Dea Asmaria

Pada awan biru ku melakar kata-kata, pada langit cerah ku panah semua cerita...

CERPEN DULU,KINI & SELAMANYA
(Sambungan Cerpen Untuk Graduan)
Sebuah Karya Dea Asmaria -28/08/2010
 
-PART 1-

-DULU-
Dulu…
Perkenalan dihulurkan
Indahnya saat itu
Kita berada di medan perjuangan
Berjuang mencari ilmu
Umpama di lautan bergelora
Bahtera dilayarkan
Bersama nakhoda  berwibawa
Kita bersama diamanatkan
Di bawah satu bumbung...persahabatan
Bersama menempuh...pahit getir
Asam garam kehidupan sebagai pelajar
Betapa payahnya perjalanan itu
Kita berusaha menghadapi arusnya
Yang mungkin menjanjikan
Destinasi yang diimpikan
Namun...begitu cepat masa berlalu
Kita telah sampai di garisan terakhir
Pertemuan yang dulunya seketika cuma....

Keluar sahaja dari dewan bersejarah itu, aku dikerumuni oleh sanak saudara dan kaum keluarga yang turut hadir bagi meraikan kejayaanku. Kami sekeluarga bergambar kenangan seperti mana yang dilakukan oleh semua graduan lain. Kemudian, aku meninggalkan keluargaku seketika untuk mencari sahabat-sahabatku yang lain. Kami berjanji untuk berkumpul di depan dewan untuk sama-sama bergambar kenangan. Setelah semuanya berkumpul, aku, Jue, Ja, Simaa, Huda, Yaya, Ikin dan Rerey bergambar bersama. Kami ingin mengabadikan gambar konvo kami berlapan sebagai suatu kenangan manis yang indah untuk dikenang. Sewaktu kami sedang asyik bergambar, beberapa orang rakan sekuliah kami iaitu Khairina, Siti Fatimah dan Pca datang untuk turut sama bergambar. Masing-masing membawa jambangan bunga yang sarat di tangan. Khabar angin mengatakan Cik Khai mendapat jambangan bunga itu daripada ’Secret Admire’nya. Yang lebih gempak lagi bukan satu jambangan bunga tapi dua! Hahaha..setakat ini kesahihan khabar angin itu masih menjadi tanda tanya. Kedatangan Jenny dan kawan-kawannya serta geng-geng Pok Ya The Landlord menggamatkan lagi suasana ketika itu. Suasana bertambah meriah lagi apabila semua pelajar Chinese satu kuliah denganku juga ikut serta dalam acara bergambar tersebut. Kami bergambar dengan penuh kegembiraan. Mengabadikan detik-detik bersejarah itu sebagai satu kenangan yang sungguh bermakna. Kemudian, kami tidak melepaskan peluang untuk sama-sama melakukan acara melontar mortar board masing-masing secara beramai-ramai. Sesungguhnya saat itu tidak akan pernah aku lupakan. Salah satu sejarah manis sepanjang aku bergelar pelajar.


-KINI-
Kini...
Semusim telah berlalu
Yang tinggal hanyalah kenangan
Mesranya kita tetap terpahat di hati
Hati kecil kita...
Walaupun kita telah terpisah kini
Namun, perjuangan tetap kita teruskan
Menempuh lautan bergelora
Menghadapi liku-liku kehidupan
Menuju bahagia yang diimpikan....

