Dea Asmaria

Pada awan biru ku melakar kata-kata, pada langit cerah ku panah semua cerita...

ADAM...
Kau tercipta untukku,
Janganlah kau sakiti akan diriku,
Belailah aku dengan sikap kesabaranmu.

ADAM...
Kau tercipta untukku,
Sayangilah aku,
Bimbinglah aku,
Aku wanita lemah ingin seorang pembimbing akan diriku.

ADAM...
Kau tercipta untukku,
Jika suatu hari nanti takdir menentu,
Kita akan bersatu menuju ke jalan lurus yang satu
dengan akad nikah yang jitu.

ADAM..
Jika suatu hari ajal maut menunggumu,
Ku redha dengan ketentuan itu,
Ku pasti ada hikmah disebalik ujian yang berlaku,
Kerana diriku sudah dibimbing oleh dirimu.

ADAM...
Andai engkau masih remaja,
jadilah anak yang soleh buat ibu bapamu serta saudara2mu,
Andai engkau sudah beristeri,
jadilah suami yang meringankan beban isterimu,
Andai engkau sudah menjadi bapa,
didiklah isteri dan anak2mu sehingga mereka tidak gentar 
menjalani kehidupan mengikut agama Allah.

ADAM...
Andai engkau belum berkahwin,
hormatilah wanita-wanita yang engkau kenali,
Ingatlah engkau juga dilahirkan oleh insan yang bergelar wanita,
Ingatlah Adam bahawa lelaki yang baik adalah pelindung kaum wanita,
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan perempuan yang bukan muhrim,
kerana dikhuatiri dari mata jatuh ke hati,
maka lahirnya senyuman serta tercetusnya salam,
dan sekaligus disusuli pertemuan seterusnya,
takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

ADAM...
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
Lelaki yang baik bersedia membimbing sesiapa sahaja atas agamaNya,
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan 
dengan wanita yang bukan muhrimnya
kerana takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya,
Kerana dia tahu matlamat dalam kehidupan 
adalah mengukuhkan ikatan tali persaudaraan.

OLEH ITU ADAM...
Jagalah pandanganmu,
peliharalah akhlakmu,
kuatkan pendirianmu,
Malulah kamu jika bergelar lelaki tapi berakhlak sebaliknya,
Cintailah Allah dikala susah dan senang,
kerana kau akan memperolehi cinta 
daripada insan yang juga mencintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu 
kerana kau akan memperoleh keredhaan Allah,
Cintailah keluargamu
kerana kau takkan jumpa cinta yang bahagia
selain dari cinta keluarga,
Cintailah sesama manusia kerana itulah jalan agamaNya.

ADAM...
Mengertilah..
Hawa bukan insan yang kuat,
bukan juga insan yang bisa menahan nafsu..tatkala diri dipuji,
Hawa sering tewas,
tewas dengan godaan syaitan dan nafsu sendiri,

ADAM..
Mengertilah..
Sungguh, Hawa telah cuba melakukan yang terbaik,
agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia,
telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya,
Hawa sedaya upaya menjauhkan diri 
dari tabarruj, perfume, make up, perhiasan,
telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya,
namun mengapa masih Adam tertarik pada Hawa
yang serba kekurangan ini.

ADAM...
Mengertilah..
Hawa ini berjiwa lembut,
sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta,
Hawa tahu permintaan Adam
tak mungkin membawa ke kancah maksiat,
namun, Hawa lemah..Hawa takut zina hati.

ADAM...
Mengertilah..
Setiap kali SMS diterima,
Hawa keliru...
Ingin sekali Hawa membiarkan sahaja,
tapi Hawa akur tuntutan sahabat,
Hawa tewas..Hawa reply juga,
mengenangkan Adam adalah sahabat,
setiap layanan yang Hawa beri hanya sekadar membantu,
mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah
yang dikurniakan buat Adam,
memudahkan perjalanan hidup Adam,
jangan disalah tafsir apa yang Hawa berikan.

ADAM...
Mengertilah..
Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa,
cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa,
jangan dipinta apa yang tak mampu Hawa berikan,
kerana Hawa milik Allah sepenuhnya.
ADAM...mengertilah..
ADAM...
Ketahuilah...
Kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku,
kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku,
kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki,
kerana aku wanita
emosi ku selalu mengatasi logik akalku,
kerana aku wanita
air mata teman setiaku,
kerana aku wanita
sensitiviti ku terhadap sesuatu amat tinggi.

OLEH ITU ADAM...
Kerana aku wanita
aku damba pertolongan darimu Adam,
peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku,
kerana aku wanita
akhlakmu ukuran di mataku
peliharalah akhlakmu dan imanmu,
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohku,
kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu,
kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar,
kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku
saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali,
kerana aku wanita
aku memang sangat peka
maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya.

WAHAI ADAM...
Kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool'
hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami
andai kau kata 'usha' itu tanda kejantanan
darjatmu telah jatuh pada pandangan kami
jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.


*Sumber dari I LUV ISLAM.COM

0 comments:

BiCaRa HaTi

YA ALLAH..
Jadikan aku wanita Soleha...
yang baik di antara yg terbaik dan kurniakanlah aku pendamping yg baik..
dalam mendapatkan sesuatu yg terbaik dari Mu...Amin..

SuaRa HaTi

Saya hanya ada satu hati. Sekali saya jatuh cinta, sekali itulah tuk selamanya...& kerana itu saya sentiasa kosongkan hati saya utk insan yg sepatutnya..

Followers

About Me

My photo
-Siti Asmaa -Dea Asmaria (Nama pena) -1988 -insan biasa yg sukakan ssuatu dlm keadaan biasa2 sahaja -Suka membaca & suka mengarang
Powered by Blogger.

ConTest

My KarYa

My KarYa
Cerpen Utk Graduan

Sambungan Cerpen Utk Graduan (Dulu, Kini & Selamanya part 1 & part 2)

Burung Jenjang Kertas

Resume Cinta Maisara

Puisi Untuk Damia

Kekasih Halal

Hanya Di Mercu

Si Baju Putih Di Awan Biru

Blog Walking