSAR) – JEFRI & NAJIHAH
  18. BUNGA KASIH (NORHAYATI BERAHIM) – ROHAN & ANIS
  19. KERANA DIKAU (SITI FARHAN) – WAN ZULKHAIRI & DAHLIA
  20. SETIA MENANTI (FAUZIAH ASHARI) – AJMAL & ADRINA                            (20/1/2004)
  21. CINTA PERTAMA (NORHAYATI B.) – CARL ZAFRAN & NURUL IMAN
  22. YANG TERINDAH (ANIS AYUNI) – ZAHARI & ELLY FARHANA
  23. RINDU YANG PERGI (FAZIE HANNA) – RASHDAN & NIA KARMILA
  24. SEREDUP KASIHMU (NIA AZALEA) – EMIR SAFWAN & LEA HARYANI
  25. NOTA CINTA BUATMU (NORHAYATI B.) – BILL GRAHAM & JOHANNA
  26. HATI SEORANG WANITA (NORHAYATI B.) - ZARUL & NURAIN
  27. BISIKAN RINDU (MIMIE AFINIE) - IKWAN FADLI & NUR DINA
  28. TAK SEMANIS IMPIAN (SYARIFAH A.S) – RAZIF & NORJINAH
  29. SEPI TANPA CINTA (DAMYA HANNA) – FAKRUL & HAZIQAH
  30. MENCARI CINTA (LEEYA MYRA) – AHMAD FARIS & ANESSA
  31. KABUS KASIH (EKA FAHARA) – ZAFRIL & HARDINA
  32. MANISNYA CINTA (ANIS AYUNI) – NAZMI & IFTI LIYANA
  33. SEHARUM KASIH (AINA EMIR) – SYED REEZA & RASYA ALEEYA
  34. SEDETIK CINTA (KREISYA REISYA) - KEYRILL & SOPHIE                            (15/1/2005)
  35. MENITI MIMPI (PITTERIAH) – NIZAR HELMI & FAUZIAH
  36. PELABUHAN KASIH (LILY SURIANI) – FAZIL & FATIN
  37. GELORA JIWA (AISYA SOFEA) – HANIF ASHMAN & INTAN AZUREEN
  38. JENDELA HATI (AISYA SOFEA) - LUKMAN HAFIZI & FARAH
  39. SUARA HATI (ANIS AYUNI) AMIRUL NAIM, HARIS & HANI
  40. GEMERSIK KALBU (ANIS AYUNI) – AHMAD SUFIAN & RAIHANA
  41. SAAT CINTA BERSEMI (DAMYA HANNA) – SYAMIR & NUR DHUHA
  42. KASIHKU ABADI (SHANIKA LATISHA) – RISYAM & NUR IWANA
  43. NILAI CINTAMU (EKA FAHARA) – HISYAM & NANA
  44. KAU SAYANGKU (BIKASH) – AKIF ZAMANI & ARISA NURAILIZ
  45. BUKAN CINTA BIASA(IZZUL IZZATI) – AZLISYAM & SHAHIRA                    (19/3/2006)
  46. ADAM & HAWA (AISYA SOFEA) – ADAM MUKHRIZ & AIN HAWANI
  47. PENGHUJUNG RINDU (S HAWA) – ADAM FIRDAUS & FARINA FARHA
  48. KISAH KASIH (KREISYA REISYA) – SHAH-E & PUTERI FARAHDIKA
  49. PRINCESS (BIKASH) – MOHD IZAT EFFY & INTAN NAZIRA
  50. KAU KEKASIHKU (ANIS AYUNI) – ZAIRI & DHIRA
  51. CINTA RAHSIA (LIZA ZAHIRA) – DANIEL HAKIMI & AYU KARTIKA
  52. GETARAN RINDU (NORZAILINA) – KAMARUL IZHAM & FARADATUL
  53. HATI YANG TERUSIK (NIA AZALEA) – FARHAN HAZIMI & VANESSA
  54. RELAKU MENANTI (DAMYA HANNA) – ZAMIL ISKANDAR & NURIN
  55. KAU UNTUKKU (AISYA SOFEA) – AHMAD SUFIAN & UMAIRAH
  56. SELAMAT TINGGAL SAYANG(MA LEE CHUSWAN) - HAKIM & DEANA
  57. LAFAZKAN CINTAMU (AIDA ADRIANI) – HAIKAL & ERINA                         (6/02/2007)
  58. BAHTERA KASIH(LIZA ZAHIRA) – RYAN SYAHPUTRA & CARRA LINA
  59. BUATMU KEKASIH (AISYA SOFEA)
  60. SENAFAS CINTA (DAMYA HANNA) – FARIZ & VIVIANNA
  61. SENTUHAN CINTA (HAIZA NAJWA)- ………& HURIN AIN
  62. 5 TAHUN 5 BULAN (HLOVATE) – AFIQ HAFIZI & JOHANNA                            (5/2/2008)
  63. RAHSIA RASA HATI- EZAIRIL IRFAN & ELLEANUR EZURRA
  64. NATALIA NATASYA- FARIS IKHWAN & NATALIA NATASYA
  65. RELEVANKAH AKU DI HATIMU- CARL DUKE ADAM & NURUL AKASYAH
  66. CINTA MEKAR DI HATI (ROSE HARISSA)- TENGKU ADY RAFIZAL & FASHA