-5 tahun selepas konvokesyen-

Hari berganti hari, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun. Sedar tak sedar sudah 5 tahun masa berlalu. Terasa macam baru kelmarin je aku habis berlajar. Memang masa berlalu begitu cepat sekali. Dan kini, semuanya berbeza. Pelbagai perubahan telah berlaku. Cuma satu yang masih kekal dan utuh iaitu kenangan dan persahabatanku bersama-sama teman seperjuangan dulu. Walaupun kini kami telah berjauhan tetapi persahabatan yang kami bina bertahun-tahun tetap kukuh dan berpanjangan. Masing-masing sudah berjaya dan mempunyai kehidupan sendiri. Punyai kerjaya yang bagus, punyai kehidupan yang bahagia.
Jangan lupa datang tau nanti. Bukan selalu aku nak naik pelamin nie. Sekali je seumur hidup.” Kata-kata yang pernah diucapkan oleh Rerey 3 tahun yang lalu. Aku hanya mampu tersenyum setiap kali teringatkan kata-kata Rerey itu. Akhirnya kahwin jugak Rerey setelah lama bercinta dengan kekasih hatinya. Sekarang perkahwinannya sudah masuk tahun ketiga, dan Rerey kini sudah hidup bahagia di samping suami dan anaknya yang baru berusia 2 tahun. Hmm, Ja juga turut mengikut jejak langkah Rerey. Setelah dua tahun menamatkan pengajian Ja mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya dan selamat ke jinjang pelamin setahun selepas itu. Kini, Ja sedang sibuk dengan kerjayanya, sibuk menguruskan projek ikan kelahnya. Maklumlah, sekarang Ja menjawat jawatan Pegawai Perikanan di Jabatan Perikanan Terengganu. Tak sangka akhirnya cita-cita Ja tercapai juga. Aku masih ingat sewaktu masih belajar dulu, perkataan ikan kelah dan bidang perikanan memang tidak lekang dari bibirnya. Sememangnya Ja sangat berminat hendak menceburi bidang perikanan setelah tamat belajar. Dan Alhamdulillah kini semuanya menjadi nyata berkat usahanya. Bila di sebut tentang Ja memang tidak boleh lari daripada menyebut tentang Ju. Ju juga sama seperti Rerey dan Ja, sudah berumah tangga dan mempunyai keluarga bahagia. Ju kini sedang berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di Institusi Pendidikan MARA. Impian Ju untuk menjadi seorang pendidik seperti dua orang kakaknya akhirnya terlaksana jua. Walaupun sekarang kesihatannya seringkali terganggu akibat alahan kerana berbadan dua. Namun, semangat wajanya untuk terus mendidik anak bangsa tidak pernah luntur. Aku gembira melihat Ju bahagia di samping insan yang benar-benar tulus mencintainya. Sememangnya itulah yang aku harapkan, Ju menemui insan yang benar-benar boleh membahagiakan hidupnya. Yang bisa merawat sekeping hati Ju yang begitu suci cintanya. Cerita tentang Huda pula, setelah menamatkan pengajian Masternya, Huda berkhidmat sebagai Pegawai Sains di IMB, UMT dan turut membantu dalam projek yang dijalankan oleh Dr. Joe. Memang dari zaman degree, master dan sampailah bekerja Huda memang sinonim dengan projek sel kansernya. Sibuk memanjang dengan projek kajiannya tu. Memang tak pernah habis. Kaji dan terus mengkaji...Hahaha. Sampaikan rancangan perkahwinannya seringkali tertunda. Huda beruntung kerana mempunyai seorang tunang yang begitu memahami kerjayanya. Dari dulu sampai sekarang tak pernah jemu menanti dan tetap setia di samping Huda. Harap-harap hujung tahun ni jadilah Huda naik pelamin. Kerana mengikut rancangannya Huda bakal melangsungkan majlis perkahwinannya hujung tahun ini. Nak dijadikan cerita, si Khairina pun bakal melangsungkan perkahwinannya hujung tahun ini jugak. Dua hari selepas majlis Huda pulak tu. Ish, memang kalut la kami semua nak berulang dari Kelantan ke Kedah dalam masa 2 hari nanti. Tak sangka pulak Huda dan Khairina punya majlis ni tarikhnya dekat-dekat, dahlah dulu sama-sama buat FYP pasal sel kanser, sambung master pun sama-sama. Nak kahwin pun sama-sama jugak? Entah-entah nak bersalin nanti pun hari yang sama, hospital yang sama! Hahaha..kecoh-kecoh.
Hmm, cerita tentang teman-temanku yang lain? Setakat yang aku tahu, setelah tamat pengajian di UMT dulu ramai yang sambung belajar di peringkat Master. Antaranya, Victoria, Fong, Low, Tan Tiong Kai, Akmal, Shimah, Diya, Atiqah Abdul Rahman dan Shamin. Yang lain-lain seperti Ada Bahar, Zatil, Pca Ali, Siti Fatimah, Ummu Hafizah, Atiqah Yusuf, Fatin Azhana, Along dan geng-geng Pok Ya The Landlord agaknya masing-masing dah kerja. Dah lima tahun berlalu. Mungkin sekarang masing-masing dah ada kerjaya yang bagus-bagus dan mungkin juga ada yang sudah membina sebuah keluarga bahagia. Entahlah, aku pun tak berapa pasti tentang mereka semua. Dah lama tak jumpa. Aku mengeluh. Tanpaku sedari dalam masa lima tahun ni seorang demi seorang teman-temanku telah melangkah menuju ke alam rumahtangga. Antaranya, teman-teman rapatku Liza, Ag, Asmaa, Shikin, Wan, Kak Mie, Syuhada dan Aira. Semuanya dah berumah tangga. Yang dah bertunang pun ada, antaranya Zah, Amalina, Linda, Na, Bella, Azie, Enny, Zakwan, Daus dan Luqman. Hmm, dan semestinya korang semua nak tahu apa yang terjadi pulak kepada Simaa, Yaya, Ikin dan juga Aku kan? Kami? Kami sememangnya dari dulu sampai sekarang maintain single...Hahaha. Walaupun kami ni lapan sekawan tapi bila masuk bab-bab cinta ni, memang empat ke kanan dan empat ke kiri. Memang target kami berempat yang masih single ni kalau nak kahwin pun dalam usia 27 tahun. 27 Tahun?? Maksudnya, tahun ni la kan? Tapi macam mana nak kahwin? Calon pun kita orang tak ada. Ya ke? Hehehe.. Hmm, nak buat macam mana, dalam tempoh lima tahun ni kami terlalu komited terhadap kerjaya...sampaikan terlupa hal-hal lain. Tambah-tambah kalau dah pahatkan dalam hati ‘aku nak kahwin dalam usia 27 tahun!’. Tapi itu semua hanya perancangan kami, jodoh pertemuan Allah sahaja yang menentukan. Kalau dah sampai masa, kahwin juga la kami...hehehe.
Setiap kali mengingatkan perbualan kami berlapan mengenai isu kahwin masa belajar dulu, pasti mengundang tawaku. Yela, dulu kami pernah membahaskan isu siapa yang bakal kahwin awal dan siapa yang bakal kahwin lewat. Dan nampaknya memang tepatlah jangkaan kami siapa yang dalam senarai kahwin awal tu sememangnya sekarang sudahpun ke gerbang perkahwinan dan siapa yang dalam senarai kahwin lambat tu sememangnya sampai sekarang tak kahwin-kahwin..hahaha. Kalau nak tahu, yang dalam senarai kahwin lambat tu tak lain dan tak bukan adalah Simaa, Yaya, Ikin dan Aku ler..hehehe. Hmm..kami pun teringin juga merasa hidup bahagia macam korang-korang semua. Entah macam manalah ceritera kisah cinta+hidup=bahagia kami berempat yang masih...ehemm...single ni ya? Nak juga tahu...hehehe.. Lets check it out!

Sesungguhnya di sebalik apa yang terjadi terselit hikmah yang tersembunyi.
Manusia hanya mampu merancang sedangkan segala apa yang terjadi di muka bumi ini telah tertulis sejak azali lagi.
Sekuat mana kita cuba dan tinggi mana kita menaruh harapan, segalanya tidak mampu menandingi kekuasaan Allah S.W.T...”

