Dea Asmaria

Pada awan biru ku melakar kata-kata, pada langit cerah ku panah semua cerita...

Aku minta pada Allah setangkai bunga segar, Dia beri aku kaktus berduri. 
Aku minta pada Allah binatang mungil nan cantik, Dia beri aku ulat berbulu. 
Aku sedíh & berkata…“betapa tidak adilnya ini!” 
Kemudian…kaktus itu berbunga indah bahkan sangat indah, 
& ulat berbulu itupun menjelma menjadi kupu2 nan elok. 
Aku terpesona & aku tersedar, itulah jalan Allah indah dan cantik pada waktunya. 
Allah tidak memberi apa yg kita inginkan, tapi…memberi apa yg kita perlukan. 
Kadang2 kita sedih, kecewa & terluka, tapi kita ketahui jauh diatas segalanya, Allah selalu memberikan yang terbaik. 
Jadi, kita harus bersyukur atas segala nikmat & kurniaanNya. 


Jika kita inginkan matahari, mungkin Allah kurniakan kita bulan..
Yakinlah bahawa Allah Maha Penentu Segala..
Dan Setiap ketentuan Allah pasti ada hikmahnya..

Sekiranya tiba2 anda bertemu dgn seseorang yg membuat jantung anda berlari setara dgn kelajuan jet Sukhoi buatan Rusia, & mata anda pula xbisa berpaling drpd dia biarpun sedetik, lalu apa tindakan anda?

A= katakan: lupakan sahaja itu hanya logamaya
B= rahsiakan perasaan anda dlm diari merah jambu
C= kenal pasti siapa dia & suruh ayah ibu meminang dia
D= segera periksa jantung, mata & tekanan darah ke doktor pakar
 
 
p/s: kalau pilihan jawapan saya adalah E ??
 

Hanya tinggal lebih kurang 24 jam saja lagi...
Untuk aku berangkat ke utara tanah air..
Angin dingin dari utara kian terasa..
Hati di landa pelbagai perasaan..
Sayu utk meninggalkan keluarga & kampung halaman yg aku cintai..
Sedih nak meninggalkan rakan2 sekerja yg aku sayangi..
Namun, harus dikuatkan hati demi masa depan..
Semoga pemergiaanku ini menjadi titik permulaan utk aku membina kerjayaku..
Semoga dipermudahkan segala urusanku....=)

"Bunga Itu Mekar Dalam Hati, Tetapi Cantik Kelopaknya Terletak Di Mata"






Sekeping hati,
Mampu memendam sejuta rasa..
Mampu menyimpan sejuta rahsia..

Sepasang mata,
Bisa memancarkan sejuta rasa..
Bisa membiaskan sejuta rahsia..

At last....
Hanya tinggal 5 hari saja lagi untuk saya pergi...
Pergi meninggalkan daerah yg byk memberikan saya kebahagiaan & kedukaan...yg byk mengajar saya erti kehidupan & kedewasaan...
Pergi demi membina sebuah masa depan yg lebih baik...
Perasaan bersyukur & gembira hanya Allah shja yg tahu tatkala mdpt berita gembira ini pada awlnya..krna peluang bgini la yg saya tgu setelah skian lama berperang dgn ujian, keperitan & tangis hiba..peluang yg bakal membuka jalan utk sy membina kerjaya yg lbh baik di masa hadapan..tapi entah mengapa di saat yg semakin hampir...sy rasa mcm ada 'rasa yg tertinggal'.. rasa yg mengikat hati sy utk pergi dengan senang hati... kenapa perlu ada kesedihan dlm kegembiraan? kenapa perlu ada keraguan dlm kepastian? kenapa ada pilu di hati sedangkan ini yg sy harapkan?? apakah kerana ini saja pilihan yg saya ada? lalu sy reda dlm kepasrahan? Sungguh saya tidak mengerti kenapa perlu ada 'rasa yg tertinggal'? rasa yg tak mampu ditelan, tak mampu jua diluahkan...
 
 





Ini kisah sekeping hati yang dicalit empat rona indah
sayangnya dia terlupa yang pelangi itu jalurannya tujuh;
dan salju pula jadi cair dipanah mentari
lalu berguguran dihembus bayu luruh.

Ini kisah sekeping hati yang berkali-kali diuji,
takkan bercahaya pelangi sebelum hujan,
takkan bersinar indah bintang-bintang
tanpa gelap malam.