  67. SEGALANYA UNTUKMU (ALEYA ANEESA)- FAHEM AMMAR&JEHANNA AISYA
  68. BAYANGAN RINDU (ANIS AYUNI)- UMAR AISY & IDDYA
  69. AYAT-AYAT CINTA (HABIBURRAHMAN EL SHIRAZY)- FAHRI & AISYA
  70. MAHAR ASMARA (EMIESHA NUR MK)- TAUFIK & ARWANI
  71. TIADA NOKTAH CINTA (PUTERI)- HAIKAL & SARA
  72. SAYA SAYANG AWAK (INA SUBIR)- NIZAM & ARIANA
  73. KALAU DAH JODOH (MIMIE AFINIE)- ABU SOFIAN & MARINI
  74. ANDAI ITU TAKDIRNYA (SITI ROSMIZAH)- SYED ADAM AIZRIL & ALEYA
  75. SELAGI ADA DIA (AISYA SOFEA)- IDRIS & ARIANNI                                         (1/1/2009)
  76. TERNYATA CINTA (DAMYA HANNA)- IQRAM & QASDINA
  77. SETULUS JANJI (AINA EMIR)- ILHAM FAISAL & INSYIRAH
  78. KU MOHON KASIH (HAIZA NAJWA)- AZRUL ROZAIMY & AYUNI
  79. RINDU SEMALAM (PUTERI ANDALAS)- KARIM LIONEL & MAIZURA
  80. SERIBU KALI SAYANG(ANIS AYUNI)-SYED NADJMIL FAIZ &NUR QAZRINA
  81. MENGUKIR BAHAGIA (HANI FAZUHA)- ZAHIM ISKANDAR & NATASYA
  82. BIAR YM YANG BICARA (HANNI RAMSUL)- FIRDAUS & ADIYA
  83. SYURGA DI HATI (FATIN NABILA)- ARIFF & ERIN
  84. SALJU SAKINAH- NULFAL & SUMAIYAH
  85. KALIMAH JIWA (HAIZA NAJWA)- NAQLIS & IFLIANI
  86. TARIKH LUPUT CINTA (LYNN DAYANA)- AIREL & IMANINA
  87. TIADA YANG KEDUA (SANIA YASMIN)- IMRAN & SHIRA
  88. PERGILAH AIR MATA (HANNI RAMSUL)- BADRUL & SABRINA                 (23/5/2010)
  89. ANUGERAH CINTA (NURMI SYAKIMI)- TENGKU FAIZAL & NUR AMIRA
  90. SEPUPUKU SUAMIKU (LYNN ALYYNA)- HISYAM & NANA
  91. SEJUJUR HATIMU (UMI AZRINI)- FAHRIN & REEN
  92. AKHIR SEBUAH CINTA (CT NUR DHUHA)- TENGKU KHUZAIRI & MIMI ATIA
  93. WARNA HATI (MEEN ZULAIKHA)- HARITH & ZARA LISA
  94. QASEH QAISY(RAMLAH RASHID)-TG.QAISY ISKANDAR & QHALIDA QASEH
  95. BUKAN TERLARANG (NUR HAZMA)- IMRAN HADI & SARA
  96. AD+IZ (EURY ATHENA)- TENGKU FARRIEL IZUMI & ADRIANNA MAYESA
  97. BAJU PENGANTIN MAK ANDAM(AREILA SAHIMI)- ZAIN & ALEEYA
  98. BILA SALAM BERSAMBUT(HASIF ASYRAF)- ...& ARMIA
  99. PERCAYA ADA CINTA (RYANA ADRINA)- ARSYAD ZIKRI & WAFIYA MUNIRA
  100. ILHAM HATI (DAMYA HANNA)- HANIF & RYAN                                             (23/3/2011)
  101. AKU MAHU KAMU (ALEEYA ANEESA)- ZIYAD FALAH & QISYA
  102. ADA CINTA DI HATI (EMMA MAIZURA)- SYUKRI & ADREENA
  103. SEMUSIM RINDU (ALEEYA ANEESA)- IKHMAN AJMAL & HAJAR ADIRA
  104. BILA HATI KATA SAYANG (MARISSA)- SYED ADRIZ & ATIQAH
  105. CUCUR BAWANG KOPI 0 (HASRUDI JAWAWI)- ISKANDAR & RUDIANA
  106. 2X5 (AREILA SAHIMI)- ZAIM& SYAKIRIN
  107. KAU MILIKKU (AISHA HAMZA)- FEZRUL FAIZAL & DIZYAN FARHANA
  108. JODOH ATAU CINTA (IMAN NIZRINA)- AIMAN DANISH & IMAN UMAIRAH
  109. YESS BOSS (AREILA SAHIMI) -ILHAM & ARYANA
  110. DOKTOR CINTA (DYADILA)- TENGKU ISKANDAR & MAZLIANA
  111. SEMERAH INAI DIJARI (MILA YUSOF)- FAIZ & IZZATI
  112. SYURGA DI WAJAHMU (LAILA HANNI)- ENGKU LOKMAN & IDAYU
  113. AKULAH CINDERELLA (NOZI DANISYA)- SHAFIQ & NUR AISYAH
  114. 3 CAMPUR 1=1 (ANA FARHANA)- HAKIMI & KHAIRINA
  115. AKHIRNYA AKU KAHWIN (HERNA DIANA)- SYAFIZI & DIANA               (24/1/2012)
  116. SI MANGKUK TINGKAP (FAZIELA)- ASHRAFF & EDRYNA