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *  
Spontan simaa mengalih pandangan apabila mendengar handphonenya berbunyi. Terkejut seketika! Sebaik sahaja melihat nama pemanggil di skrin, Simaa tersenyum kecil. My BFF!!
Hello. Assalamulaikum...hah, apa hal kau call nih?” Soal Simaa serius. Sengaja!
Waalaikummussalam. Aik, garangnya! Nape? Tak boleh ke nak call? Saja je aku call ni. Tiba-tiba aku rasa kau macam sebut-sebut nama aku. So, aku call la. Tengah buat apa tu? Tunggu panggilan aku ya?” Tanya lelaki itu selamba. Simaa menghamburkan gelak.
Takkan la aku nak ingat kat kau. Buang masa jer. Hmm..tengah tension ni. Tengah serabut dengan paperwork. Nasib baik jugak kau call. Rindu aku eh?
Hmm..takkan la aku nak rindu kat kau..”
Oii, balas balik nampak!” Simaa menghamburkan ketawa. Lelaki itu juga turut ketawa.
Dah lama aku tak jumpa kau. Bilakah agaknya kita boleh jumpa?” Soal lelaki itu sekali lagi.
Huh..kenapa tiba-tiba nak jumpa aku? Tengoklah..kalau ada orang nak belanja aku makan ke..boleh la kalau nak jumpa..hahaha...” Simaa sengaja mengusik.
Boleh jer..KFC nak? Aku pun lapar jugak sekarang nih. Jom!
Hisyy..giler la kau ni. Takkan sekarang kot...” Simaa gelak lagi. Tahu yang kawannya itu memang suka mengarut.
Why not? Aku datang ambik kau sekarang ok? ” Simaa terdiam sebentar mendengar nada suara kawannya yang seakan serius.
Gila! Dah, jangan nak mengada-ngada.”
Hahaha...kau ni Simaa, acah jelah. Aku pun tak gila nak ajak kau keluar malam-malam macam ni.”
Kau tu memang...suka buat gimik ni. ” Simaa kembali tergelak sebaik saja mendengar kata-kata lelaki itu.
“ Errr...Kau masih tunggu prince charming tu? Prince charming yang mukanya ala-ala Won Bin tu? ” Tiba-tiba lelaki itu bertanya. Simaa terdiam sebentar. Prince charming? Won Bin?? Owh! Simaa menghamburkan gelak. Tak sangka kawannya itu masih ingat apa yang pernah  dikatakannya dulu. Walaupun sekadar gurauan, Simaa benar-benar berharap ada lelaki seperti itu di dunia ini.
Ya! Still waiting for him. A guy yang boleh belanja aku makan KFC hari-hari sepanjang hidup aku, yang boleh belanja aku makan coklat....Hahaha. Tengoklah nanti ada tak yang sanggup buat macam tu tanpa merungut..” Maksud Simaa bukan sekadar itu sebenarnya. Dia berharap ada lelaki yang betul-betul memahaminya, memahami kesukaan dan boleh melayan karenahnya...
I will..” Jawab lelaki itu spontan.
Hah..apa dia?” Simaa mengerutkan kening, tidak jelas dengan apa yang dikatakan oleh kawannya.
Tak ada ape-ape la..” Jawab lelaki itu ringkas.
Kau ni memang. Suka cakap tak habis!
Hmm..sabtu ni aku nak ajak kau datang rumah aku. Kau free tak?”
Sabtu ni? Kenapa?? Ada apa kat rumah kau? Tiba-tiba je, tak pernah pun sebelum ni ajak aku pergi rumah kau. ”
Saja. Nak bawak kau jumpa mak aku. Tak boleh? Bukan senang nak jumpa bakal mak mertua nih...hehe.” Selamba lelaki itu berkata.
Hah! Giler..tak nak la aku. Kau ni dah buang tabiat ke?” Merah padam muka Simaa mendengar kata-kata kawannya. Tiba-tiba jantungnya terasa berdegup kencang. Spontan lelaki itu tergelak.
Tau takut! Don’t worry... Sebenarnya ada kenduri kesyukuran sikit kat rumah aku. Since aku pun tak pernah kenalkan “my best friend” ni pada parents aku, so apa salahnya aku bawak kau kan?
Ala..aku segan la weii. Mana pernah aku pergi rumah kau.” Seriously, memang Simaa segan untuk pergi ke rumah kawannya itu.
Mengada! Tak kira, hujung minggu ni aku ambik kau kat rumah. Muktamad!
Tapi...”
”Oklah, aku dah ngantuk ni. Kita borak lain kali jelah ya. Jangan rindu aku sangat tau..haha.  Bye! ”Lelaki itu terus meletakkan telefon dengan senyuman terukir di bibir tanpa sempat Simaa menghabiskan kata-katanya. Di hujung talian, Simaa terdiam seketika sambil merenung telefonnya. Ala dia ni..memang suka paksa aku. Asyik ikut cakap dia jer! Bebel Simaa di dalam hati. Namun, seketika dia turut tersenyum mengingatkan kata-kata terakhir kawannya tadi. Of course I Miss You...a lot...my BFF! Desis Simaa di dalam hati. Entahlah, kadang-kadang Simaa pun tak berapa faham dengan perangai kawannya. Kadang-kadang pulak, Simaa rasa kawannya itu macam layannya lebih dari seorang kawan. Sampai kadang-kadang Simaa rasa macam jatuh hati. Tapi nak suka lebih-lebih, Simaa tak berani. Sebab kawannya itu tak pernah meluahkan dengan kata-kata yang jelas. Selalu berkias. Nanti tersalah tafsirkan....dia juga yang kecewa. Tapi, Simaa sentiasa yakin cinta yang bermula dengan persahabatan lebih bermakna dan kekal lama sebab kita tak perlu berpura-pura dan kita bebas jadi diri kita sendiri...