Mereka bilang cintakan hilang sebelum kau temu yang baru
Jika tu benar tak terciptalah puisi ini untuk dirimu...


" Should the sun refuse to shine
Should romance run out rhyme
You alone will hold my heart 
Now until the very end of time.."



Setelah sekian lama...baru hari ni rasa mcm nak tulis sesuatu di sini.
Saya tahu sejak beberapa bulan ni saya memang sangat jarang nak update blog ni. Apa boleh buat kalau dah M tu besar sangat kan...& busy pula mengalahkan PM je..hehe..
Saya tak tahulah, ada ke tidak orang yang masih sudi jenguk2 blog sepi ni lagi..
Apa-apapun saya nak ucapkan ribuan terima kasih la kepada sesiapa sahaja yg sudi jenguk blog saya ni, terutamanya kpd blogger EL MARIACHI & SHA MY HEART yang sntiasa sudi meninggalkan komen di blog saya..sgt2 menghargainya =). 
Tak lupa juga buat teman2 rapat saya yg sudi mengikuti perkembangan blog saya biarpun blog ni xberapa nk berkembang sgt pun. huhu... Walaupun kalian skdr mjadi silent readers namun, ku tahu kalian sentiasa memberi sokongan & dorongan buat diri ini. Terima kasih teman!

Seperti yang pernah saya katakan di awal2 entry saya dulu, tujuan saya mewujudkan blog ni adalah sekadar utk saya berkongsi apa yg saya rasa, apa yg saya alami, apa yang saya miliki & saya tulis apa yang saya suka. Saya menulis blog bukan utk mengejar traffic mahupun populariti, bukan juga kerana wang mahupun utk menambahkan bilangan follower semata-mata.. (Jadi, jgn hairan la klu blog sy ni tak ada sbrg iklan2..nuffnang tu semua..huhu). Saya menganggap blog saya ni sebagai tempat utk saya curahkan apa yg saya rasa (tu pun kalau rajin & ada masa nak mnulis la..hehe)...senang cakap macam diari la...kalau rasa 2 datang saya tulis, kalau idea tu muncul saya olah...bukan selalu..kadang2...kalau tak ada apa2 faham2 jelah ya....hehe..

Ya, setelah sekian lama...itu sahaja yang ingin saya sampaikan....Sekian, Wasalam. =)

 
aku hanya ingin menulis
menulis tanpa sekat yang pekat dan terikat
menulis isi hati yang terungkap
lewat goresan kata yang terbentuk sempurna

hanya ingin mengungkapkan
apa yang aku mahu
apa yang aku rasa
apa yang aku punya

sekadar coretan 
meski tak bermakna
tapi inilah nukilan hatiku..

Jendela hati diketuk lagi, ku buka separuh-separuh..separuh hati. 

"Selamat malam, nama saya Cinta!" hangat & dingin merantai di luar. 

"Izinkan saya berteduh di tepi jendelamu?" Cinta terus bertanya. 

Lalu hatiku tertanya-tanya "Cinta, kenapa mesti aku??"






tak mungkin
ku ingkari suara hati
yang membisik
namamu...

Assalamualaikum...=)

Fuhh!! (petanda habuk penuh kat blog, terpaksa la tiup)
Akhirnya..dpt jgk sy update blog setelah skian lama menyepi (xhabih2 ngan episod menyepikan dri..ntah bila nak hbis pun xtau huhu)...

K la, nak dipendekkan cerita...lama x update blog bukan sbb kes nak menyepikan diri ke apa ke tapi sbb sy punya laptop ni rosak...huhu..so? xdapet deng nak on9 la jwbnya... Sekarang lptop dah ok, blh la update blog, fb tu semua...yahoooo!!! =)

Itu je nk bagitau....hee...=) 
Edisi Cepat, Ringkas & Padat...Sekiannnnn....

