Dea Asmaria

Pada awan biru ku melakar kata-kata, pada langit cerah ku panah semua cerita...

ADAM..
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

HAWA..
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

ADAM..
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

HAWA..
Iblis menggunakan mu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Ambillah kesempatan ini untuk memperdayakan iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

ADAM..
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda sanubari Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berbicara membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu menjadikan Hawa tergilakan perhatianmu.

HAWA..
Sikap tak endahmu menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil peluang untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dengan dunia cinta palsu.

ADAM..
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

HAWA..
Lenggok tubuhmu bisa membuatkan Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

OLEH ITU ADAM..
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus terus berjuang menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.

ADAM..
Di mana imanmu saat matamu melihat Hawa berpakaian tidak cukup kain?
Di mana kau letakkan Allah saat hawa nafsu menjadi tuhanmu?
Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani dalam perjuangan,
Agar Hawa takut untuk menggoda dan mendekatimu.

BEGITU JUGA HAWA..
Di mana malumu saat kau menayangkan perhiasanmu kepada ajnabi?
Di mana taqwamu saat syaitan menempiaskan bisikannya untuk menggoda Adam?
Adam menyeru agar kau pelihara maruahmu supaya tidak dicemari,
Agar kawalan nafsu sentiasa berada dalam pegangan iman Adam.

HAWA..
Mahalkanlah senyumanmu yang bisa menawan hati Adam,
Jagalah dan peliharalah aurat serta maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam datang menyuntingmu.

HAWA..
Memang Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun, itu bukanlah yang Adam impikan,
Adam mengimpikan Hawa yang kuat pegangan agama sebagai penyuci kalbu,
 Adam juga menginginkan Hawa yang sopan berpakaian dan memelihara pandangan.

UNTUKMU ADAM,
Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam bab agama
agar bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan,
Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran
yang boleh memperbaiki Hawa,
Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara dirinya
untuk Hawa tercinta iaitu Isteri,
Jadilah juga Adam yang bertanggungjawab menjadi ketua keluarga,
imam dalam solat jemaah dan pemimpin agama seperti yang impikan
oleh kebanyakan Hawa.

UNTUKMU HAWA,
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama,
merendah diri dengan akhlak mulia dan baik hati,
 Jadilah Hawa yang malu dan menjaga aurat
serta maruah diri dari sewenang-wenangnya ditonton oleh ajnabi,
Jadilah Hawa yang senantiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran
sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk suami tercinta,
Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah
serta hambaNya yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh kaum Adam.



 




MaKa MaNuSiA iTu SeBaiK-BaiK KeJaDiaN,
DaRi TeRCipTaNnYa SeoRaNg AdaM,
LaNTaS TeRJaDiNyA PuLa SeoRaNg HaWa.









*Sumber dari I LUV ISLAM.COM

0 comments:

BiCaRa HaTi

YA ALLAH..
Jadikan aku wanita Soleha...
yang baik di antara yg terbaik dan kurniakanlah aku pendamping yg baik..
dalam mendapatkan sesuatu yg terbaik dari Mu...Amin..

SuaRa HaTi

Saya hanya ada satu hati. Sekali saya jatuh cinta, sekali itulah tuk selamanya...& kerana itu saya sentiasa kosongkan hati saya utk insan yg sepatutnya..

Followers

About Me

My photo
-Siti Asmaa -Dea Asmaria (Nama pena) -1988 -insan biasa yg sukakan ssuatu dlm keadaan biasa2 sahaja -Suka membaca & suka mengarang
Powered by Blogger.

ConTest

My KarYa

My KarYa
Cerpen Utk Graduan

Sambungan Cerpen Utk Graduan (Dulu, Kini & Selamanya part 1 & part 2)

Burung Jenjang Kertas

Resume Cinta Maisara

Puisi Untuk Damia

Kekasih Halal

Hanya Di Mercu

Si Baju Putih Di Awan Biru

Blog Walking