Dea Asmaria

Pada awan biru ku melakar kata-kata, pada langit cerah ku panah semua cerita...

Kehadapan Hawa....
Maafkan aku jika coretan ini bisa mengguris hatimu. Meskipun kutahu, jiwamu selembut sutera dan bisa hancur lantaran kata-kata yang bakal ku ungkap ini, mengertilah duhai Hawa, kerana kaulah pengubat kesunyian waktu aku di syurga dulu, lantas kerana bimbang hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya, kugagahi jua diri ini.... 

Hawa....
Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan kaummu melebihi bilanganku di akhir zaman ini. Itulah kebesaran dan penelitian Allah swt dlm urusan-Nya. Bayangkanlah Hawa...sekiranya kaumku melebihi kaummu, yang pasti dunia ini kan berkecai kerana huru-hara dan diselimuti warna-warna suram lantaran kekejaman dan penindasan....

Hawa....
Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda disaat ini. Tapi permintaanku, duhai Hawa...cubalah ! Renungkan jua yang sebenarnya dirimu kini sudah berubah...Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu kini, kian berubah. Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu adalah umpama sekuntum bunga yang indah di pandangan mata namun bukan perhiasan semata-mata. Duri-duri yang melingkarimu itulah hijab yang digariskan oleh Allah swt sebagai pelindung yang diertikan sebagai aurat seorang yang bergelar wanita. Mengapa Hawa? Mengapa harus kau biarkan ia terdedah kepada kami, kaum ajnabimu?

Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu umpama bahan yang dapat diperkotak-katikkan. Dimana-mana saja, bisaku lihat dirimu menghayunkan langkah, bukan sebaik dulu lagi. Langkahmu kian pantas. Apa sebenarnya yang engkau kejari?. Aku sendiri tak pasti! Terkadang, ku tak dapat membezakan antara dirimu dan teman-teman yang lain, bersama hayunan langkah itu, suaramu kian meninggi, diiringi gelak tawa yang cukup memedihkan mata dan hatiku ini. Sedarkah kau Hawa.....? Haruskah aku terima hakikat yang kau kini sudah berubah? Semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah kutelunjuki buatmu dahulu!

Hawa.... 
Mengapa mesti dirimu kini jadi tontonan ramai? Perlukah kau hiasi dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan yang seharusnya menutupi auratmu, kau miliki dari ciri-ciri yang ditegah dalam Islam? Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan yang mana sesederhana yang mungkin! Cukup untukku merasakan kehadiranmu disaat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasan diri yang kau punyai. Fahamilah Hawa, usahlah menurut kerakusan nafsu menjelajahi sebutir peluru yang bisa hinggap di mana saja meninggalkan fitnah buat kaumku ini....

Hawa.... 
Betapa sakit dan pedihnya disaat kulihat auratmu menjala, di sekeliling pandangan. Aku tidak mahu Hawa.. Suatu hari nanti, di negeri yang abadi itu, memperlihatkan seksaan terhadapmu yang ku kira paling dahsyat, apa tidaknya. Seurat rambutmu yang keluar, ular menanti dimana-mana, sejengkal tanganmu kelihatan ...aduh!! Banyaknya seksaan menantimu!...
Mengapa begitu Hawa? Tidakkah kau ingat apa yang perlu kau jaga adalah maruahmu! Maruah seorang wanita yang tersandar di bahumu kelemahan dan kekurangan!! Jadi bagaimana seandainya kelakuan dan auratmu terpamer di mana-mana saja?

Hawa...
Tidakkah kau malu dengan pembohongan yang kau sembunyikan dalam dirimu sendiri? Di sini auratmu kau selindungi disebalik pemakaianmu, atas dasar peraturan dan persekitaran kalian. Tetapi jauh nun diluar sana, tersentak diriku tatkala dirimu telah jauh berbeza! Tudung ke mana, jilbab ke mana? Apatah lagi tingkah lakumu..! Dimana kau letakkan martabat seorang yang bergelar muslimah? Aku diselubungi rasa malu atas penghinaan ini!

Hawa.... 
Tutupilah auratmu, jagalah dirimu, bertuturlah dengan suara yang lembut mampu kau kawal lantaran jika terlanjur, semuanya bisa membawa dosa padamu.
Jangan kau memperlihatkan apa yang tersembunyi pada dirimu..tapi ingatlah, cukuplah sekadar tapak tangan dan wajahmu yang dizahirkan, namun bukan kakimu, rambutmu dan jua tubuhmu.....
 
Firman Allah swt:
    “Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman, hendaklah mereka menahan dari pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya...”

Hawa.... 
Mungkin ku harus menghentikan bicara pertama ini di sini dulu...
Andai diizinkan Allah swt, kita bersua lagi dilain lembaran dan yang pasti aku tetap terus membimbingmu. Harapanku agar muncullah walaupun hanya secebis kesedaran dihatimu dan akan mendoakan moga Allah swt membuka hati kalian untuk mencetuskan perubahan....
Akhir kata , ketahuilah.............
    
“DUNIA INI MERUPAKAN PERHIASAN  
DAN
SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH”

IKHLAS DARIPADA,
-ADAM-  


Wahai Hawa,
Adam tidak tahu bagaimana untuk memulakan coretan ini. Coretan ini sebenarnya khas untuk semua kaum Hawa yang berada di muka bumi yang sementara. 