Ku simpan satu rasa dalam hati
Rasa yang hanya satu orang yang bisa mencuri
Takkan ada yang bisa mengambilnya dariku
Kerana rasa ini hanya milikku dan kamu 

Ya...
Hanya Kamu...
------<@ @>------

Assalamualaikum & salam sejahtera....=)

Wah, dah sebulan lebih sy tak update blog...lama betul kan. Huhu, xtau la ke mana menghilangnya mood & 'jiwa' nk berblogging 2. Malas je rasa nak bukak blog. Bukan je blog, FB sy pun dah lama sepi...penulisan karya2 saya pun dah lama terbengkalai, memang langsung tak ada progress...kadang2 rasa cam nak berhenti je dari dunia penulisan ni utk sementara waktu, mungkin juga utk satu jangka masa yg agak lama. Saya memerlukan masa utk mencari 'sesuatu' yg 'hilang'.... (Tak usah ditanya 'apa?' 'kenapa?' & 'mengapa?') Hee..

Ok lah, utk entry kali ini saya nak smbung part terakhir sambungan entry sbulan yg lalu... Entry kali ni berkisarkan tentang hidup sy sebagai final year student yg bermati-matian nk menyiapkan final year research project & tesis! Huh, sungguh menyeksakan nak mengharungi satu tahun yg penuh kesibukan & tekanan tu!! Kadang2 rasa mcm kepala ke bwh kaki ke atas je...betapa tunggang-langgangnya hidup. Pagi2 keluar pergi lab, lwt petang bru balik (tu tak termasuk tension sebab project xjadi, result xdpt..satu hal plak nk kena repeat procedure lagi sekali)...time malam pula nak kena pulun baca berpuluh-puluh jurnal tuk buat tesis.. Lagi la berlipat ganda ke'tension'an bila test, assingment & report dtg bertimbun2...mana satu nak study? mana satu nak siapkan dulu??aduhhh...tension2!! (Nasib baik la sy tak melibatkan diri dengan dunia cintan-cintun, kalau tak, mahu sakit jiwa nk handle semua tu..nak2 yg melibatkan konflik kejiwaan & perasaan nih...huhu). Apa2 pun, syukur Alhamdulillah...berkat usaha & kesabaran akhirnya saya berjaya menempuhinya dengan selamat & lancar. Pahit, perit pada mulanya....namun manis akhirnya yg dpt saya rasakan. Bak kata pepatah 'kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dpt sagunya'....tak gitu?? huhu...

Tak perlu nk membebel panjang lebar...jom kita tengok ni.....hehe

Aku, FYP & Tesis
 - Peta kat atas ni menunjukkan sampling site utk project sy...iaitu di kawasan Setiu, Terengganu. Kat area Setiu nilah sy kena p collect sampel2.

 - Haa, nilah fresh sampel (Drosera burmanni) utk project sy. Cantik kan pokok drosera ni? Simple je morphology tumbuhan ni. Saiznya pun kecik je...duit syiling 10sen tu pun lagi besar dari drosera ni.

 - Sampel tanah & daun drosera ni perlu dikeringkan terlebih dahulu sebelum di analisis mengunakan wet digestion method.

 - Procedure yg telah sy jalankan bagi mendapatkan result utk projek kajian sy.







Finally!! 
Inilah hasilnya!
Saya berjaya menyiapkan sebuah tesis yg bertajuk
"Nutrient Content In Foliar of Drosera burmanni and BRIS Soil of Setiu, Terengganu" 
bagi melengkapkan program pengajian saya
dan seterusnya mencukupkan syarat utk sy mendapatkan segulung Ijazah!








Ok..setakat itu sahaja yg mampu saya kongsikan utk entry kali ni (kali ni tiba2 terasa ada mood nak kembali berblogging...) =)
Maka, dengan ini berakhirlah cerita saya sebagai seorang pelajar Biodiversiti "Aku, Bio-D & Dot...Dot...Dot..." ( Yo yo ooo je kan...hahaha).
Semoga bersua kembali bersama cerita2 baru di entry2 yg seterusnya.. (Ayt penutup tetap skema macam biasa)
=)







Tidak pernah malam itu berpanjangan...
Tidak juga siang itu hadir tanpa penghujung...

