Dea Asmaria

Pada awan biru ku melakar kata-kata, pada langit cerah ku panah semua cerita...

 "Bila Keriangan Singgah Di Hati, Segala Kesedihan Berlalu Pergi"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...=)

Setelah hampir 2 minggu lebih menyepi kini saya kembali lagi. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih byk2 kepada rakan2 blogger yg tidak jemu2 dtg singgah serta sudi meninggalkan jejak kalian di sini sepanjang ketiadaan sy. Saya juga ingin memohon maaf kerana tidak sempat utk BW kembali ke blog kalian. InsyaAllah, jika ada kesempatan masa saya akan BW kembali ke tempat kalian! Hehe..

Sepanjang 2 minggu lalu saya tidak sempat meluangkan masa untuk on9 kerana sibuk dengan beberapa perkara penting. Sibuk nak uruskan dua tawaran interview & kebetulan juga sekarang ni baru saja mula kerja di tempat baru. Huhu...sangat seronok berkerja di tempat baru bersama dengan rakan2 sekerja yg sporting & happening belaka!

Sudah lama saya tidak merasa gembira seperti ini, dah lama saya tak merasa keriangan seperti ini... Alhamdulillah kini saya dapat mengecapi kegembiraan seperti ini sekali lagi walaupun hanya secebis cuma. Bertemu dengan rakan2 baru yg hadir bersama sinar kecerian buat saya telah mengusir pergi segala kesedihan & permasalahan yg selama ini saya tanggung... Terima kasih buat teman2 baruku. Kehadiran kalian bisa membuatkan bibir ini kembali mengukir senyuman & menuai tawa. Sesungguhnya hadir kalian membawa bersama sejuta kegembiraan buat diri ini!

Tidak lupa juga jutaan terima kasih buat sahabat2 saya yang tetap setia di samping sy selama ini. Setia berkongsi suka duka & mendengar segala keluh kesahku... Terutama sekali sahabat baik saya Zahlaha yg sentiasa ada untuk sy, yg tidak pernah jemu mendoakan kegembiraan, kebahagiaan & kesejahteraan buat sy.. terima kasih sahabat! Hadir dirimu umpama mutiara yg berkerlipan, sgt ternilai & berharga buat diri ini. 

Oh ya, hampir terlupa pula saya. Bercerita mengenai kegembiraan ni, saya juga ingin berkongsi satu berita gembira bersama anda2 semua. Iaitu saya telah berjaya menjadi pemenang tempat pertama Contest 'Owh, So Wonderful!' yang telah dianjurkan oleh Sophie Al-yahya! 

Tak percaya?? Hehe...cuba klik link di bawah..

http://sophiealyahya.blogspot.com/2011/03/pengumuman-pemenang-contest-owh-so.html

Haa...amacam?? Sekarang dah percaya? Hehe...sebenarnya saya sendiri pun macam tak percaya je boleh menang contest ni. Tapi 2 la, kalau dah rezeki tak ke mana org kata.. Sepatutnya berita ni seminggu yg lalu lagi saya nk kongsikan tapi xberkesempatan pula.. Apa2 pun terima kasih byk2 buat Sophie Al-Yahya kerana telah memilih saya sebagai pemenang contest! Hehe..

Ok lah, saya rasa setakat ini dahulu entry utk kali ini, xdpt nak cerita panjang2 sebab ada urusan yg harus saya selesaikan skrg ni..hehe. Busy je memanjang sekarang ni, nak berblogging pun kena curi2 masa. Tapi jgn risau, saya akan pastikan blog kesayangan saya ni tak menyepi lama2 tanpa sebarang entry...huhu. 
K la, selamat bersua kembali!! =)

2 comments:

salam ...selamat kembali ber blog...
tahniah menang contest...

w'salam... TQ El Mariachi =)

BiCaRa HaTi

YA ALLAH..
Jadikan aku wanita Soleha...
yang baik di antara yg terbaik dan kurniakanlah aku pendamping yg baik..
dalam mendapatkan sesuatu yg terbaik dari Mu...Amin..

SuaRa HaTi

Saya hanya ada satu hati. Sekali saya jatuh cinta, sekali itulah tuk selamanya...& kerana itu saya sentiasa kosongkan hati saya utk insan yg sepatutnya..

Followers

About Me

My photo
-Siti Asmaa -Dea Asmaria (Nama pena) -1988 -insan biasa yg sukakan ssuatu dlm keadaan biasa2 sahaja -Suka membaca & suka mengarang
Powered by Blogger.

ConTest

My KarYa

My KarYa
Cerpen Utk Graduan

Sambungan Cerpen Utk Graduan (Dulu, Kini & Selamanya part 1 & part 2)

Burung Jenjang Kertas

Resume Cinta Maisara

Puisi Untuk Damia

Kekasih Halal

Hanya Di Mercu

Si Baju Putih Di Awan Biru

Blog Walking