Dea Asmaria

Pada awan biru ku melakar kata-kata, pada langit cerah ku panah semua cerita...

Awan Biru Seakan Tidak Mau Berpisah
Angin Pun Bertiup Ungkapkan Sebuah Hasrat
Burung pun Ingin  Terbang Bersama Awan
Ombak Tak Mau Terpisah Oleh Pantai

Semua Ingin Menatap Hari Esok
Untuk Menyambut Senyum Yang Baru
Tahun Yang Lalu Adalah Guruku
Tahun Yang Mendatang Adalah Asaku..
SELAMAT DATANG TAHUN BARU!!

Tahun baru?? Hidup baru..permulaan baru..harapan baru..azam baru..semangat baru..semua baru2 belaka. Cuma satu je yg lama....lama dah rsa sy tak (merepek + mengarut + membebel + jwg2 = entah apa2) kat blog nikan? Hahaha... 
Ok skrg ni jom kita sama2 menyusuri lembaran2 kenangan yg tlh tercoret spjg tahun 2010.. Sesungguhnya spjg tahun 2010, byk kngn2 manis yg telah tcatat dlm kamus hdup sy...pengalaman2 yg begitu mematangkan diri ini.. Yg tak mungkin akn terpadam & terluput di telan waktu..akn sy semat kukuh disanubari sebagai pedoman, iktibar, bekalan & inspirasi utk meniti liku2 kehidupan yg mendatang. Walaupun begitu, 2010 jg turut terselit kngn duka & pahit dicelah2 keriangan & kegembiraan yg sy lalui. Sudah lumrah kehidupan, ada pasang surut, asam garam & pahit manis. Namun, sy menerimanya dgn hati yg terbuka & tabah mghadapinya dgn hati yg cekal. Apa yg nyata, hidup ini hanya sekali..wlu pahit wlu pedih kita harus laluinya..krna manis tak selalunya berpanjangan. Pendek kata, kenangan pahit itu ibarat garam. Kalau ia hadir dlm kuantiti yg byk mungkin masin, tapi klu kurang tentu tawar hambar. Oleh itu tambahkan garam secukup rasa...barulah kita dpt nikmati hidup ini dgn sebaiknya..

CORETAN TERINDAH SEPANJANG 2010...
Makan Roti Canai Bersama Budak2 Rumah Moknek Setiap Pagi Jumaat - 8 JAN 2010

Mengikuti Kursus Perkahwinan & Kekeluargaan Islam Yg Diadakan Di Auditorium Mahyuddin (FPE), UMT Bersama Rakan2 (Jaja, C-ma, Zaza, Ag, Ema, Ijah & Rerey) - 15 & 16 JAN 2010

Sesi Shooting Video Bagi Subjek English for Occupational Purposes (EOP) yg Bertajuk "Screening Interview" -2 FEB 2010

Fieldwork at Chagar Hutang, Pulau Redang Untuk subjek Marine Biodiversity & Conservation -27 FEB 2010

Aktiviti2 Santai Bersama Ahli2 Kumpulan Orca Semasa Fieldwork di Chagar Hutang

Majlis Makan Malam Tahunan Jabatan Sains Biologi (Biologi & Bio-D) di Ri-Yaz Heritage Resort & Spa Terengganu yg Bertemakan "Night Of Golden Memories" -12 MAC 2010

Membantu Kak Jan Menyiapkan Hidangan Tuk Majlis Doa Selamat (Menu Utama: Laksa Penang -Resipi Kak Jan & Bihun Goreng - Resipi Jaja) - 29 MAC 2011

Majlis Doa Selamat & Makan2 Di Rumah Sewa Moknek (No.1) Anjuran Kak Jan (Senior Bio-D) - 29 MAC 2010

Kenangan Semasa BBQ & Riadah di Air Terjun Sekayu Sempena Majlis Perpisahan Budak2 Rumah Moknek - 10 APRIL 2010

Berjaya Menyiapkan Final Year Research Project (Thesis) entitled Nutrients Content in Foliar Of Drosera burmanni and BRIS Soil of Setiu Terengganu (My supervisor: Dr. Jamilah) - 23 May 2010
Berjaya Menyiapkan Dua Buah Cerpen Sempena Majlis Konvokesyen Umt Ke-8 - 17 JULAI 2010
Cerpen Untuk Graduan : Berkisarkan tentang kehidupan & hari2 sy bersama rakan2 sebelum majlis konvokesyen ke-8 UMT.