Assalamualaikum...=)

Ok..kali ni kita sambung lagi cerita zaman belajar saya utk Part 2 pula. Tapi, sebelum tu sy nak bagitau la yg bestnya jadi student Bio-D (Biodiversiti) ni adalah kami bukan je terikat dgn pembelajaran dlm kuliah & lab semata2 tapi kami juga byk aktiviti luar. Senang kata banyak pi jalan2 jgk r...2 yg bestnya, makan angin sambil belajar, enjoy sambil menimba ilmu...huhu.. Part pi fieldwork & fieldtrip ni lah yg paling sy suka, yg paling sy excited tunggu setiap kali masuk sem baru. Sebabnya, setiap sem akan ada subjek yg kena pi fieldwork & fieldtrip. So, blh la pi jln2 tempat2 yg menarik. Sepanjang 3 tahun jd student Bio-D dh bermacam2 tmpt di Terengganu dah sy jelajahi...laut, pulau, lata, hutan...semua dah penah pi dah. Seronok dpt kenal tmpt2 baru, especially tmpt2 yg penuh dgn khazanah alam semulajadi yg indah & menakjubkan! Tak kira di darat mahupun di dasar lautan.
Waktu pi trip mmg la enjoy, waktu pi fieldwork mmg la suka tapi balik dari trip & field tulah yg xberapa nk best sgt....sbb kena wat report...haha. Jalan..jalan juga, report tetap kena buat...waktu tu memang nk pecah kepala rasa nk siapkan report 2 semua, sabar jelah...huhu..


Aku, Fieldtrip & Report 
FIELDTRIP TO MALAYSIAN REMOTE SENSING AGENCY

FIELDTRIP TO PUSAT INFRASTRUKTUR DATA GEOSPATIAL NEGARA (MaCGDI)

FIELDTRIP TO PUSAT KONSERVASI TUNTUNG, BUKIT PALOH, KUALA BERANG

P/S: Beza fieldwork & fieldtrip
Fieldwork -Kerja Lapangan, biasanya dilakukan di lokasi2 terpilih/tertentu selama lebih kurang 3 hari dua malam. Eksperimen/ kajian dilakukan di field, data2 diambil, sampel2 kajian di collect & seterusnya akan dianalisis di lab. Biasanya report utk fieldwork ini adalah pjg & terperinci iaitu dlm berbelas2 or berpuluh2 pages & diberikan tempoh masa dlm seminggu hingga ke dua minggu utk disiapkan. Dan ada juga results utk hasil kajian fieldwork tersebut perlu di bentangkan di dlm kelas/lecture hall.

Fieldtrip -Lawatan, biasanya dilakukan di lokasi2 terpilih/tertentu dalam tempoh satu hari (beberapa jam-balik hari). Sebarang maklumat, info2 & data yg diperolehi semasa sesi lawatan perlu dicatat & dikumpul utk laporan lawatan. Biasanya report utk fieldtrip adalah simple & padat, mungkin dlm 2 3 pages sudah memadai.



Aku, MARDI & Latihan Industri




Saya telah menjalani Latihan Industri selama 8 minggu di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia, Stesen MARDI Telong, Bachok, Kelantan. Sepanjang tempoh latihan, antara bidang & skop tugas sy ialah membantu dlm aktiviti2 penyelidikan seperti tanaman Jatropha curcas, tanaman kacang tanah, padi, kenaf dan pengurusan siput gondang emas. Saya juga membantu dlm pengumpulan data di lapangan dan pengekstrakan bahan tanaman sebagai bio-pesticide dalam pengurusan siput gondang emas. Gmbar2 di ats merupakan antara aktiviti yg sy jalankan sepanjang tempoh latihan...Sepanjang 8 minggu menjalani latihan industri di Mardi Telong adalah antara kenangan manis yg tdk akan pernah sy lupakan, sgt2 best buat praktikal kat sana! 8 minggu 2 rsa mcm xckup je...huhu. Apa2 pun, manis atau pahit...kenangan tetap tinggal kenangan...


******Bersambung Part 3******
- Aku, FYP & Tesis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...=)

Haa, utk entry kali ini saya akan kongsikan serba sedikit mengenai kisah saya sebagai seorang pelajar jurusan Sains Gunaan (Biodiversiti) di Jabatan Sains Biologi, Universiti Malaysia Terengganu seperti yg pernah saya katakan di akhir entry 'Saya Rindu Zaman Belajar' hari tu. Ok, sebelum tu saya ingin menjelaskan serba sedikit mengenai apa itu BIODIVERSITI..sbb setiap kali ada yg bertanya jurusan apa yg saya ambil di universiti & bila saya katakan saya ni pelajar jurusan biodiversiti, ramai yg xtau & tertanya2 "Biodiversiti tu course apa?". Untuk pengetahuan anda semua, Biodiversiti itu adalah singkatan bagi perkataan Biological Diversity (Biodiversity) atau dalam bahasa melayunya bermaksud Kepelbagaian Biologi/ Kepelbagaian Benda Hidup. Dari segi istilah saintifik pula, Biodiversiti itu secara ringkasnya bermaksud...