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you I promise you, I will

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday
(Lagu Favorite Simaa- Lucky I'm in love with my best friend)

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Yaya duduk termenung di meja pejabatnya. Resah memikirkan tentang risikan yang datang untuk dirinya. Malam tadi dia mendapat panggilan telefon dari maknya yang meminta dia pulang ke rumah hujung minggu ini. Hendak tak hendak Yaya mengiyakan juga arahan maknya. Maknya meminta dia pulang ke kampung kerana ada rombongan merisik akan datang ke rumahnya. Dia tak tahu bagaimana harus di nyatakan kepada kedua ibu bapanya tentang kesulitan yang dia alami kini. Apa yang harus dia lakukan? Tidak tahu apa yang harus diperkatakan kepada kedua-dua orang tuanya. Yang pasti dia tidak tahu sama ada mahu menolak atau menerima lamaran itu nanti. Dia harus mempertimbangkan dahulu lamaran itu. Takkan senang-senang je nak terima lamaran tu nanti. Entah siapa-siapa. Kenal pun tak. Menurut maknya pihak lelaki tu katanya orang baik-baik, belajar tinggi sampai oversea la, handsome la..macam-macamlah. Beriya-iya puji. Dah berkenan sangat la tu nak buat menantu. Tapi yang tambah meresahkan Yaya ialah apa yang maknya bagitau lelaki itu sememangnya sudah lama mengenali Yaya. Teman lama katanya. Teman lama? Kalau teman lama maknanya Yaya pun mesti kenal dia juga. Tapi siapa? Sesungguhnya Yaya tidak dapat menganggak siapa gerangannya. Ah, dia semakin bingung memikirkannya.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Yaya masuk ke dalam biliknya. Yes! Yahoooo! Rasa nak bergolek aje. Resah gelisah semua telah bertukar menjadi ceria. Tak sangka pulak rombongan yang datang merisik ke rumahnya tadi adalah daripada seseorang yang sememangnya dinantikan oleh Yaya selama bertahun-tahun. Seseorang yang namanya sudah lama terpatri di hati. Tidak pernah sedetik pun pemilik nama itu terpadam di hati Yaya. Seseorang yang hanya dicintai dari jauh. Namun, siapa mampu menduga yang cinta Yaya rupanya berbalas. Dari kejauhan lelaki itu pun turut berkongsi rasa yang sama dengan Yaya. Mereka saling mencintai dari jauh. Kata cinta hanya mampu diluahkan di angin lalu. Love is in the air!! Kata-kata yang seringkali dilaung-laungkan oleh Yaya. Namun kini, semuanya benar-benar terjadi. Lelaki itu akhirnya berani menyatakan hasrat hatinya. Lalu nekad menghantar rombongan untuk merisik Yaya bagi pihaknya. Hmm...tak sangka dia pun nak kat aku! Bisik hati Yaya sambil merenung jari manisnya yang kini telah tersarung cincin risik bertatahkan berlian yang diberikan oleh lelaki yang dicintai Yaya selama ini. Mak  dan ayah pun dah bagi lampu hijau. Tak merah langsung! Berkenan sangatlah tu dengan Si Mmm...Opss! Tak boleh bagi tau!! Hehehe. Syukur alhamdulillah, Allah dah makbulkan juga doa Yaya siang dan malam. Oh ya!! Berita gembira ini mesti dikongsi! Desis Yaya di dalam hati lantas mencapai handsetnya. Tetapi baru sahaja ingin membuat panggilan tiba-tiba telefonnya berbunyi. Aik! Nombor siapa pulak ni? Kacau betullah, baru je nak buat panggilan. Siapa pulak yang call aku ni?.
Hello.. Assalamualaikum. Siapa tu? ” Yaya menjawab panggilan telefon itu.
Waalaikumussalam. Saya ni..” Jawab lelaki itu lembut.
Saya? Siapa saya tu? ” Yaya bertanya hairan.
Sayalah...bakal tunang awak.” Selamba lelaki itu menjawab.
Hah! Terkejut Yaya sampai terjatuh dari katil. Aduh sakit betul! Cover...relax..cool..
So, macam mana? Ada apa-apa yang awak nak cakap or tanya kat saya? ” Soal lelaki itu.
Cakap apa?” Buat-buat jual mahal sikit. Nak dapat Yaya mesti kena bersusah payah sikit.
Yela..anything to say? Manalah tahu kot-kot awak masih belum percaya lagi dengan apa yang terjadi antara kita ni.” 
Betul ke ni ?” Tanya Yaya perlahan.
Kenapa baru cakap sekarang? ” Soal Yaya lagi.
Saya tunggu masa yang sesuai.” Jawab lelaki itu.
Habis tu, awak setuju tak? ” Tanya lelaki itu pula.
Kalau saya tak setuju macam mana? ” Yaya buat-buat tanya sambil tersenyum-senyum sendiri.
Itu maknanya awak nak tapi awak malu nak cakap.” Jawab lelaki itu selamba.
Aik? Ek eleh! Apa punya jawapanlah mamat ni. Perasan betul.
Kalau saya tak setuju pulak macam mana? ” Yaya masih lagi ingin menguji lelaki itu.
Dub dab dub dab jantung Yaya.
Maknanya, awak dah lama tunggu lamaran saya tapi buat-buat jual mahal!
Hah? ” Tergamam Yaya mendengar kata-kata lelaki itu.
Cinta adalah jambatan pelangi yang mengusik dua hati nan jauh. Saya yakin apa yang ada dalam hati awak tu. ” Laju lelaki itu berkata-kata membuatkan Yaya terus terdiam tanpa kata.
Kalau begitu, kira jadi la ya. Hujung tahun ni kita bertunang! At last! Yahoooo! Horaaayy!!” Jerit lelaki itu tiba-tiba membuatkan Yaya terpinga-pinga. Namun, di dalam hati kedua-duanya kian mekar dengan kuntuman-kuntuman bahagia yang berpanjangan.