P/S:Senarai di atas merupakan novel2 yg telah aku baca starting dri pertama kali aku bca novel (tahun 2003) hinggalah ke hari ini. Aku ni mmg gila novel kot..n setiap novel yg tlh ak baca akan aku rekodkan dlm list. 








Antara Koleksi Novel2 yang aku miliki..

Assalamualaikum & salam sejahtera...=)

Catatan pertama utk tahun baru....hehe. 
Hm, nak cite ape ek? dah lama tak update blog ni..dah kekok dah rasa...
Memandangkan sekarang ni masih lagi awal tahun baru..so, saya ingin berkongsi dengan anda2 semua mengenai lembaran2 kisah yang telah saya lalui sepanjang tahun 2011 yang lalu... Hm, sepanjang tahun 2011 yg lalu byk la jgk kisah2 suka & duka yg sy lalui... Bagi sy lah kan, kisah yang paling best pada tahun 2011 ialah sepanjang saya mengikuti executive development programme under GEMS di Harvard Suasana Hotel, Kedah selama 2 bulan. Sepanjang tempoh 2 bulan di sana byk pengalaman bermakna yg sy dpt & byk pengetahuan berguna yg sy perolehi.. Di sana juga sy menemui sebuah persahabatan yg sgt erat & penuh kasih syg...=)
Tak perlu di jelaskan..tak perlu diterangkan...kerana tiada kata2 yg bisa menggambarkan semua itu...ckup sahaja saya katakan yg saya sgt bahagia kerananya..


A picture tells a thousand words...


Best Moment At Harvard 05....with Mercu Property Holding





Kenangan sewaktu module:
-Module Business Writing
-Module Project Event Management
-Presentation & Public Speaking Skills
-Basic Management Skills






Kenangan sewaktu module:
-Module Problem Solving & Creative Thinking
-Module Business Appreciation
-Module Information Management
-Module Interpersonal Communication



Kenangan sewaktu Sports Day:
" Teamwork Make A Dreamwork"

Note: Mercu Property Holding menjadi naib juara perlawanan Volleyball & Netball utk sports day Gems HAR05.





Ahli2 Mercu menunjukkan semangat Teamwork yg tinggi pabila beraksi di padang mahupun dlm apa jua aktiviti group.








Makan...makan...& makan...antara aktiviti favorite ahli2 mercu..











Sepanjang minggu2 terakhir di harvard...kami ahli2 mercu sering menghabiskan masa bersama...antara saat yg paling best sekali ialah sewaktu kami pergi ke pusat rekreasi kolam air panas Ulu Legong... pengalaman manis yg sgt menyeronokan. Sukar tuk digambarkan dgn kata2...



Kemenangan, keriangan, kegembiraan.. semuanya kami kongsi bersama. Setiap detik yg kami lalui bersama mengeratkan lagi persahabatan yg terjalin. Dari hari ke hari..kasih & syg kian bersemi..sehingga tidak terasa pantasnya masa berlalu...