BIODIVERSITI 
---> Biological Diversity (Kepelbagaian Biologi)
---> Totality of genes, species & ecosystems in a region or the world
---> The variability among living organisms from all sources including, terrestrial, marine and other aquatic ecosystems and the ecological complexes of which they are a part. This includes diversity within species, between species, and of ecosystems

Jurusan ini merupakan salah satu program yg ditawarkan oleh Jabatan Sains Biologi, Fakulti Sains & Teknologi, UMT. Jurusan ini digubal bertujuan utk melahirkan graduan yg mahir dlm bidang berkaitan dengan sains biologi, pemuliharaan serta pengurusan biodiversiti. Graduan jurusan ini juga mempunyai skop kerjaya yg sangat luas antaranya:
  • Pegawai Penyelidik (Sains)
  • Ahli Bioteknologi
  • Ahli Zoologi
  • Ahli Botani
  • Pensyarah
  • Guru Biologi
  • Ahli Korporat
  • Pegawai Perhilitan
  • Pegawai Pengurusan Hidupan Liar
  • Pegawai Sains
  • Usahawan
Ok, jom sama2 melayari lembaran kenangan & kisah2 sy sepanjang bergelar pelajar Biodiversiti!!


Aku, Lab & Kultur Tisu.. 





 Aku, Fieldwork & Terengganu

FIELDWORK AT LATA TEMBAKAH


FIELDWORK AT LATA BELATAN


FIELDWORK AT CHAGAR HUTANG, PULAU REDANG

******Bersambung Part 2******

- Aku, Fieldtrip & Report
- Aku, Mardi & Latihan Industri

 "Bila Keriangan Singgah Di Hati, Segala Kesedihan Berlalu Pergi"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...=)

Setelah hampir 2 minggu lebih menyepi kini saya kembali lagi. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih byk2 kepada rakan2 blogger yg tidak jemu2 dtg singgah serta sudi meninggalkan jejak kalian di sini sepanjang ketiadaan sy. Saya juga ingin memohon maaf kerana tidak sempat utk BW kembali ke blog kalian. InsyaAllah, jika ada kesempatan masa saya akan BW kembali ke tempat kalian! Hehe..

Sepanjang 2 minggu lalu saya tidak sempat meluangkan masa untuk on9 kerana sibuk dengan beberapa perkara penting. Sibuk nak uruskan dua tawaran interview & kebetulan juga sekarang ni baru saja mula kerja di tempat baru. Huhu...sangat seronok berkerja di tempat baru bersama dengan rakan2 sekerja yg sporting & happening belaka!

Sudah lama saya tidak merasa gembira seperti ini, dah lama saya tak merasa keriangan seperti ini... Alhamdulillah kini saya dapat mengecapi kegembiraan seperti ini sekali lagi walaupun hanya secebis cuma. Bertemu dengan rakan2 baru yg hadir bersama sinar kecerian buat saya telah mengusir pergi segala kesedihan & permasalahan yg selama ini saya tanggung... Terima kasih buat teman2 baruku. Kehadiran kalian bisa membuatkan bibir ini kembali mengukir senyuman & menuai tawa. Sesungguhnya hadir kalian membawa bersama sejuta kegembiraan buat diri ini!

Tidak lupa juga jutaan terima kasih buat sahabat2 saya yang tetap setia di samping sy selama ini. Setia berkongsi suka duka & mendengar segala keluh kesahku... Terutama sekali sahabat baik saya Zahlaha yg sentiasa ada untuk sy, yg tidak pernah jemu mendoakan kegembiraan, kebahagiaan & kesejahteraan buat sy.. terima kasih sahabat! Hadir dirimu umpama mutiara yg berkerlipan, sgt ternilai & berharga buat diri ini. 

Oh ya, hampir terlupa pula saya. Bercerita mengenai kegembiraan ni, saya juga ingin berkongsi satu berita gembira bersama anda2 semua. Iaitu saya telah berjaya menjadi pemenang tempat pertama Contest 'Owh, So Wonderful!' yang telah dianjurkan oleh Sophie Al-yahya! 