Mungkin inikah yang dinamakan cinta
Hati gembira rasa bila kau kata cinta
Siang yang suram kini menjadi ceria
Hati yang gelisah akhirnya kini menjadi bahagia
Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku yang merasakan cinta
Sungguh susahnya aku mendekati mu
Mengambil kesempatan untuk tunjukkan cintaku
Rasa bahagia bila kau menerimaku
Indah semuanya
Hilang semua resahku
Kita berdua kini menjalin cinta
Inilah cinta kita
Akhirnya kini menjadi bahagia
(Lagu Favorite Yaya – Inilah Cinta)

.* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Ikin sampai awal ke pejabat hari ini. Seperti biasa setiap pagi dia akan mengemas-ngemas meja kerjanya. Apabila bilik kemas barulah semangat nak bekerja. Selesai berkemas dia mula membuka komputernya dan menyemak setiap dokumen pejabat. Sedang dia sibuk meneliti dokumen-dokumen pejabat tiba-tiba bunyi ketukan di pintu.
Cik Ikin, Tuan Muda hendak jumpa Cik Ikin. Dia pesan supaya Cik Ikin ke officenya sekarang. Katanya ada hal penting.” Setiausaha Ikin berkata perlahan sebaik sahaja dia masuk ke bilik Ikin. Serta merta Ikin tercegat.
Hah? Apa dia? Banyak cantik muka dia! Awak pergi bagitau dia kalau dia nak jumpa saya sepatutnya dia yang datang jumpa saya bukannya saya yang cari dia.” Marah Ikin tiba-tiba. Setiap kali melibatkan Tuan Muda sombong itu memang automatik kemarahan Ikin memuncak. Memang sejak dari awal lagi mereka berdua tidak bersefahaman dan seringkali bertikam lidah. Dah memang menjadi rutin harian mereka di pejabat. Berjumpa, bertengkar dan bermasam muka. Semua pekerja di situ sudah terbiasa dengan keadaan tersebut. Dah lali! Kalau diikutkan mahu sahaja mereka kahwinkan saja Cik Ikin tu dengan Tuan Muda. Habis cerita!
Baiklah Cik Ikin, saya pergi bagitau dia sekarang. Saya keluar dulu.” Setiausahanya segera mengatur langkah keluar dari bilik tersebut.
Ikin bercekak pinggang, cuba menghilangkan rasa marahnya. Mentang-mentang la syarikat ni bapak dia punya sesuka hati dia je nak arah aku. Apa dia lupa yang jawatan aku ni sama taraf je dengan dia tu. Dia ingat aku ni kuli dia. Ish, memang Tuan Muda yang sombong! Kerek! Berlagak! Setiap hari ada je benda tak kena. Ada je hal nak cari pasal dengan aku. Nama je Tuan Muda tapi hampeh! Sedang Ikin melayan amarahnya tiba-tiba telefon office nya berbunyi.
Hello!” Jawab Ikin lantang.
Cik Ikin yang manis, boleh tak masuk office I sekarang!” Jawab suara dihujung talian dengan nada yang sinis.
Eh! Hello..Tuan Muda yang baik hati, ada apa-apa yang penting ke sehinggakan I perlu ke sana? ” Soal Ikin agak nyaring.
Of course yes! Lagipun you ingat I ni suka sangat  ke nak berurusan dengan you kalau bukan sebab ada hal yang penting. Buang masa I je.” Jawab Tuan Muda itu selamba sengaja ingin mencetus kemarahan Ikin. Ikin cuba menahan kemarahannya mendengar kata-kata itu. Sabar-sabar...
Ok, my pleasure!” Ikin menjawab tenang. Tapi dalam hati dah berbakul-bakul sakit hatinya.
Good! Now, come to my office please.” Kata Tuan Muda itu lagi sedikit tegas seraya meletakkan ganggang tanpa sempat Ikin berkata apa-apa. Ikin berfikir sejenak kemungkinan Tuan Muda kerek itu hendak mencari gaduh lagi. Hmm, entah apa lagi isu yang bakal ditimbulkan.
Lima minit kemudian Ikin sudah terpacak di dalam bilik Tuan Muda kerek tu. Tapi sesedap rasa je si kerek ni melemparkan senyuman sinisnya pada aku. Kalau iya pun jemput lah aku ni duduk dulu, Hampeh! kata hati Ikin.
Iya Tuan Muda, apa yang penting sangat tu? ” Kata Ikin sekadar berbasa-basi. Sengaja ditekankan perkataan Tuan Muda itu.
I ni tak suka buang masa, lagi pulak nak berdiri macam tiang letrik depan you.” Sambung Ikin lagi. Tuan Muda kerek itu hanya memandang serius dan kemudian menyuruh Ikin duduk.
“ Ok, I cuma nak tau maklumat mengenai projek kerjasama kita tu.” Kata Tuan Muda bersulam senyuman sinis.
Itu je? Itu ke perkara penting yang you cakapkan tadi?” Soal Ikin dengan nada sindiran.
Yela..memang penting pun bagi I. Mestilah I kena tau maklumat tentang projek tu, kalau tak macam mana kita nak bekerjasama kan? ” Ikin ketawa sinis mendengar kata-kata Tuan Muda itu.
Itulah, lain kali kalau orang adakan meeting..datang! Jangan nak mengelak. See, you jugak yang susah. Tak tahu apa-apa! Tahulah you ni anak boss tapi itu tak bermakna you boleh buat sesuka hati you. Tanggunjawab tetap tanggungjawab!
Amboii nak mengajar I pulak. Tak payahlah. You tak layak nak mengajar I! Simpan je kata-kata you tu, I tak perlukan! ” Selamba Tuan Muda itu berkata-kata, cukup untuk menambahkan sakit hati Ikin.
Ok, baiklah! Jadi apa guna lagi I berada di sini. Lebih baik I keluar. Lagipun kata-kata I tak diperlukan. So, buat apa you nak tanya I pasal projek tu kan.” Ikin pantas berdiri sebaik sahaja menghabiskan kata-katanya. Bersedia untuk melangkah keluar dari situ. Sakit hatinya.
Wait! Wait..Ikin! Fine..I yang salah. I’m sorry. I tersalah cakap tadi. Maafkan I ya.” Spontan Tuan Muda itu mengaku kesalahannya sebaik sahaja melihat Ikin hendak berlalu keluar. Suaranya juga dikendurkan. Terdengar agak lembut dan dia sememangnya benar-benar ikhlas memohon maaf. Entah kenapa dia merasakan hatinya juga sakit tatkala dia mengeluarkan kata-kata itu kepada Ikin. Langkah Ikin yang baru di atur terhenti. Pelik. Kali ni begitu mudah sekali Tuan Muda kerek ni mengakui kesalahannya. Dan paling mengejutkan Ikin ialah untuk pertama kalinya dia mendengar kata maaf dari bibir Tuan Muda itu. Dapat Ikin rasakan satu perasaan halus yang menyelinap ke dasar hati tatkala Tuan Muda mengucapkan kata maaf dengan suara yang lirih. Adakah ini satu tanda-tanda perubahan yang sangat menggembirakan or aku sahaja yang bermimpi saat ini? Soal Ikin di dalam hati. Suara Tuan Muda yang meminta Ikin duduk kembali di kerusi mengejutkan Ikin dari imaginasinya. Ikin mengikut seraya duduk kembali di kerusi itu. Dan seterusnya Ikin segera menerangkan serba sedikit maklumat seperti yang diminta. Sebaik sahaja perbincangannya selesai Ikin segera kembali ke officenya.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Pucuk paku belimbing besi,
Bunga mawar ditapak tangan,
Walau marah melangit tinggi,
Cinta dihati tak mungkin dapat dinafikan...
~ Ikin ~

