Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah.
Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan. Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.
Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa.
Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah SWT sedang menduga. Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan. Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hambanya.
Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini.
Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadangkala membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadangkala kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis oleh-Nya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuan-Nya? Kadangkala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapan-Nya.
"Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...''
"Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu..."
Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?
Subhanallah. Maha suci Allah!
Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayat-Nya.
KENAPA SEMUA INI TERJADI PADAKU?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)
KENAPA TERLALU BERAT UJIAN INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya."
(Al-Baqarah : 286)
TERASA KEHIDUPAN INI SUDAH TIADA MAKNANYA LAGI BAGIKU. MENGAPA?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
(Al Imraan : 139)
"..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
( Surah Yusuf : 87)
BAGAIMANA HARUS KU HADAPI SEMUA INI?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
(Al-Imran ayat 200)
APA YG AKAN KU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.."
(At-Taubah : 111)
KEPADA SIAPA HARUS AKU BERHARAP?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)
BERIMANKAH AKU?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?"
(Al-Ankabut : 2-3)
Biarpun Cuaca Tak Selalu Cerah,
Pelangi Juga Tak Selalu Indah.
Namun Bukanlah Satu Mimpi
Andai Mentari Yang Tenggelam
Merah Lagi Di Esok Hari..
Jangan Pernah Berputus Asa,
Jangan Bersedih Dengan Kesusahan Hari Ini
Kerana Hari Mendatang Pasti
Ada Sinar Harapan Buat Kita.
Biar Hujan Di Dalam Hati
Pasti Ada Pelangi Yang Menanti..
Setiap apa yg berlaku, pasti ada pengertiannya bagi seseorang. Kdg2 utk suatu peristiwa yg sama, pengertiannya berbeza antara seorang dgn seorang yg lain. Ada org yg berkeluh-kesah apabila ditimpa ujian, tetapi ada org tenang dan bersahaja. Org berkeluh-kesah kerana tidak yakin dgn janji Allah, yg tenang dan bersahaja kerana bersangka baik dgn Allah. Cara mereka 'membingkaikan' (framing) dunia ini berbeza. Setiap kesusahan, pasti ada kesenangan. Pada setiap kesukaran, pasti ada kemudahan. Ibarat panas lawannya sejuk, tinggi lawannya rendah, pjg lawannya pendek, besar lawannya kecil. Setiap satu ada yg berlawanan.
Dalam kehidupan kita, ada pkara yg menggembirakan & ada pkara yg mengecewakan. Ada pkara yg sedikit menggembirakan & ada pkara yg sedikit mengecewakan. Jika kita berfikiran positif kpd sesuatu yg sgt mengecewakan, ia blh btukar mjadi sesuatu yg sgt menggembirakan! Erti & makna sesuatu peristiwa yg kita tempuhi amat dipengaruhi olh perpepsi minda kita. Jika kita bfikiran positif maka positiflah ia begitulah sebaliknya.
Apa yg menariknya ialah, apabila kita melihat sesuatu dgn pengertian yg berbeza, maka kita akan membuat keputusan yg berbeza, strategi berbeza & tindakan berbeza. Jadi amatlah penting utk kita bfikiran secara positif mengenai pengalaman atau sesuatu peristiwa, tdk kira di mana, dgn siapa ataupun bila2 masa. Bersangka baiklah dgn Allah dan CARILAH BAHAGIA PADA SETIAP KEJADIAN. Anda boleh memilih sama ada utk MENDERITA atau BAHAGIA!!.
"Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..."
Dalam kita menghadapi ujian, pasti ada jalan keluarnya. Sebagai langkah pertama cuba fahami dan hayatilah pesanan Nabi Muhammad SAW yang berbunyi, "sebaik-baik ibadah ialah sabar menunggu jalan keluar". Ini bermakna tidak ada satu ujian pun yang akan kekal.
Mana mungkin ada malam yang tidak ada siang, pagi tanpa digantikan dengan petang, mana mungkin banjir berpanjangan dan tidak akan terjadi kemarau berpanjangan. Jika ini kenyataan yang terjadi bermakna Allah tidak pernah tidak adil pada makhluknya.