Tak percaya?? Hehe...cuba klik link di bawah..

http://sophiealyahya.blogspot.com/2011/03/pengumuman-pemenang-contest-owh-so.html

Haa...amacam?? Sekarang dah percaya? Hehe...sebenarnya saya sendiri pun macam tak percaya je boleh menang contest ni. Tapi 2 la, kalau dah rezeki tak ke mana org kata.. Sepatutnya berita ni seminggu yg lalu lagi saya nk kongsikan tapi xberkesempatan pula.. Apa2 pun terima kasih byk2 buat Sophie Al-Yahya kerana telah memilih saya sebagai pemenang contest! Hehe..

Ok lah, saya rasa setakat ini dahulu entry utk kali ini, xdpt nak cerita panjang2 sebab ada urusan yg harus saya selesaikan skrg ni..hehe. Busy je memanjang sekarang ni, nak berblogging pun kena curi2 masa. Tapi jgn risau, saya akan pastikan blog kesayangan saya ni tak menyepi lama2 tanpa sebarang entry...huhu. 
K la, selamat bersua kembali!! =)

Sudah 7 bulan saya menamatkan pengajian saya....meninggalkan zaman belajar & title seorang pelajar.. Namun, dalam hati ni masih menebal dengan keinginan untuk mengulangi lagi detik itu, terasa rindu utk belajar lagi & melalui indahnya hidup bergelar seorang pelajar (Benarlah kata org, saat2 yg paling indah dlm hidup kita ialah semasa zaman belajar). Saya juga rindukan teman2 seperjuangan, rakan sekuliah, rakan sekampus...rindu utk bersama mereka lagi berkongsi suka duka, pahit manis sebagai pelajar. Saya akui, walaupun stress, busy dengan assingment, projek, lab report, exam & aktiviti2 lain sebagai students...tapi, tetap terasa manisnya hidup. Masih ada ruang untuk bergembira, berseronok menikmati hidup sebagai remaja. Menangis, ketawa, gembira, kecewa...semuanya saya dpt rasakan...di situlah saya belajar mengenal erti hidup, kepayahan, tanggungjawab & kematangan. Alangkah indahnya jika sy diberi kesempatan sekali lagi utk merasai semua itu kembali... Tapi, semua itu xmungkin berlaku...kenangan tetap kenangan...yg tinggal hanya utk dikenang..hanya mampu disimpan dalam hati..

Eh, ni mcm dah nak masuk part sentimental dah ni...huhu...dah2...lupakan keinginan saya tuk ulang balik zaman belajar 2... Sekarang ni, jom ikut saya cuci mata tengok gambar2 kenangan sepanjang saya bergelar seorang pelajar. Tiba-tiba hari ni terasa nak jenguk kembali album2 kenangan dulu2 la pulak...hehe... JOM!!

















Ni gambar masa saya tahun tiga di universiti..
Haa, cuba teka yg mna 1 saya? 
Sy yg berdiri di bahagian tengah barisan kedua, sebelah kanan ..pakai baju kurung ungu..
Jumpa sy x? Klu x, pandai2 r cari sndiri..Hehe..





Ni pulak gambar kandid masa sesi bergambar satu course..
(Tahun Tiga Bio-D)

Ni gambar masa saya first year di universiti..
Muka skema je semua masa ni..
Maklumlah budak2 lagi time nih..haha
Korang semua xpelik ke tengok sorang je kumbang dlm gmbr ni?
Haha...sebenarnya ad lebih kurang 13org budak laki 1 course dgn sy,
tapi cuma sorang je yg pi sesi bergambar ni, 2 pun sebab die ketua course.
Kumbang2 lain ntah mana menghilang pun xtau..ssh btl klu nk bergambar ramai2 nih..huhu

Ni pulak gambar masa saya belajar di matrikulasi pahang..
Ni la rakan2 sekelas sy..(5H26)
Cuba tengok, sikit je kan budak2 laki dlm kelas sy..
Maklumlah, kelas budak bio..mmg majoritinya perempuan, laki nye pulak ciput je..

Bergambar kenangan semasa kelas last Matematik cikgu Lily
(Beberapa hari sebelum final exam sem 2 di matrik)

Girls 5h26 matrik pahang...
Sebenarnya time ni kite org tengah ada Amali kat lab..
tapi sempat lagi tu keluar dari lab semata2 nak bergambar...
siap posing ngn cikgu amali kita org lagi tu..haha..
Masa ni semua muka mcm bakal2 doktor je tapi yg betul2 bakal jadi doktor skrg ni hanya beberapa org je (yg pasti xtermasuk sy ler..hehe..)