Duhai Hawa, 
sedarlah bahawa telah dinyatakan di lauh mahfuz bahawasanya engkau kaum Hawa telah di jadikan daripada tulang rusuk kiri Adam. Sedarlah dalam dirimu itu bahawa engkau harus sedar akan kewajipan mu agar tidak jatuh ke jalan seberang. Ini lah yang patut ada dalam dirimu itu wahai Hawa. Adam kelu...terkelu dan mengalirkan air mata apabila melihat sesetengah kaum Hawa yang sudah terjatuh ke seberang jalan. Adam tertanya-tanya, di manakah kesedaran dalam dirimu itu? DI manakah Hawa yang telah diciptakan untuk Adam? Di manakah Hawa yang dicari-cari Adam itu.

Hawa,
Adam bersyukur kerana ada dikalangan kaum Hawa sedang berusaha merangkak-rangkak mencuba untuk kembali pulang ke pangkal jalan. Namun, malangnya ada antara mereka rebah kembali. Kenapa? Kerana segelintir daripada kaum hawa itu tidak mempunyai kesedaran dan keimanan yang teguh? Kenapa wahai Hawa? Jawablah persoalan Adam ini wahai Hawa...

Astaghfirullah,
Maafkan Adam wahai Hawa....
Adam tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan Adam. Tetapi, Adam cuma ingin memberitahu realiti yang berada di hadapan mata ini. Kenapa Hawa biarkan kami, kaum Adam seringkali dijadikan permainan? Hawa suka melihat apabila Kaum Adam ini menitis air mata kerana kaum Hawa? Hawa hanya menutup mata dan berlalu pergi sahaja..

Hawa, 
Hawa selalu cakap, Adam ni suka sangat menindas kaum hawa! Apabila kami menegur Hawa tentang kesilapan Hawa lakukan, Hawa suka dan mengatakan kami tidak sedarkan diri. Hawa ego menerima teguran. Tapi Hawa, tanpa Adam, Hawa tak mampu melahirkan cahaya mata. Hinggakan kami yang sering keresahan apabila melihat Hawa hendak bersalin, kami turut rasa kesakitan tersebut. Apakah Yang bermain difikiran Hawa? Luahkanlah Hawa. Jangan dibiarkan tersimpan.

Hawa, 
Jika Adam mempunyai seorang isteri, taatlah kepadanya. Pimpinlah kami Hawa, kami memerlukan seseorang. Rasullullah pernah cakap, "Seandainya diperbolehkan untuk manusia bersujud kepada manusia lain, tentunya aku perintahkan seorang isteri untuk sujud kepada suaminya". Lihatlah Hawa. Kedudukan seorang suami itu amat mulia. Taatlah dia dan pimpinlah dia sentiasa kejalan lurus.

Hawa, 
Adam itu imam dan Hawa itu makmum. Bagus Hawa kerana Adam. Buruk Hawa kerana Adam. Hawa, Hawa lupa kah? Bukan kan Allah memberi anugerah kepada Hawa. Adam punya 9 akal 1 nafsu. Tetapi kaum Hawa, punya 9 nafsu 1 akal! Sekiranya Hawa pandai mengawal nafsu, maka akan tinggilah martabat engkau wahai Hawa. Hawa tidak percaya? Pergilah keluar. Lihatlah sendiri. Hatta makcik-makcik sekalipun berpakaian begitu. Siapa lagi yang boleh mencegah semua ini Hawa?! Siapa?! Hinggakan kami sesetengah kaum Adam sendiri pun sudah penat menasihati kaum Hawa. Adam sebagai manusia, Adam sangat menyayangi Hawa. Tak mengapalah, Hawa. Andai surat ini masih belum mampu menyedarkan Hawa, Hawa tunggulah. Tunggulah sehingga Hawa melihat anak-anak gadis Hawa sendiri rosak dan hanyut dalam maksiat. Wallahu'alam.

IKHLAS DARIPADA,
-ADAM-  

           
*Sumber: I LUV ISLAM.COM

1 comments:

cinta adam & hawa..=)

BiCaRa HaTi

YA ALLAH..
Jadikan aku wanita Soleha...
yang baik di antara yg terbaik dan kurniakanlah aku pendamping yg baik..
dalam mendapatkan sesuatu yg terbaik dari Mu...Amin..

SuaRa HaTi

Saya hanya ada satu hati. Sekali saya jatuh cinta, sekali itulah tuk selamanya...& kerana itu saya sentiasa kosongkan hati saya utk insan yg sepatutnya..

Followers

About Me

My photo
-Siti Asmaa -Dea Asmaria (Nama pena) -1988 -insan biasa yg sukakan ssuatu dlm keadaan biasa2 sahaja -Suka membaca & suka mengarang
Powered by Blogger.

ConTest

My KarYa

My KarYa
Cerpen Utk Graduan

Sambungan Cerpen Utk Graduan (Dulu, Kini & Selamanya part 1 & part 2)

Burung Jenjang Kertas

Resume Cinta Maisara

Puisi Untuk Damia

Kekasih Halal

Hanya Di Mercu

Si Baju Putih Di Awan Biru

Blog Walking