Ahli2 mercu bukan sahaja aktif di padang..bukan sahaja excited di meja makan..tapi kami juga memberikan yg terbaik dlm setiap tugasan yg diberikan...assignment, group project...kami berganding bahu melaksanakannya...demi 1 matlamat!!





Kenangan sewaktu Corporate Dinner.. 
Apa jua keadaan.. apa jua majlis... kami tetap SATU!! Seiring...seia & sekata...


Yang tinggal hanya kenangan... senyuman yg pernah kami ukir bersama dulu hanya mampu tuk dikenang.. keriangan yg pernah kami kecapi dulu hanya mampu tuk diingati..
Saat indah bersama hanya tuk sementara.. kerana sudah lumrah.. setiap pertemuan pasti ada perpisahan..




Hanya Allah sahaja yg tahu betapa saya sayangkan mereka.. rasa bersyukur kerana dipertemukan dengan mereka semua. Kalau dulu, hidup saya sering diselubungi awan mendung...hati sering dihujani gerimis...jalan yg dilalui penuh berliku & berduri.. Namun kini, hikmah disebalik semua itu telah tersingkap...& dapat saya rasai kini.. Awan kelabu kian berarak pergi, sinar mentari mula memancar di setiap penjuru.. membentuk indah 7 jaluran rona pelangi. Syukur Ya Allah...


Di sini bermulanya pertemuan yg terakhir..
Kehilangan amat terasa di hati..
Mungkinkah ini yg tertulis ditangan takdir..
Ku terima perpisahan ini..
Dulu kita satu jiwa..satu impian..
Susah & senang kita bersama...
Namun itu semua hanya sementara..
Hanya lagu yg menjadi ingatan
Hanya lagu yg menjadi kenangan..
Seandainya masa itu kembali semua
Inginku memiliki lebih dari itu..

Orang di utara kata, langit itu indah. Aku diam.
Orang di selatan kata, laut itu indah. Aku diam.
Orang di timur kata, matahari itu indah. Aku diam.
Orang di barat kata, bulan itu indah. Aku diam.
Orang di utara, selatan, timur & barat TERDIAM 
apabila aku berkata
Kenangan bersama MERCU YANG PALING INDAH!


Jika ditanya...
Apa cerita menarik anda pada tahun 2011 yg lalu??
Jawapannya...
Cerita menarik saya ialah saat2 indah bersama Mercu Property Holding di Gems HAR05!!

Kepada...
My Dear CEO, Khairi...
My lovely Abang Long (Jang) & Kak Long (Hanim)..
Kakanda2 ku...Syafiq, Ahnaf & Najib..
Adinda2 ku..Dayah Faisal, Umie, Jaezah, Zue, Dayah Khalid, Ct nor, Rozi, Baya, Eibah, Eiman, Syaza, Fanny, Sarah, Zira, Ina..
& My younger sis...Chah yg cute....
serta tak lupa juga buat En. Kamalruzaman Ramlee, Trainer yg sgt sporting & byk ajar sy byk benda...haha..
SAYA SAYANG KORANG SEMUA!! =)


p/s: Sesungguhnya sepanjang 2 bulan di Harvard Kedah..banyak perkara yg aku pelajari.. dan banyak kenangan serta pengalaman yg aku perolehi. Terlalu byk utk diceritakan...tapi tak mampu utk aku ungkapkan dengan kata2...& tak mampu aku zahirkannya.. Biar sahaja semuanya tersisip dilipatan hati sebagai satu kenangan hidup yg pernah aku kecapi..

BiCaRa HaTi

YA ALLAH..
Jadikan aku wanita Soleha...
yang baik di antara yg terbaik dan kurniakanlah aku pendamping yg baik..
dalam mendapatkan sesuatu yg terbaik dari Mu...Amin..

SuaRa HaTi

Saya hanya ada satu hati. Sekali saya jatuh cinta, sekali itulah tuk selamanya...& kerana itu saya sentiasa kosongkan hati saya utk insan yg sepatutnya..

Followers

About Me

My photo
-Siti Asmaa -Dea Asmaria (Nama pena) -1988 -insan biasa yg sukakan ssuatu dlm keadaan biasa2 sahaja -Suka membaca & suka mengarang
Powered by Blogger.

ConTest

My KarYa

My KarYa
Cerpen Utk Graduan

Sambungan Cerpen Utk Graduan (Dulu, Kini & Selamanya part 1 & part 2)

Burung Jenjang Kertas

Resume Cinta Maisara

Puisi Untuk Damia

Kekasih Halal

Hanya Di Mercu

Si Baju Putih Di Awan Biru

Blog Walking