Gambar kenangan bersama budak2 LDK 16 masa minggu jati diri di matrik..
Akak yang pakai baju biru diapik sang jejaka kiri kanan 2 adalah fasilitator kami, Kak Yani, siswi dari UTHM
Ok, itu sahaja gambar2 yg mampu saya kongsi utk entry kali ini (tak larat nk letak byk gmbr2 lain lagi). Gmbr2 time sekolah semua ada dalam album gmbr, xde simpanan dlm bentuk soft copy, jdi xdpt la nk letak kat sini (elok juga xde, segan pulak nk tunjuk gmbr time sy budak2 dulu..haha).

Untuk pengetahuan semua, saya ni mmg suka bergambar (gila kamera kot) tapi sy suka bergambar ramai2 la..xsuka posing sorang2..hehe. Saya suka kumpul gmbr2 kenangan bersama rakan2 (gmbr ramai2) terutama bila ada apa2 event yg kita org lalui or hadiri...best tau klu tgk balik gmbr2 tu semua...dpt mengimbau kembali kenangan yg terakam disebalik gmbr2 tu semua. Oklah, saya rasa sampai di sini dahulu utk entry kali ini..hehe..jumpa lagi.... =)


P/S: Saya akn kongsikan lebih byk lagi kisah2 serta kenangan saya semasa zaman belajar dulu di entry2 seterusnya nanti....nantikan kisah hidup saya sebagai seorang student BIO-D !! =)

 
 
 
Masinnya air laut tak mampu menyerap ke dalam isi ikan. Tapi bila ikan telah mati, secubit garam pun sudah cukup untuk memasinkannya. Begitulah hati, hati yg hidup sangat sukar dinodai..tapi bila hati telah mati, mudahnya dipengaruhi. Moga Allah sentiasa pelihara hati kita..
 
 
  
“Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” 
(Hadis Riwayat Ibn Majah) 
 
 
 
 
 
 
 
Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Pandangan hati itu yang hakiki,
Kalau HATI itu BERSIH.


" hari-hari yang aku lalui kian tidak keruan...
aku semakin resah....gundah...
aku bagai hilang arah...mana arah aku?? aku sendiri tidak tahu..
hari-hari yang aku lalui terasa lambat berlalu...
perasaan aku bercelaru...fikiran aku kusut..
dan hati aku semakin tidak menentu..
apa yang sedang aku fikirkan?? 
terlalu banyak yang bermain difikiran..
aku cuba buang jauh-jauh setiap benda yang aku sedang fikirkan..
namun..setiap kali aku cuba..setiap kali itulah hati aku memberontak...
perasaan aku bercampur baur..aku dilanda kebingungan...

Siapa sudi mendengar rintihan ini?
Siapa sudi mendengar luahan hati ini?
Siapa yang sudi bersamaku dalam penderitaan ini?

menangis?? puas sudah aku menangis...
namun tidak daya aku menyapu air mata ini...
setiap manik-manik jernih yang keluar ini, mengalir membasahi pipi..
dan hanya akan kering sendiri...

benar kata orang..
' kita tidak perlukan sebab untuk keluarkan air mata..
menangislah..sekiranya air mata dapat menenangkan hati kita..' 
walau tangisan tidak dapat mengungkap seribu perkataan. 
Namun, dengan tangisan dapat menenteramkan seribu perasaan..

dalam suram yang gelita...
aku mencari yang tak tercari..
aku melangkah yang tak terlangkah...
aku melihat yang tak terlihat...
aku membisu seribu bahasa....
hanya yang aku bisik dalam hati...
aku pasrah akan segalanya...

dalam semua keadaan ini aku redha Ya Allah..
kerana aku tahu..semua nya pasti ada hikmah..
aku sebagai hamba Mu yang lemah 
hanya berserah pada takdir yang telah tertulis untuk ku....
andainya telah di tulis aku sebegini..
apa lagi yang dapat aku soal kan..
aku tidak mungkin bisa melawan takdir Mu Ya Allah...
aku sebagai manusia..sebagai khalifah di bumi ini hanya mampu berusaha...
dan sedaya untuk membimbing diri agar terus berada dijalan Mu..."






