KENALI SAYA..=)
Makan coklat dengan banana
Sampai habis pun tak sedar
Siapakah empunya blog Dea Asmaria
Tidak tahu nama sebenar..
Makan ikan sweet and sour
Makan sambil melihat cermin
Cik Tie adalah nama glamour
Panggilan dari teman-teman..
Kita mesti patuh dengan arahan
Jangan lupa makan makanan seimbang
SasterawaTie menjadi gelaran
Semua orang kenal Cik Tie jiwang..
Pergi ke pasar naik kereta
Untuk membeli ikan tenggiri
Siapa tak kenal si pemadah kita
Tak lain tak bukan Siti Asmaa nama diberi..
Kak Jue memasak nasi beriani
Memang sedap rasanya
Pelbagai ceritera akan dikongsi
Dea Asmaria bakal mengungkap segalanya...
0 comments:
Post a Comment