Kenapa? Kenapa dia selalu menyakitkan hatiku? Selalu menyusahkan hidupku? Mengganggu ketenteraman hatiku? Kenapa aku harus menyukainya? Sedangkan dia pula begitu membenciku. Dari sikapnya yang sering menyakitkan hatiku sudah jelas menunjukkan dia begitu membenciku. Sungguh! telah aku cuba menyekat perasaan ini, selalu mempamerkan sikap memberontak, perasaan jengkel dan menyampah dengannya, tapi hanya aku yang tahu rasa hatiku. Kini, hatiku tidak lagi tenang sejak peristiwa itu. Seakan terngiang-ngiang ucapan maaf darinya. Ada lirih di dalam sebaris ucapan itu dan keikhlasnya sungguh menyentuh hatiku. Arghhh! Kenapa perlu ada rasa begini? Ya Allah apa yang perlu aku lakukan. Aku tak mampu selamanya menafikan perasaan yang kian bercambah ini. Ikin bermonolog sendiri.


Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati....
~ Tuan Muda ~

Bukan baru ianya hadir. Dah hampir setahun. Dipendamkan sahaja apa jua rasa di dasar hati. Ego mengatasi segala-galanya. Dah tu, bagaimana kasih sayang dapat dicurahkan? Bagaimana cinta boleh bersatu? Sedangkan hanya kebencian dan kata-kata menyakitkan hati yang dipamerkan. Bagaimana orang tu nak tahu! Tak mengerti bagaimana harus ditunjukkan rasa hati ini. Haruskan dicampakkan rasa ego yang membelenggu diri demi sebuah rasa yang kian mencengkam di tangkai hati? Oh! Hati kian perit memendam rasa cinta ini. Tuan Muda juga bermonolog sendiri.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Ikin nekad. Dia telah mengambil keputusan untuk mengundur diri dari projek itu. Dia tidak mampu lagi berdepan dengan Tuan Muda itu. Perasaannya tak mampu untuk dinafikan lagi. Sedang Ikin melayan perasaan tiba-tiba pintu biliknya terbuka. Tuan Muda tiba-tiba datang meredah masuk officenya.
Siapa suruh kau pandai-pandai undur diri dari projek kerjasama tu? Kau ingat senang-senang je kau nak lepas tangan macam tu je. Aku takkan benarkan! Kau tahu tak yang tindakan kau tu bakal menyusahkan aku. Aku kena handle semuanya sorang-sorang! Tak, kau tak boleh buat aku macam tu!Tuan Muda menghamburkan segala kemarahannya. Kerana terlalu marah tiada lagi panggilan I atau you. Sekelip mata bertukar menjadi aku dan kau.
Aku ada sebab sendiri kenapa aku perlu undur diri dari projek tu dan sebabnya itu tak perlulah kau tahu. Jangan risau, sebelum aku buat keputusan untuk mengundur diri aku dah selesaikan semua bahagian aku. Aku dah pilih calon sesuai untuk menggantikan aku nanti. Dia hanya perlu mengendalikan saja mengikut apa yang aku aturkan. Dan itu semua tidak sedikit pun akan menyusahkan kau. Aku sudahpun berbincang dengan ayah kau. Dia pun dah setuju. Jadi untuk apa kau nak pertikaikan keputusan aku lagi. Bukankah kau lagi suka jika tidak bersua muka dengan aku? Bukankah sebelum ini kau benci nak bekerjasama dengan aku kan? Jadi sepatutnya kau harus bergembira dengan tindakan aku ini! ” Lancar Ikin membalas kata-kata Tuan Muda itu. Tuan Muda terdiam mendengarnya. Dan entah kenapa baris-baris akhir kata-kata Ikin itu begitu menusuk hatinya.
Tapi kenapa tiba-tiba kau nak undur diri? Sebab aku? ” Tanya Tuan Muda tiba-tiba.
Tak ada kena mengena dengan kau! ” Jawab Ikin spontan.
Tipu! Aku tahu kau undur diri sebab kata-kata aku sebelum inikan? Kau masih simpan dalam hati? Tak sangka, selama ini aku tengok kau begitu kuat, tegar, tak mudah patah semangat setiap kali berdepan dengan kata-kata aku. Tapi untuk kali ini aku kecewa melihat kau selemah ini. Macam budak-budak! Mana perginya semangat juang kau tu?
Ikin terkesima mendengar kata-kata itu. Kali ini Ikin rasakan jantungnya hampir meletup. Kurang ajar! Dikatanya aku ni lemah? Macam budak-budak? Huh!
Kau dah melampau! Baik, kalau aku macam budak-budak, kau tu pula macam orang tua tak sedar diri!” Balas Ikin.
Dan kalau kau dah benci sangat dengan aku. Biar aku letak jawatan! Aku akan pergi dari syarikat ini! Tak payah kau nak hina aku lagi! Puas hati kau! ” Sambung Ikin lagi. Kali ini kesabarannya sudah sampai tahap penamat. Serta- merta dia tercegat dari kerusinya.
Tak, kau tak boleh pergi dari syarikat ini! ” Tegas Tuan Muda.
Itu hak aku!
Tak boleh!
Kenapa?
Sebab aku sukakan kau!
Ikin kaku!
Jangan kau nak bergurau dengan akulah.” Jawab Ikin masih lagi tidak percaya dengan apa diucapkan oleh Tuan Muda itu.
Tak, kali ini aku serius. Aku sukakan kau. Aku sayangkan kau dan aku cintakan kau. Dah lama! Selama ini aku sengaja menyakitkan hati kau sebab aku tak nak mengakuinya. Ego aku menafikannya. Tapi sekarang aku dah tak tahan nak menanggungnya lagi. Perit untuk aku pendam perasaan ini.” Akhirnya Tuan Muda berjaya meluahkan rasa hatinya. Ikin terduduk dikerusi tatkala mendengarnya. Tidak terduga sama sekali mereka saling memendam rasa.
Kita tamatkan persengketaan kita. Kita berdamai! ” Ujar Tuan Muda. Ikin mendongak memandang ke wajah Tuan Muda. Masih diam tanpa suara.
Dan...jom bercinta? ” Sambung Tuan Muda lagi. Ikin terkaku lagi. Kata-kata Tuan Muda kali ini lebih memeranjatkan dia. Ikin menekup mulut dengan tapak tangannya. Serasa dia sedang terbang mengharungi gumpalan awan menuju mentari cerah. Namun pantas dia kembali ke alam nyata.
Aku tau perasaan kita sama...Kira jadi la ye? ” Habis saja berkata begitu, Tuan Muda pantas meninggalkan ruang pejabat Ikin. Berlalu tanpa sempat Ikin bersuara.
Eee, menyakitkan hati betul! Macam tu je? Getus Ikin di dalam hati. Namun seketika hatinya bernyanyi riang. Mengalunkan irama indah.