Tangisan dalam senyumku..
Itulah penguat bagi diriku…
Walaupun ku tahu…
Pada hakikatnya
Wajahku ini memancarkan riak wajah yang sendu.
Namun, tetap ku cuba untuk mengukir senyuman selalu…





 
Biar setinggi mana ombak DUGAAN melanda, biar seganas mana MASALAH menghempas, tanamkanlah sauh KETETAPAN HATI agar kapal tak berganjak haluan..
Biarlah badai dan ombak itu pergi begitu sahaja tanpa mencalarkan walau sedikit pun badan si kapal yg telah tetap haluannya..




Seminggu Blog sepi tanpa entry...

Perasaan bercelaru...

Fikiran kusut...

Hujan di dalam hati...




-->Sedang mencari ketenangan yg telah lama hilang<---

Rindu adalah tali yang tak pernah putus
Merentang di tiang hati, di tiang mimpi
Kadangkala disinggahi burung yang mengelakkan kabus
Pada pagi dingin yang mengaburkan sinar matahari

Rindu adalah tiang yang tak pernah tumbang
Tegak di lorong kehidupan, di sepanjang lebuh usia
Di situ tergantung lampu kenangan dan ingatan
Biarpun hari semakin tua dan kelam sudah bermula

Rindu adalah lorong yang tak pernah tertutup
Dari musim ke musim ia menjadi laluan
Pengembara yang mencari cintanya yang hilang
Di situ rumput telah lama bertukar warna
Bunga dan daun silih berganti segar dan kuncup

Rindu adalah musim yang tak pernah tenteram
Resah datang gelisah berulang mengusik nasib
Hanya zikir dan doa menjadi penawar mereda pedih dan sakit
Dan sesekali puisi menjadi nyanyian yang mengharukan
Dalam senyap air mata perlahan-lahan menitik...






Akhirnya Rindu Itu Hilang
Tatkala Pagi Hari..
Sedangkan Hakikat Rindu
Tetap Bernama Rindu...

Tolong ingatkan si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong ingatkan si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong ingatkan si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong beritahu si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong beritahu si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong beritahu si dia, aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri... 
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

 Hidup ini adalah satu medan ujian. Dunia ini hanyalah sebuah persinggahan dan bukan destinasi. Sebuah perhentian dan bukan pengakhiran. Tanpa ujian, manusia takkan pernah terhantuk dan tengadah, bahkan akan terus lalai dengan dunianya sendiri yang penuh dengan angan-angan, hiasan syaitan. 
Ujian adalah satu bentuk interaksi antara Allah dan kita. Ujian membuatkan kita mendongak ke langit, menadah tangan memohon perhatian Tuhan. Kita selalu lupa, namun Allah tak pernah sekali-kali lalai daripada hamba-Nya.



Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Mimpi yang sering kuharapkan,
Menjadi kenyataan,
Namun tak kesampaian.

Allah,
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan,
Menguji keimanan
Tak dilontarkannya ujian,
Di luar kekuatan
Setiap diri insan
Dan Allah tidak pernah silap 
dalam menentukan takdir 
untuk hamba-hambaNya


-RAHMAT UJIAN-
Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu
 
Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran 
Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa

Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi..

BiCaRa HaTi

YA ALLAH..
Jadikan aku wanita Soleha...
yang baik di antara yg terbaik dan kurniakanlah aku pendamping yg baik..
dalam mendapatkan sesuatu yg terbaik dari Mu...Amin..

SuaRa HaTi

Saya hanya ada satu hati. Sekali saya jatuh cinta, sekali itulah tuk selamanya...& kerana itu saya sentiasa kosongkan hati saya utk insan yg sepatutnya..

Followers

About Me

My photo
-Siti Asmaa -Dea Asmaria (Nama pena) -1988 -insan biasa yg sukakan ssuatu dlm keadaan biasa2 sahaja -Suka membaca & suka mengarang
Powered by Blogger.

ConTest

My KarYa

My KarYa
Cerpen Utk Graduan

Sambungan Cerpen Utk Graduan (Dulu, Kini & Selamanya part 1 & part 2)

Burung Jenjang Kertas

Resume Cinta Maisara

Puisi Untuk Damia

Kekasih Halal

Hanya Di Mercu

Si Baju Putih Di Awan Biru

Blog Walking