Dea Asmaria

Pada awan biru ku melakar kata-kata, pada langit cerah ku panah semua cerita...

Assalamualaikum.. =)

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga meluangkan masa untuk menulis di blog setelah 2 bulan menyepi.
Syukur pada Allah SWT kerana masih diberikan peluang bernafas sehingga ke hari ni & diberi kesempatan untuk menikmati kebahagiaan & kurniaan dariNya....Terima Kasih Ya Allah.

Sepanjang 2 bulan ini, banyak perkara & pengalaman baru yang saya lalui. Alhamdulillah semuanya baik2 belaka & berjalan lancar mengikut aturannya. Agak busy menguruskan kehidupan seharian sehingga tak sempat meluangkan sedikit masa di blog. Tambah2 pula baru sahaja memulakan kerjaya baru di tempat baru. Jadi banyak benda yang perlu saya selesaikan..

Ternyata penghujung tahun ini juga meninggalkan banyak kenangan manis & berharga untuk saya seperti tahun lepas. Jika tahun lepas, Harvard Suasana Hotel Kedah telah melakarkan sejarah berharga buat diri saya. Maka tahun ini, A Famosa Resort Melaka pula mencipta ceritanya yang tersendiri. Tahun lepas, saya telah menjadi warga GEMS HAR05 & sepanjang 2 bulan di Harvard Kedah banyak pengalaman & kenangan manis yang saya dapat. Satu Sejarah berharga yang tidak mungkin saya lupakan sampai bila2. Dan bertitik tolak dari situ jugak la yang membawa saya sampai ke kehidupan sekarang ini. Jika tidak kerana menyertai program GEMS saya tidak mungkin sampai sejauh ini. Dari negeri kelahiran Kelantan, saya ke Kedah untuk menjalani Executive Development Training selama dua bulan. Dan kemudian di attach di salah sebuah company logistik di Selangor untuk menjalani On-Job-Training selama 6 bulan. Tak lama selepas tamat program GEMS, saya diterima bekerja oleh company lain. Yang juga merupakan company logistik di Selangor. Tempat di mana saya bekerja sekarang. Walaupun ternyata jauh menyimpang dari latar belakang pengajian saya (Biologi ke Logistik), Alhamdulillah saya serasi & seronok dengan kerja saya sekarang. Ditambah pula dengan Team Building yang dianjurkan oleh company saya di A Famosa Resort Melaka baru2 ini berjaya memantapkan lagi semangat & keyakinan saya untuk meneroka bidang logistik ini. Sepanjang bekerja di dua company logistik banyak pengalaman baru yang saya lalui & pelajari. Hampir setahun bekerja di Selangor banyak mematangkan saya dari semua aspek. Ternyata ianya tidak mudah yg disangkakan tapi syukur saya berjaya menghadapi dengan jayanya. =)

Kenangan Nov/Dec 2011..

GEMS HAR05 (Harvard Suasana Hotel, Kedah)
Mercu Property Holding (GEMS HAR05)

Kenangan Nov/Dec 2012..

Team Building GSC 2012 (A Famosa Resort Melaka)
Reunion GEMS HAR05 (Bertemu kembali setelah setahun Gems berlalu)

Tahun 2012 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi, segala yang pahit & yang manis sepanjang 2012 akan saya simpan dilipatan hati tuk selamanya. Segala yang baik akan saya jadikan pedoman & yang buruk dijadikan sempadan untuk saya menghadapi hari2 mendatang. Semoga permulaan tahun baru 2013 tidak lama lagi bakal memberikan sinar & harapan baru buat saya. Dan diharapkan banyak lagi sejarah serta kenangan baru bakal tercipta!! =)

p/s: err...entah kenapa terasa macam skema la pulak ayat2 entry aku kali nih..huhu :p


Cinta ibarat seperti main sorok-sorok.
Kita tahu ada orang menyorok tapi kita masih belum ketemu tempatnya. 
Dan kerana itu, telah aku sorok hati ini jauh dari gapaianmu..

Aku pernah ketawa...
senyum sampai telinga..
bergembira huha-huha..
dan lagi dan lagi..

Sampai masa aku pernah menangis
macam neng yatimah dalam filem dulu-dulu..
Merintih kerana tidak tahan menanggung bebanan sendirian..
Kecewa bila aku memang tak mampu bertahan dek derita yang menyapa..
dan terus lagi dan lagi dan lagi...

-Aku Insan yg sering diuji-










~ Terbitlah kembali mentari pagi, 
setelah malamku berkalut nestapa..~










Keikhlasan seorang wanita harus dilihat dari matanya...
Kerana di situlah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada..









cuba menidakkan rasa halus yang semakin menjalar
dan cuba mencantas kudup kecil yang semakin berkembang
ibarat seperti menelan paku tekan..

BiCaRa HaTi

YA ALLAH..
Jadikan aku wanita Soleha...
yang baik di antara yg terbaik dan kurniakanlah aku pendamping yg baik..
dalam mendapatkan sesuatu yg terbaik dari Mu...Amin..

SuaRa HaTi

Saya hanya ada satu hati. Sekali saya jatuh cinta, sekali itulah tuk selamanya...& kerana itu saya sentiasa kosongkan hati saya utk insan yg sepatutnya..

Followers

About Me

My photo
-Siti Asmaa -Dea Asmaria (Nama pena) -1988 -insan biasa yg sukakan ssuatu dlm keadaan biasa2 sahaja -Suka membaca & suka mengarang
Powered by Blogger.

ConTest

My KarYa

My KarYa
Cerpen Utk Graduan

Sambungan Cerpen Utk Graduan (Dulu, Kini & Selamanya part 1 & part 2)

Burung Jenjang Kertas

Resume Cinta Maisara

Puisi Untuk Damia

Kekasih Halal

Hanya Di Mercu

Si Baju Putih Di Awan Biru

Blog Walking