Cerpen Dulu, Kini & Selamanya : Berkisarkan tentang kehidupan & hari2 sy serta rakan2 5 tahun selepas majlis konvokesyen ke-8 UMT. 

Cerpen2 tersebut sgt bermakna buat sy kerana ianya menyimpan & mengabadikan segala memori suka duka sy bersama rakan2 seperjuangan selama 3 Tahun di UMT. Cerpen2 tersebut juga mencoretkan segala impian & cita2 kami.
* P/S: Sesiapa yg ingin membaca cerpen2 tersebut silalah jenguk notes di FB sy....=)

Riadah Petang Di Pantai UMT Bersama Geng2 Orca & Bdk2 Rumah Moknek (Seminggu Di Homestay Pok Koha Utk Menghadiri Majlis Konvokesyen Ke-8 Umt - 23 JULAI 2010

Kenangan Bersama Coursemate (Akmal, Sam, Acab, Ikin, Yaya, Jaja, Huda & Rerey) Pada Malam Pesta Konvo - 23 JULAI 2010

Kenangan Bersama Teman2 Rapat (Bdk2 Moknek House & Geng Orca) di Pesta Konvo - 24 JULAI 2010

Berjaya Melengkapkan Pengajian Selama 3 Tahun & Dikurniakan Ijazah Sarjana Muda Applied Science (Biodiversity Conservation & Management) Dlm Majlis Konvokesyen ke-8 Umt 25 JULAI 2010

Bergetar Jiwa di Persada Bercahaya
Pertemuan Harapan Pertama Kalinya
Bergetar Jiwa Menghadapi Mimpi-mimpi
Sukar Dipercaya Pintunya Terbuka

Di sini Jua Memori Tercipta
Walau Seketika Terjalin Kisah Kita
Mungkin Di sini Kita Kan Terpisah
Kenangan Bersama Tiada Ku Lupa

Yang Terpahit Jua Termanis
Semua Bagiku Terindah
Kuingati Buat Selama-lamanya
-MEMORI TERCIPTA-


Entah Manis Yang Memerah Air Mata
Atau Pahit Yang Mengenyangkan
Berlalulah Semusim Pengalaman!!

Kenangan Hanya Tinggal Kenangan...
Yang Pergi Mengukir Seribu Memori...
Yang Datang Memahat Sejuta Harapan..
Selamat Tinggal 2010!!

2 comments:

cik siti....sedih tgk sume kenangan nie...juju windu sume...geng2 mok nik house...uwaaaaaa...sedihnye...

huhu..sape xsdih ble mgingatkn kmbali kngn bsama..tp 2la..wlu apapun kngn bsama 2 tetap akn tsemat di sanubari wlpn kte tlh tpisah..insyaAllah ad rzki kte dpt jmpe lg juju.. hehe..

BiCaRa HaTi

YA ALLAH..
Jadikan aku wanita Soleha...
yang baik di antara yg terbaik dan kurniakanlah aku pendamping yg baik..
dalam mendapatkan sesuatu yg terbaik dari Mu...Amin..

SuaRa HaTi

Saya hanya ada satu hati. Sekali saya jatuh cinta, sekali itulah tuk selamanya...& kerana itu saya sentiasa kosongkan hati saya utk insan yg sepatutnya..

Followers

About Me

My photo
-Siti Asmaa -Dea Asmaria (Nama pena) -1988 -insan biasa yg sukakan ssuatu dlm keadaan biasa2 sahaja -Suka membaca & suka mengarang
Powered by Blogger.

ConTest

My KarYa

My KarYa
Cerpen Utk Graduan

Sambungan Cerpen Utk Graduan (Dulu, Kini & Selamanya part 1 & part 2)

Burung Jenjang Kertas

Resume Cinta Maisara

Puisi Untuk Damia

Kekasih Halal

Hanya Di Mercu

Si Baju Putih Di Awan Biru

Blog Walking