Senandung sayang malam menjelma,
Sang rembulan menyinarkan cahaya,
Pungguk berlagu mula bercerita,
Cerita tentang cinta kita berdua....

Cinta itu memang aneh...
Sekelip mata dapat mengubah rasa pahit menjadi manis,
Ribut menjadi bayu,
Keruh menjadi jernih,
Kemarahan menjadi rahmat,
Dan..Benci menjadi sayang.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Aku terus meneliti helaian kemeja yang terdiri daripada pelbagai jenis design dan jenama di hadapanku. Satu persatu kemeja dibelek olehku. Seketika aku termenung di celah-celah baju kemeja yang bergantungan. Memandang kosong ke arah susunan kemeja tersebut. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Tidak tahu hendak memilih kemeja yang mana satu. Sesungguhnya aku tidak berpengalaman dalam membeli pakaian lelaki lebih-lebih lagi kemeja. Tujuan aku ke shopping mall ini untuk membeli kemeja kepada adik bongsu lelakiku yang akan melanjutkan pengajiannya di matrikulasi. Sebagai hadiah aku ingin memberi beberapa helai kemeja kepadanya untuk di pakai sewaktu di sana nanti. Tapi ternyata aku tidak tahu untuk memilih yang mana. Adik aku berada nun jauh di kampung, kalaulah dia ada di sini sudah tentu aku membawanya bersama. Biar dia pilih sendiri yang mana dia berkenan. Senang kerja aku! Tidaklah seperti sekarang, pening kepala aku dibuatnya. Menyesal pulak keluar sorang-sorang. Kalaulah tadi aku ajak Zah keluar bersama sudah tentu dia boleh membantuku saat ini. Tapi, tak sampai hati pulak nak menyusahkan sahabatku itu, tambah-tambah sekarang ni dia tengah sibuk menyiapkan paperworknya tu. Aduhai, macam mana nak buat ni? Hmm, mintak tolong dengan pekerja kedai ni jelah. Tapi seganlah pulak, aku tengok semua pekerja kedai ni lelaki. Tak ada sorang pun salesgirl. Ah, nak kisah ape...tanya jelah! Mataku meliar mencari salesman yang boleh membantuku saat ini. Kebanyakan mereka tengah sibuk melayan pelanggan-pelanggan lain. Hmm, takkan nak tanya cashier pulak kot? Sekali lagi aku melemparkan pandangan di segenap ruang kedai itu untuk mencari jika ada kelibat pekerja lain yang boleh membantuku. Tiba-tiba aku terpandang seorang lelaki yang berdiri dicelah-celah baju, kedudukannya agak terlindung. Haa..ada pun pekerja tu! Bisik hatiku. Aku segera mengatur langkah menuju ke arahnya untuk bertanya. 
Dik, mintak tolong boleh? Saya nak cari kemeja lelaki tapi tak tahu pulak nak cari yang macam mana. Biasanya kemeja yang macam mana sesuai untuk budak-budak remaja?” Laju aku bertanya tanpa sempat lelaki di hadapanku itu menjawab. Lelaki itu berpaling dan mengadap aku. Dia kelihatan agak terkejut. Terkebil-kebil dia memandangku. Keningnya sedikit berkerut tanda kehairanan.
Hah! Awak tanya saya ke?” Lelaki itu tiba-tiba bersuara. Aku pelik dengan reaksinya itu.
Yela..saya tanya awak la siapa lagi. Awak salesman kat sini kan?
Salesman? Awak cakap saya ni, salesman?” Lelaki itu bertanya sambil jari telunjuknya diangkat tepat mengarah ke mukanya. Aku mengangguk.
Maaf la cik adik, saya ni bukan salesman kat sini. Saya ni pun pelanggan macam awak juga.” Aku terkejut mendengar kata-kata lelaki itu. Lantas aku memandangnya dari atas ke bawah. Ya Allah! Macam mana aku boleh tersilap ni. Sekali pandang memanglah nampak macam salesman kerana kemeja putihnya itu sama warna dengan uniform pekerja di situ. Tetapi jika diteliti betul-betul pemakaian lelaki dihadapanku yang segak berkemeja serta bertali leher ini memang ternyata dia bukan seperti salesman. Macam mana aku boleh terlepas pandang ni. Ish, buat malu je.
Oh..maafkan saya! Saya tersalah orang, ingatkan awak ni salesman. Lagipun warna baju awak sama dengan uniform pekerja dekat sini. Maafkan saya ya..” Aku tersenyum memandang lelaki di hadapanku itu. Dia memandang ke arah pekerja di situ dan selepas itu turut memandang ke arah kemejanya. Kemudian dia memandang ke arahku seraya turut tersenyum.
It’s ok. Kebetulan pulak..” Jawabnya ringkas sambil ketawa kecil.
Hmm, tak sangka jugak. Muka handsome macam saya ni, ada rupa salesman ke? ” Tiba-tiba lelaki itu bertanya sambil tersenyum memandangku lantas membetulkan sedikit tali lehernya. Sengaja nak tunjuk lagak macho depan aku. Spontan aku tergelak. Mamat perasan rupanya.