Bagi memperhatikan lagi cinta Allah pada makhluk-Nya dan membuktikan lagi kehebatan Allah Yang Maha Adil maka dibekalkan makhluk-Nya dengan pesanan melalui surah Hud :81 yang berbunyi, "Bukankah Subuh itu sudah tiba." Subuh bermakna betapa pun panjangnya malam pekat pasti akan bertemu dengan waktu tamatnya. Oleh iu betapa pun berat dan panjangnya penderitaan yang ditanggung oleh hamba Allah, Dia telah menjelaskan pasti Allah menemukan saat penyembuhan untuk keluar daripada permasalahan itu. Subuh bermakna cahaya fajar bagi orang yang ditimpa kesedihan itu telah menyerlah. Maka pandai-pandailah merasai sapaan dan sentuhan suria pagi, tunggulah panasnya bebola mentari pagi sebagai tanda bahawa kemenangan telah datang dari Yang Maha Berkuasa.
Oleh itu, laluilah kehidupan dengan keyakinan,dan rasailah sentuhan Allah tidak pernah putus kepada kita hamba-Nya. Ini dipastikan dalam janji Allah bahawa Allah tidak pernah mengantuk, tidak pernah penat, berhenti mengurus langit dan bumi serta seluruh isinya. Anggaplah suatu permasalahan itu sebagai seperti seutas tali. Jika tali itu sudah sangat tegang, maka ia akan segera putus. Ertinya jika persoalan itu sudah kritis atau matang, maka tunggu kerana ia pasti akan berhenti dan ditemukan dengan jalan keluar.
Allah akan pastikan setiap kesedihan dan kegembiraan itu menemui penghujungnya. Ini ditegaskan lagi oleh Allah,
"Dan barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan kemudahan dalam urusannya (QS Ath-Thalaq:4)."
Ini janji Allah yang sangat pasti, maka bangunkan keyakinan dan panjatkan doa dan kesedihan kepada-Nya, pasti kita akan berasa bahawa kesedihan tidak berpanjangan kerana Allah tidak membenarkan keadaan itu terjadi selagi kita hambanya tidak berputus asa dari rahmat Allah. Sebab itu Allah menjanjikan,
"Maka, sesungguhnya bersama dengan kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan." (QS Al: Insyirah:5-6)
Dengan syarat kita yakin sepenuhnya bahawa apa yang kita lakukan kerana Allah dan mahu mendapat reda Allah, bukan kerana manusia.
Kucari Bahagia Abadi..
Di mna? Di sisi Tuhan...
Firman Allah, maksudnya: 'Di tempat yg sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala2nya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendakNya.." (Surah al-Qamar 54:55)
Bagaimana?
Dengan mengutamakan akhirat..
Firman Allah, maksudnya: 'Mereka itulah org2 yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah2 Allah yg membawa kebahagiaan dlm kehidupan) akhirat, maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat) dan mereka pula tdk akan diberikan pertolongan." (Surah al-Baqarah:86)
Dengan sabar dan takwa..
Firman Allah, maksudnya: 'Oleh itu bersabarlah, sesungguhnya kesudahan yg baik (yg membawa kejayaan di dunia & kebahagiaan di akhirat) adalah bagi org2 yg bertaqwa." (Surah Hud:49)
Untuk siapa?
Yang Beriman dan Beramal Soleh..
Firman Allah, maksudnya: 'Orang yg beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yg amat menggembirakan dan tempat kembali yg sebaik-baiknya." (Surah al-Ra'd 13:29)
Di mna? Di sisi Tuhan...
Firman Allah, maksudnya: 'Di tempat yg sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala2nya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendakNya.." (Surah al-Qamar 54:55)
Bagaimana?
Dengan mengutamakan akhirat..
Firman Allah, maksudnya: 'Mereka itulah org2 yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah2 Allah yg membawa kebahagiaan dlm kehidupan) akhirat, maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat) dan mereka pula tdk akan diberikan pertolongan." (Surah al-Baqarah:86)
Dengan sabar dan takwa..
Firman Allah, maksudnya: 'Oleh itu bersabarlah, sesungguhnya kesudahan yg baik (yg membawa kejayaan di dunia & kebahagiaan di akhirat) adalah bagi org2 yg bertaqwa." (Surah Hud:49)
Untuk siapa?
Yang Beriman dan Beramal Soleh..
Firman Allah, maksudnya: 'Orang yg beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yg amat menggembirakan dan tempat kembali yg sebaik-baiknya." (Surah al-Ra'd 13:29)
Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.
1 comments:
iluvislam
Post a Comment