Salesman sekarang ni handsome-handsome awak. Cuba awak tengok tu, semua salesman kat kedai ni handsome-handsome belaka. Saya tengok yang jadi cashier kat depan tu pun lagi handsome tau daripada awak. So, jangan nak perasan ya..”
Ya ker?” Lelaki itu tersenyum. Aku mengangguk.
Jadi, muka saya ni memang macam salesman la ya? ” Aku senyum sambil menjungkit bahu.
Ok...saya pasrah jela..” Lelaki itu berkata sambil tersenyum.
Oh ya..awak nak cari kemeja ya? Alang-alang saya dah jadi salesman tak rasmi ni boleh la saya tolong awak carikan. Macam mana, awak tak kisah saya tolong awak?” Lelaki itu bertanya. Aku terdiam. Berfikir sejenak kewajaran untuk menyambut bantuan yang ditawarkan. Aku memandang seketika ke arah pekerja di kedai itu, ternyata mereka masih lagi sibuk melayan pelanggan. Nak tak nak terpaksalah aku meminta bantuan lelaki itu. Walaupun terasa agak kekok memandangkan aku baru sahaja mengenalinya.
Betul ni? Tak menyusahkan awak ke nanti? ” Aku  bertanya padanya.
Tak adalah..lagipun kebetulan saya pun nak beli kemeja juga. Alang-alang tu boleh la saya tolong carikan untuk awak sekali.
Hmm...Oklah..kalau macam tu..” Aku bersetuju dengan tawarannya untuk membantu aku mencari kemeja yang sesuai.
Oh ya..awak nak beli kemeja untuk siapa? Saiz apa yang awak nak?” Lelaki itu bertanya sambil membelek-belek beberapa helai kemeja.
Errrr..kemeja tu untuk anak saya. Saiz badannya lebih kurang awak la tapi rendah dan kecik sikit daripada awak.” Selamba aku membalas pertanyaannya. Lelaki itu memandang ke arah wajahku sebaik sahaja aku menghabiskan kata-kataku.
Tak sangka ya, muda-muda lagi awak dah ada anak sebesar saya.” Lelaki itu juga selamba membalas kata-kataku itu sambil tersenyum kecil.
Awak jangan tak tahu, wanita zaman sekarang ni ramai yang kahwin awal. Untung kahwin awal ni, muda-muda lagi anak dah besar dah.”
Ye ker?” Lelaki itu bersuara. Aku mengangguk. Lelaki itu tersengeh dan kemudian menyambung kembali membelek kemeja tersebut.
Lelaki itu mencapai dua helai kemeja. Satu berwarna putih dan satu lagi berwarna ungu gelap yang mempunyai jalur halus berwarna hitam.
Yang ni ok?” Lelaki itu menghulurkan kedua-dua kemeja itu kepadaku. Aku diam seketika sambil meneliti kemeja yang dihulurkan olehnya.
Cantik! Lagipun memang saya suka putih dan yang ungu ni nampak simple. Dua-dua cantik! ” Jawab aku sambil membelek-belek kemeja tersebut.
Saya rasa yang ni memang sesuai dan padan dengan anak awak tu. Lagipun budak-budak remaja ni suka yang simple je.” Aku mengangguk mengiyakan kata-katanya.
Ok. Saya ambik kedua-duanya.” Aku akhirnya membuat pilihan. Lelaki itu tersenyum.
So, yang awak punya? Dah jumpa yang mana berkenan?” Aku bertanya kepada lelaki itu sebaik sahaja melihat dia masih membelek-belek kemeja yang bergantungan. Mencari-cari yang berkenan di hati.
Hmm..belum jumpa lagi. Tapi kalau awak dah nak pergi pun tak apalah, awak pergilah buat pembayaran dulu. Saya rasa saya lama lagi nak mencari ni.” Jawab lelaki itu.
Oklah kalau macam tu. Saya ke kaunter dulu. Anyway, thanks a lot sebab sudi tolong saya. Menyusahkan awak pulak.”
Sama-sama. Alah, tak menyusahkan pun. Saya ikhlas membantu.” Jawab lelaki itu sambil tersenyum memandangku.
Ok. Saya pergi dulu ya..” Sebaik sahaja menghabiskan kata-kataku itu, aku mengatur langkah meninggalkan lelaki itu untuk ke kaunter pembayaran.


 * * * * * * * * * * * * * * * * * * * BERSAMBUNG PART 2* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

0 comments:

BiCaRa HaTi

YA ALLAH..
Jadikan aku wanita Soleha...
yang baik di antara yg terbaik dan kurniakanlah aku pendamping yg baik..
dalam mendapatkan sesuatu yg terbaik dari Mu...Amin..

SuaRa HaTi

Saya hanya ada satu hati. Sekali saya jatuh cinta, sekali itulah tuk selamanya...& kerana itu saya sentiasa kosongkan hati saya utk insan yg sepatutnya..

Followers

About Me

My photo
-Siti Asmaa -Dea Asmaria (Nama pena) -1988 -insan biasa yg sukakan ssuatu dlm keadaan biasa2 sahaja -Suka membaca & suka mengarang
Powered by Blogger.

ConTest

My KarYa

My KarYa
Cerpen Utk Graduan

Sambungan Cerpen Utk Graduan (Dulu, Kini & Selamanya part 1 & part 2)

Burung Jenjang Kertas

Resume Cinta Maisara

Puisi Untuk Damia

Kekasih Halal

Hanya Di Mercu

Si Baju Putih Di Awan Biru

Blog Walking